"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Halim Yazid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Halim Yazid. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Oktober 2020

Peminat datang naik helikopter ambil koleksi lagu Halim Yazid


Pendikir barat Kelantan,Halim Yazid menerima kejutan peminat yang juga jutawan hartanah,Azlan Al Amin yang datang menaiki helikopter bagi mengambil pemacu pena yang mengandungi koleksi 73 lagu Halim Yazid  di kediaman beliau di Salak Tinggi,-Foto ihsan FB Halim Yazid 

 Kota Bharu: Lagenda dikir barat Kelantan, Halim Yazid memahat kenangan paling indah apabila menerima kunjungan peminat yang datang menaiki helikopter semata-mata untuk bertemu mata dengannya. 

 Tindakan unik itu dilakukan jutawan hartanah, Mohamad Azlan Abdullah @ Ali yang lebih dikenali sebagai Azlan Al Amin bagi mengambil pemacu pena (pendrive) yang mengandungi 73 koleksi lagu Halim Yazid.

 Halim Yazid berkata, dia dihubungi Azlan untuk membeli pemacu pena itu yang dijual dalam talian sebelum memaklumkan mahu mengambil sendiri pemacu pena itu. 

 "Cuma saya pelik dengan pertanyaan dia yang bertanyakan padang kawasan rumah saya luas tak? Lepas itu dia beritahu nak datang ambil dengan helikopter. 

 "Saya sangkakan dia bergurau namun pada 2 Oktober lalu, beliau benar-benar datang dengan helikopter dan sempat bawa saya dan isteri serta beberapa penduduk bersiar-siar menaiki helikopter kira-kira 20 minit," katanya ketika dihubungi.

 Halim berkata, itu adalah kenangan manis yang dialami sepanjang 40 tahun bergelar pendikir barat dan dimaklumkan kejutan itu dirancang Azlan bagi menghargainya serta mencipta kelainan. 

 Katanya, Azlan ada memaklumkan terinspirasi dengan lagu nyanyiannya iaitu lagu Diri Ambo (Bakit Asal) ketika dia susah dan kini mempunyai perniagaan dan menjadi jutawan.

 "Dia (Azlan) beritahu nak bagi kelainan supaya masyarakat kenang kembali pendikir seperti saya. 

Saya kini lebih banyak berkomunikasi dengan peminat melalui laman sosial yang mempunyai 100,000 pengikut. 

 "Malah usaha memasukkan 73 lagu Halim Yazid dalam pemacu pena dengan harga tidak sampai RM2 bagi satu lagu sudah dibuat dua tahun lalu, namun kurang sambutan, bagaimanapun sejak tularnya kisah peminat datang dengan helikopter, ia sudah terjual lebih 150 unit," katanya. 

 Halim berkata, dia juga pertama kali menaiki helikopter dan berterima kasih kepada Azlan kerana turut membawa kira-kira 20 individu termasuk peminat dan saudara-mara menaiki helikopter serta meluangkan masa 40 minit di kediamannya di Salak Tinggi, Sepang.

 Beliau berkata, video kejadian itu turut dibuat siaran langsung di laman Facebook (FB) dan sehingga kini sudah ditonton 2.1 juta tontonan, 941 perkongsian dan lebih seribu komen. -myMetro