Rabu, 28 Februari 2024
Isnin, 22 Mei 2023
Cara Tengok Ranking Blog & Statistik Blog Dengan Mudah
Cara Tengok Ranking Blog & Statistik Blog Dengan Mudah - Kalini saya nak share dengan kalian semua cara tengok trafik dan ranking blog atau website.
Bagi yang ada blog, mesti pernah terdetik nak tahu kan? Agak-agak berapa lah kedudukan rank blog atau website kita seluruh dunia atau Malaysia. Mungkin ada dalam kalangan kalian yang dah tahu, tapi bagi kalian yang belum tahu, simple sahaja.
Sebelum ini saya menggunakan alexa ranking, tetapi sekarang sudah tak boleh akses. Ada tak yang sama dengan saya ini tak boleh akses? Mujur, saya jumpa beberapa website yang boleh kita tengok ranking blog untuk tujuan statistik blog.
Jadi, bagi yang serius dalam blogging, saya nak share dengan rakan blogger supaya dapat bantu kalian improve lagi blog jadi lebih baik.
Cara pertama
1. Lihat stastistik blog melalui website statshow
2. Statshow boleh digunakan untuk mengetahui bilangan audiences ke laman web kalian. Website ini adalah percuma dan boleh digunakan bila masa-masa sahaja.
3. Untuk menggunakannya, just masuk ke laman web tersebut dan masukkan url blog seperti gambar di bawah.
4. Dengan menggunakan Statshow, terdapat banyak statistik yang boleh kita lihat antaranya kategori niche, pageview harian, hasil iklan harian, dan macam-macam lagi data yang dipaparkan.
Cara kedua
1. Lihat stastistik blog melalui website similarweb.com
2. Similarweb mempunyai fungsi yang sama seperti Statshow boleh digunakan untuk mengetahui bilangan audiences ke laman web kalian. Walaupun website ini percuma, tetapi terdapat sesetengah data memerlukan bayaran untuk kita akses data tersebut.
2. Untuk menggunakan tool ini, langkah yang sama juga seperti cara yang pertama, masuk ke laman web tersebut dan masukkan url blog.
3. Selepas itu, nanti akan tampil data tentang website kalian berkenaan trafik, jumlah pengunjung ke laman web, ranking atau ranking laman web di dunia dan lain-lain. Apa yang menarik dengan similarweb, kita boleh juga lihat rank dalam Malaysia.
Sebenarnya masih banyak laman web untuk melihat statistik dan ranking website atau blog, tetapi cuba sahaja dua contoh di atas. Sekiranya kalian ingin mengetahui laman web lain, silalah pergi ke laman web di bawah ini:
Ahrefs, WooRanks, FeedCompare.com, clicky.com, statcounter.com, awstats.sourceforge.net, piwik.org, Yahoo Web Analaytics, sitemeter.com, woopra.com, shinystat.com, tracker.icerocket.com, w3counter.com, gostats.com, crawltrack.net, mouseflow.com, 4qsurvey.com, tracemyip.org, openwebanalytics.com dan tracewatch.com
Rasanya sampai disini sahaja perkongsian kali ini, semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat kalian semua. Selamat mencuba.
Rabu, 16 Jun 2021
Nafi Papagomo, Wan Muhammad Azri diminta perjelas gelaran di mahkamah

KUALA LUMPUR – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris perlu memberi penjelasan di Mahkamah Tinggi di sini
berhubung gelaran Papagomo yang merujuk kepada dirinya dalam kes saman fitnah berhubung dakwaan penyeludupan wang tunai RM2 juta ke Singapura.
Wan Muhammad Azri diperintah menjawab secara afidavit lapan soalan yang dikemukakan kepadanya dalam tempoh 14 hari selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).
Saman fitnah itu dikemukakan oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan anak lelakinya Clint Lim Way Chau selepas mereka
dikaitkan dengan dakwaan penyeludupan wang ke negara jiran.
Wan Muhammad Azri menerusi penyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 November tahun lalu menafikan beliau dikenali sebagai
Papagomo dan juga pemilik akaun Facebook atas nama Papa Azri.
Ekoran itu, Pemimpin DAP tersebut dan anak lelakinya memfailkan permohonan interogatori pada 20 Mei lalu bagi mendapatkan perintah
mahkamah agar Wan Muhammad Azri selaku defendan tunggal dalam kes saman itu menjawab lapan soalan yang dikemukakan melalui afidavit.
Kedua-duanya selaku plaintif antara lain turut memohon Wan Muhammad Azri (defendan) memberi penjelasan berhubung akaun Facebook
atas nama Papa Azri dan identiti individu bernama Datuk Seri Goh yang dinyatakan di dalam Facebook berkenaan.
Antara soalan yang turut dikemukakan ialah mengenai identiti `sumber yang boleh dipercayai’ yang dirujuk oleh defendan dalam hantaran
tersebut serta kaitannya dengan Datuk Seri Goh.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Simon Murali yang mewakili kedua-dua plaintif selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Haslinda A. Raof yang dikendalikan secara dalam talian hari ini.
Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 13 Julai ini.
Menerusi penyataan tuntutan yang difailkan pada 15 Oktober tahun lalu, Guan Eng dan anaknya mendakwa defendan telah menerbitkan dan
menyiarkan penyataan fitnah membabitkan mereka menerusi Facebook atas nama Papa Azri yang dibuat pada 14 Mac tahun lalu.
Kedua-dua plaintif mendakwa kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa pihak berkuasa Singapura telah menahan Way Chau atas kesalahan membawa masuk wang tunai RM2 juta ke negara itu tanpa membuat sebarang pengisytiharan selain mendakwa menipu seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Datuk Seri Goh.
Dakwa mereka, kata-kata fitnah itu adalah tidak benar dan mencemarkan nama baik mereka selain mendakwa defendan gagal mengambil sebarang langkah untuk memastikan kebenaran kandungan penyataan fitnah sebelum menerbitkannya.
Dalam saman fitnah ini, Guan Eng dan anaknya menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan; faedah atas ganti rugi yang ditetapkan; kos serta perintah lain yang dianggap adil, wajar dan berpatutan oleh mahkamah.
Sementara itu, Wan Muhammad Azri menerusi pernyataan pembelaannya menyatakan, plaintif-plaintif bertanggungjawab membuktikan bahawa dia pemilik akaun Facebook atas nama Papa Azri.
Menurut defendan, pernyataan yang didakwa fitnah itu adalah luas kerana tiada sebarang audio atau video yang dimuat naik yang menunjukkan ia merujuk kepada plaintif dan anaknya.- K! ONLINE.
Sabtu, 21 November 2020
Perdana Menteri - Chedet
1. Ramai yang percaya bahawa sebabnya Anwar tidak dapat jadi Perdana Menteri ialah kerana saya menghalang.
3. Pada 21hb Februari, 2020, saya diberitahu oleh Muhyiddin dan beberapa pemimpin Bersatu bahawa pada malam itu Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan akan mendesak supaya saya letak jawatan untuk Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri. Kononnya saya akan dipaksa lantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan segera.
4. Tujuan Muhyiddin ialah supaya saya setuju Bersatu keluar dari Pakatan Harapan untuk jatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan. Muhyiddin, Azmin dan Hamzah sudah rancang untuk bekerjasama dengan Muafakat Nasional untuk tubuh Kerajaan baru mengganti PH.
5. Azmin Ali pula telah sahkan bahawa apabila cadangan yang tersebut di atas dibuat dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan, beliau akan walk out.
6. Tetapi pada malam itu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, setelah berbincang dengan panjang lebar, bersetuju supaya saya diberi kuasa untuk letak jawatan bila-bila masa yang saya pilih. Ini bermakna Pakatan Harapan masih sokong saya. Pakatan jahat untuk tolak saya tidak menjadi kenyataan seperti yang didakwa oleh Muhyiddin dan konco-konconya. Saya berpendapat tidak ada sebab kenapa saya perlu bersetuju untuk Bersatu keluar dari PH.
7. Pada 23hb Februari saya telah beritahu kepada Muhyiddin bahawa perancangannya untuk Bersatu keluar dari Pakatan Harapan perlu ditangguh kerana PH masih sokong saya sebagai Perdana Menteri.
8. Apabila Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu bersidang selepas pertemuan saya dengan Muhyiddin dan rakan-rakannya, saya merayu supaya ditangguh cadangan Bersatu untuk keluar dari PH. Saya syor supaya Bersatu tunggu dan lihat akan perlakuan PH.
9. Pendek cerita Majlis tolak syor saya dan setuju Bersatu keluar dari Pakatan Harapan dengan serta-merta. Ada yang tumbuk meja dan dengan lantang sokong Muhyiddin untuk keluar dari PH.
10. Bagi saya ini adalah keputusan muktamad. Ia merupakan kepercayaan kepada saya sebagai Pengerusi parti sudah tidak ada. Keputusan itu juga bermakna Bersatu sudah keluar dari Pakatan Harapan dan Kerajaan PH sudah jatuh.
11. Sepanjang malam itu saya memikir akan kedudukan saya. Kehilangan kepercayaan kepada saya bermakna saya tidak lagi boleh menjadi Pengerusi Bersatu. Jika saya tidak lagi Pengerusi Bersatu dan PH tidak lagi Kerajaan, saya tidak lagi jadi Perdana Menteri.
12. Pada malam itu Muhyiddin Yasin bersama pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS telah berada di Hotel Sheraton. Kesanggupan Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu berada bersama dengan musuh Pakatan Harapan bermakna bahawa rancangan menubuh Kerajaan Perikatan Nasional sudah jadi kenyataan.
13. Saya buat keputusan untuk isytihar bahawa saya sudah letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu dan Perdana Menteri. Walaupun ada ura-ura bahawa saya akan diterima oleh gabungan Muafakat dan Bersatu sebagai Perdana Menteri, saya tidak dapat terima kerana penjenayah-penjenayah UMNO akan menjadi sebahagian daripada Kerajaan yang saya akan pimpin.
14. Peletakan jawatan Perdana Menteri oleh saya tidak ada kena mengena dengan cadangan Pakatan Harapan supaya Anwar ambil alih jawatan Perdana Menteri selepas saya letak jawatan. Dengan Bersatu dan puak Azmin Ali keluar dari Pakatan Harapan, Pakatan Harapan sudah tidak lagi jadi Kerajaan dan saya tidak lagi jadi Perdana Menteri.
15. Yang akan jadi Perdana Menteri ialah orang yang dapat majoriti apabila pengakuan oleh ahli Yang Berhormat dihadapan Yang di-Pertuan Agong diadakan.
16. Apabila pengakuan ini dibuat 92 ahli dari Keadilan, Amanah dan DAP menamakan Anwar sebagai pilihan mereka. PH sudah tolak saya sebagai Perdana Menteri.
17. Saya hanya dapat 66 ahli.
18. Jika ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan menamakan saya sebagai calon mereka, saya akan dapat 158 undi setelah ditambah dengan 66 ahli yang sokong saya. Tetapi kerana mereka beri 92 kepada Anwar, saya kalah dan Anwar juga gagal.
19. Jika saya dapat 92 dari Pakatan Harapan dan dengan itu Kerajaan Pakatan Harapan dikekalkan saya akan kembali jadi Perdana Menteri Pakatan Harapan. Dan apabila saya letak jawatan Anwar akan jadi Perdana Menteri mengikut perancangan Pakatan Harapan.
20. Setelah pencalonan Anwar gagal, Pakatan Harapan ingin kembali sokong saya sebagai calon Perdana Menteri. Anwar juga bersetuju tetapi dengan syarat dia dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
21. Saya tidak bersetuju kerana ingin kekal kabinet lama.
22. Akhirnya Anwar bersetuju dan usaha dibuat untuk dapat jumlah yang cukup untuk Pakatan Harapan kembali jadi Kerajaan. Dengan sokongan dari ahli parti Sabah, jumlah meningkat kepada 114.
23. Malangnya Muhyiddin sudah berjaya mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong untuk dia dilantik sebagai Perdana Menteri.
24. Tetapi usaha untuk tumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional diteruskan oleh Pakatan Harapan. Pihak saya dan penyokong saya bersetuju untuk menyertai usaha ini.
25. Tetapi Anwar tolak sama sekali penyertaan saya. Jika saya ditolak, penyokong saya tidak akan menyertai cadangan ini. Dan kita tidak akan dapat tiga orang ahli Dewan Rakyat (DR) untuk mencukupi bilangan.
26. Telah dicadangkan supaya saya akan pegang jawatan Perdana Menteri selama 6 bulan sebelum menyerah kepada Anwar. Amanah dan beberapa ahli DAP bersetuju.
27. Tetapi Anwar tolak. Anwar tidak mahu saya terlibat sama sekali. Tetapi jika saya tidak diberi tempat, penyokong saya tidak akan sokong cadangan Pakatan Harapan. Lagi pun agak sukar mencari tiga orang lagi untuk mendapat majoriti.
28. Pengakuan saya untuk serah jawatan kepada Anwar selepas 6 bulan tidak diterima atau dipercayai oleh Anwar.
29. Rancangan yang munasabah ialah apabila Dewan bersidang, jika Pakatan Harapan mempunyai cukup bilang, Muhyiddin boleh dikalahkan semasa belah bahagi dengan pembangkang mempunyai 114.
30. Apa yang berlaku ialah Muhyiddin masih dapat 112 dan tidak dapat dijatuhkan semasa perbahasan berkenaan perlucutan jawatan Yang di-Pertua Dewan. Ini bermakna Muhyiddin menang dan kekal sebagai PM. Anwar kalah dan tidak jadi PM.
31. Kemudian Anwar isytihar dia sudah dapat cukup bilang dan Muhyiddin sudah tidak jadi Perdana Menteri.
32. Saya dan kumpulan saya ditolak oleh Anwar kerana dia sudah dapat jumlah sokongan yang mencukupi.
33. Tetapi kita semua tahu bahawa Anwar masih tidak dapat jadi Perdana Menteri. Kenyataan Anwar bahawa dia mempunyai cukup bilang didapati tidak benar. Dalam perancangan Anwar saya tidak ada tempat. Jelas setelah ketepikan saya pun Anwar tidak menang.
34. Pada tahun 2008 pun, Anwar gagal. Apakah saya juga yang menghalang Anwar.














