Lebih 40,000 Anak Muda Banjiri Ride Dakwah di Kedah
ALOR SETAR, 20 September - Gelombang anak muda membanjiri Kedah apabila lebih 40,000 peserta hadir menyertai program Ride Dakwah Anak Muda yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, semalam.
Program yang menggabungkan aktiviti konvoi motosikal dengan pengisian dakwah itu mendapat sambutan luar biasa daripada golongan muda dari pelbagai kawasan.
Antara tokoh yang terlibat ialah Ustaz Wadi Annuar bersama barisan pendakwah dan pempengaruh dakwah yang menyampaikan pengisian kepada para peserta.
Jumlah kehadiran yang besar turut menyebabkan lokasi asal program di Akademi Darul Ilmi, Sungai Petani, dipindahkan ke Stadium Sultan Abdul Halim bagi menampung jumlah peserta yang jauh lebih ramai.
Suasana program turut meriah dengan deretan motosikal dan kehadiran anak muda yang berkumpul dalam suasana penuh ukhuwah, selain mengikuti pengisian agama dan nasihat daripada para pendakwah.
Program berkenaan memperlihatkan pendekatan dakwah yang dekat dengan jiwa generasi muda, menjadikan minat terhadap motosikal sebagai medium untuk menghimpunkan anak muda dalam aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.
#melakaupdate #ridedakwah













