"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Muhammad Sanusi Md Nor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhammad Sanusi Md Nor. Papar semua catatan

Selasa, 9 Julai 2024

Mahkamah batal keputusan k'jaan Kedah haramkan kedai judi

 malaysiakini.com

Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Jul 9, 2024 
Beberapa kedai judi berjaya dalam tindakan undang-undang mereka untuk mengubah tindakan kerajaan Kedah yang mengharamkan mereka di negeri itu.

Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 20 Jun membenarkan permohonan semakan kehakiman daripada berbilang pengendali perjudian yang menyasarkan keputusan pentadbiran Kedah.

Bagaimanapun, kerajaan Kedah telah memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 14 Nov 2022, Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan kerajaan Kedah tidak lagi meluluskan lesen judi, selain mengehadkan penjualan arak di semua premis terutama di kawasan luar bandar di negeri ini.
Dia berkata langkah itu bertujuan menangani gejala sosial yang berpunca daripada perjudian, seperti keruntuhan institusi keluarga.

Pada 1 Jan tahun lepas, keputusan itu berkuat kuasa menyebabkan semua premis perjudian dan loteri tidak lagi dibenarkan beroperasi di Kedah.

Menurut salah satu permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh SM Lottery Sdn Bhd, pemohon berhujah keputusan kerajaan negeri adalah tidak sah, tidak rasional dan melanggar perlembagaan.

Kedai judi itu mendakwa keputusan pentadbiran Kedah gagal mengambil kira komposisi pelbagai etnik rakyat negeri itu.

Pemohon berhujah keputusan kerajaan negeri itu dibuat tanpa rundingan terlebih dahulu dengan pihak berkepentingan di Kedah.

Kedai judi itu juga berpendapat Perkara 74 dan 75 Perlembagaan Persekutuan hanya memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan untuk menggubal undang-undang dan peraturan mengenai perjudian.

Bukan sahaja kerajaan Kedah dan Sanusi, malah pelbagai majlis daerah seperti Alor Setar, Sungai Petani dan Baling dinamakan sebagai responden yang disasarkan oleh tindakan undang-undang itu.

[Baca berita asal]

-Wak Labu Farm 

Ahad, 12 Mei 2024

'Harum Manis Perlis tiada tandingan, Sanusi jangan berangan'

 SHUKRI dan buah Mangga Harum Manis Perlis. FOTO Aizat Sharif

SHUKRI dan buah Mangga Harum Manis Perlis. FOTO Aizat Sharif

Kangar: Reputasi Perlis sebagai pengeluar buah mangga Harum Manis utama di negara ini sukar digugat oleh mana-mana negeri termasuk Kedah meskipun negeri jiran itu sudah mulai cuba mengeluarkan buah berkenaan untuk pasaran negara ini.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, meskipun ada kenyataan daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa mangga Harum Manis dari negeri itu mula meraih perhatian, namun Harum Manis Perlis tetap menjadi pilihan utama di negara ini.

Saya ingat Datuk Seri Sanusi ini berangan, mangga Harum Manis Perlis tidak akan boleh ditandingi mangga mana-mana negeri pun, insya -Allah kerana dia mempunyai rasa tersendiri.

Selain itu, cuaca dan tanah di Perlis juga amat sesuai untuk penanaman mangga jenis ini berbanding di tempat lain.

"Jadi apabila (Datuk Seri) Sanusi mengatakan mangga Harum Manis dari negerinya sudah jauh meninggalkan mangga Harum Manis Perlis hingga 80 tiang atau berapa puluh tiang sekalipun, saya rasa itu angan-angan beliau sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Pejabat Menteri Besar, Pejabat Speaker dan Bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini, semalam.

Pada 5 Mei lalu, Muhammad Sanusi dilapor berkata, Kedah yakin akan dapat menjadi pengeluar utama mangga Harum Manis di negara ini selepas usaha meluaskan tanaman buah itu giat dilaksanakan.

Malah, mangga Harum Manis Kedah yang dijenamakan sebagai Harumanis D'Aman kini sudah mula meraih perhatian dan jauh lebih popular berbanding HarumManis negeri lain walaupun baru dilancarkan tahun lalu.

Mohd Shukri berkata, perbezaan yang ketara yang terdapat pada mangga Harum Manis Perlis adalah dari segi ketahanan buah berkenaan yang mampu ditanam ketika cuaca panas yang sering berlaku di Perlis.

"Harum Manis Perlis biasanya manis dan berbau harum, paling penting sesiapa yang cuba membawa balik benih mangga untuk ditanam di negeri lain, rasa manis dan keharuman tidak sama dengan di sini.

"Ini disebabkan kawasan muka bumi Perlis ini yang berbukit dan cuacanya lebih kering jadi kita melihat ini sebagai anugerah Allah tidak terhingga di negeri ini," katanya.

Sementara itu, Exco Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Perlis, Razali Saad berkata, kapasiti penanaman Harum Manis Perlis sudah mencecah 1,700 hektar, berbanding sekitar 100 hektar sahaja di Kedah.

-myMetro

Isnin, 8 Januari 2024

Apa MB Kedah dah buat untuk kemajuan negeri Kedah?

 


1. Tuan Guru Presiden PAS nasihatkan YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk jadi diri sendiri. Maka beliau jadi diri sendiri.

2. Menjadi seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, bercakap dalam bahasa rakyat dan bekerja untuk rakyat.

3. Walau PH-BN cuba memburukkan namanya, mereka tetap tidak dapat menafikan kemampuan beliau sebagai pemimpin. 

4. KDYMM Sultan sendiri memuji pentadbiran beliau. Hangpa nak tara mana lagi?

5. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Sanusi, 

i) Keluasan Tanah Rizab Melayu di Kedah bertambah 101 hektar dalam tempoh 3 tahun iaitu daripada 721,803 hektar pada 2020 menjadi 721,905 hektar pada 2022.

ii) 7,233 geran tanah yang tertangguh lebih 30 tahun akhirnya diluluskan dan dapat dimiliki rakyat.

iii) RM91.4 bilion pelaburan berjaya dibawa masuk dan membuka 19,568 peluang pekerjaan

iv) Menghapuskan premis judi

v) Lunas RM121.9 juta hutang SADA yang ditinggalkan kerajaan PH daripada RM148 juta kini berbaki RM6.7 juta sahaja.

vi) Menggerakkan pembangunan projek-projek mega seperti Kedah Aerotropolis yang mempunyai nilai besar 

6. Mungkin MB Kedah tidak pandai berpidato dengan perkataan bombastik yang mengindahkan penipuan seperti Perdana Menteri Malaysia ke-10.

7. Ucapan MB Kedah lebih ringkas dan jelas. Senang difahami dan boleh dipercayai.

8. Ketika beliau kata PN akan menang 33 kerusi DUN di Kedah, PN betul-betul menang 33 kerusi.

9. Ketika beliau mengutarakan perancangan The Greater Kedah, beliau usahakan sepenuh hati.

10. Sekarang apabila beliau kata kerajaan akan tumbang, habis semua pemimpin PH-BN panas punggung sehingga menyerang peribadi beliau.

11. MB Kedah tenang sahaja melaksanakan tanggungjawab yang dipikul dengan caranya.

12. Fokus beliau adalah untuk merealisasikan gagasan “Kedah Tempat Orang Miskin Berteduh, Tempat Orang Kaya Menabur Bakti” serta menuju misi “Kedah Sejahtera dan Berdaya Huni” menjelang tahun 2035. 

13. Dibiarkan sahaja puak PH-BN yang hanya banyak bercakap, tidak bekerja.

14. Tahniah rakyat Kedah kerana telah memilih pemimpin yang tepat.

USTAZ NASRUN OTHMAN

Ketua Pemuda PAS Kedah

8 Januari 2024


#AdilPrihatinBerkebajikan

Khamis, 20 Julai 2023

SIAPA 'MASTERMIND' DI SEBALIK OPERASI SARAF TERHADAP SANUSI?

Oleh : Naseer Ahmad

1. Nama Sanusi menitir di ratusan ribu bibir rakyat Malaysia sejak semalam. Baik oleh marhen biasa mahupun oleh pengamal media. Samada ia baik atau buruk, apa yang pasti nama Sanusi telah melonjak ke tahap baru dalam arena politik nasional hari ini.

2. Manuever kali ini tidak dapat dipisahkan daripada bermotifkan politik. Meskipun ada pihak menyatakan dengan keras semua ini hanya bersangkut paut soal raja. Tiada kaitan dengan objektif PH-BN untuk meranapkan ikon PN Sanusi Md Nor.

3. Saya katakan, jangan pelik kalau rakyat mengaitkan isu ini dengan permainan politik. Kerana cukup jelas serangan bertali arus daripada pemimpin PH-BN khususnya dalam tempoh kebelakangan ini kepada Sanusi 

(1) Isu Banglo Abang Sanusi

(2) Isu Penggunaan Dana MARRIS

(3) Isu Sanusi kononnya dikompaun berkenaan pencurian REE

(4) Akaun TikTok Sanusi disekat

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=668255575345310&id=100064826199773&mibextid=Nif5oz

4. Setiausaha Kerja Penerangan PKR (yang menjadi kebanggaan penyokong PH), Iswady Morni tanpa berselindung telah mendedahkan target kerajaan di media sosial beliau. Minggu ini MB Sanusi, selepas Dr Samsuri pula. Bahkan sejurus Sanusi sampai di Alor Star, PKR terus membuat laporan kepada SPRM berkenaan isu REE. Bukankah tampak jelas satu serangan sedang dikoordinasi?

5. Kita lihat juga pendakwaan yang telah dibuat. Terdapat dua pendakwaan iaitu

(1) Sanusi didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

(2) Sanusi didakwa menghasut dengan mempertikaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan.

6. Untuk pendakwaan pertama, itu datang sendiri daripada Dewan Diraja Selangor. Kita serahkan hasil keputusan kepada mahkamah. Namun bagaimana dengan pertuduhan kedua? Ia berkaitan tuduhan mempertikaikan kerajaan Madani. Kes kedua bukan lagi soal raja tetapi kini soal politik biasa. Maka jelas disini ada pihak yang cuba menyelam sambil minum air. Kesempatan ini diambil oleh mereka untuk banyakkan kes Sanusi di mahkamah.

7. Yang ketiga, kita lihat bagaimana Sanusi dilayan dalam kes kali ini. Apakah keperluan menahan beliau jam 3 pagi padahal beliau sudah bersiap sedia untuk turun sendiri ke Mahkamah Selayang pada pagi tersebut? Mengapa pula deretan trak FRU disediakan di pekarangan mahkamah seolah-olah akan tercetus rusuhan besar. Imej bagaimana yang cuba dipalitkan dalam kes Sanusi kali ini?

8. Yang keempat, mengapakah begitu lancar sekali flow pendakwaan pada kali ini. Laporan dibuat pada tarikh 14 Julai 2023. Kenyataan Sanusi juga diambil pada 14 Julai. Pendakwaan terus boleh dibuat pada 18 Julai pagi meskipun pada 17 Julai Ketua Polis Negara memaklumkan siasatan masih belum lengkap. Mengapakah flow pendakwaan yang begitu lancar tidak terdapat pada kes lain yang lebih awal seperti kenyataan 3R yang dibuat Lim Guan Eng?

9.  Kelima, telah bocor satu kertas pertuduhan oleh Edisi Siasat yang menunjukkan siasatan dan pertuduhan ke atas Sanusi dibuat adalah berdasarkan laporan polis (First Instance Report - FIR) daripada seorang manusia bernama Izuan Kasim.Berbalik kepada tadi, siapa Izuan Kasim ni? Izuan Kasim ini kerabat diraja Selangor ke? Tidak. Izuan Kasim ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor. Jadi, masih valid kah kalau mahu bermain sentimen ini kes berkaitan Raja?

10. Persoalan mega, siapa 'mastermind' sebenar di sebalik serangan terhadap Sanusi? Cuba tilik kembali siapa yang paling balik banyak menyerang Sanusi kebelakangan ini dan dalam masa sama individu tersebut memegang Kementerian yang berkuasa dalam soal pergerakan intelijen dalam negara. Namun  segala serangannya telah dipatahkan dengan mudah oleh Sanusi sehingga terserlah pula imej menipu beliau di media sosial. Saya serahkan kepada rakyat untuk mencari suspek.

11. Ironinya 'manuever' politik hari ini dilihat sekali gagal. Kerana:

i) Sanusi masih boleh bertanding PRN

ii) Serangan ini membangkitkan semangat simpati dalam kalangan sebahagian besar kumpulan atas pagar.

iii) Terzahir sikap hipokrit PH apabila Akta Hasutan yang dahulu dilawan kini digunakan untuk menekan musuh politik.

12. Manuever hari ini tampaknya berakhir dengan keuntungan kepada Sanusi dan PN. Imej mangsa tekanan politik dan kerakusan politikus kerajaan melawan musuh semakin terserlah. Simpati rakyat pula condong kepada Sanusi. Nasiblah penyusun strategi PH kerana segalanya telah "backfire".

#PAMI

#sekolahpolitik

Khamis, 22 Disember 2022

Pertuduhan jenayah terhadap saya adalah konspirasi politik dirancang - Anwar

 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang akhbar selepas mesyuarat kabinet di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. - Foto ASWADI ALIAS

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang akhbar selepas mesyuarat kabinet di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. - Foto ASWADI ALIAS

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua pertuduhan jenayah yang dihadapinya sebelum ini adalah sebahagian daripada konspirasi politik yang dirancang.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dalam pernyataan tuntutan terpinda yang difailkan pada Isnin lalu, terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa ia adalah dendam keji yang dilakukan untuk menyingkirkan beliau daripada memegang jawatan awam dan merosakkan karier politiknya.

Menurut Anwar, beliau adalah bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia sebelum 2 September 1998 dan mempunyai rekod prestasi sempurna sebagai orang yang memegang jawatan awam kedua tertinggi selain disenaraikan sebagai satu daripada empat menteri kewangan teratas oleh Euromoney dan dinamakan sebagai Menteri Kewangan terbaik pada 1996 oleh Asiamoney.

 Namun, saya telah disingkirkan dari kedua-dua jawatan awam oleh pihak yang berkuasa pada 1998. Bagi merosakkan reputasi serta imej, saya telah didakwa dengan beberapa kesalahan jenayah rekaan, telah dibicarakan dan didapati bersalah atas semua kesalahan yang didakwa serta dijatuhkan hukuman penjara sebanyak dua kali.

Sebelum dipecat, saya dengan bersunguh-sungguh dan tanpa henti mengekalkan pendirian tidak bersalah dan menegaskan bahawa semua pertuduhan jenayah terhadap saya adalah sebahagian daripada konspirasi politik yang dirancang," katanya.

Anwar, 75, selaku plaintif berkata demikian menerusi pernyataan tuntutan terpinda yang difailkan dalam samannya terhadap Muhammad Sanusi berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah "Jelajah PN Best Tambun".

Menurut Anwar, atas sebab itulah, Yang di-Pertuan Agong menganggap dan melihat adalah wajar untuk mengampuni beliau pada 16 Mei 2018 bagi memulihkan imej dan reputasinya.

Katanya, tujuan utama dan kesan titah Seri Paduka untuk memerintahkan Pengampunan Diraja adalah untuk memadamkan sepenuhnya dan secara muktamad semua atau mana-mana keburukan terhadapnya berkenaan kesalahan jenayah yang disabitkan.

Walaupun defendan (Muhammad Sanusi) mempunyai pengetahuan penuh berkenaan perkara ini, beliau telah secara melulu tanpa mengambil kira kesan dan akibat Pengampunan Diraja oleh Seri Paduka, telah memfitnah saya," kata Anwar.

Pada 13 Disember lalu, Anwar memfailkan saman itu menerusi Tetuan S N Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Alor Setar dengan menamakan Muhammad Sanusi, 48, sebagai defendan tunggal.

Sementara itu, peguam Datuk S N Nair, yang mewakili Anwar, ketika dihubungi Bernama hari ini berkata saman terpinda itu sudah diserahkan kepada peguam defendan dari Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid, petang tadi. – BERNAMA

Rabu, 22 September 2021

Sanusi ingatkan Pulau Pinang adalah negeri dipajak Kedah

 MUHAMAD Sanusi. FOTO Arkib NSTP

MUHAMAD Sanusi. FOTO Arkib NSTP

Alor Setar: Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah hari ini, 'hangat' apabila Menteri Besar, Muhamad Sanusi Md Nor mengingatkan bahawa Pulau Pinang adalah negeri dipajak dari Kedah.

Sanusi (Pas-Jeneri) berkata, beliau faham mengenai kebimbangan Pulau Pinang terhadap beberapa projek mega diumumkan Kedah, yang didakwa bakal memberi saingan kepada negeri jiran itu.

Tegasnya, sejarah bahawa Pulau Pinang adalah negeri dipajak dari Kedah perlu sentiasa diingat dengan Pulau Pinang tidak sepatutnya masuk campur dan menegur urusan pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

"Pulau Pinang bukan negeri yang wujud dengan sendirinya, dalam sejarah Malaysia sendiri ada dimaklumkan bahawa Pulau Pinang adalah negeri dipajak dari Kedah.

"Jangan pula kita pajak tanah orang, kemudian kita marah pula kepada tuan tanah yang kita pajak itu. Itu tidak patut," katanya menjawab soalan tambahan Mohd Azam Abd Samat (Pas-Sg Limau) yang ingin mengetahui mengenai strategi kerajaan negeri dalam menangani rasa cemburu negeri jiran susulan pengumuman beberapa projek berimpak tinggi.

Sanusi berkata, bagaimanapun sebagai jiran yang baik, kerajaan negeri Kedah memberi jaminan Pulau Pinang akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan tidak perlu bersaing dengan Kedah.

Beliau berkata, sebagai contoh projek pembinaan Lapangan Terbang Kulim (KXP) dibina dengan tujuan menjadi pelengkap kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

"Semua pihak mengetahui usaha untuk menaik taraf LTAPP tidak dapat dibuat sepenuhnya kerana faktor kekangan tanah dialaminya. Jadi KXP ini akan menjadi pelengkap kepada LTAPP dan bukannya pesaing kepada Pulau Pinang.

"Disebabkan itu, kita akan kekal berbuat kebaikan supaya negeri jiran berasa selamat kerana di dalam Islam, inilah yang dianjurkan kepada umatnya," katanya.

Terdahulu, Sanusi menjawab soalan lisan Mohd Azam yang bertanya mengenai status projek berimpak tinggi Kedah iaitu KXP, Bandar Getah Kedah (KRC), Taman Teknologi dan Sains Kedah dan Hab Logistik, Pengeluaran dan Aeroangkasa Sidam (SLAM).

Beliau berkata, semua projek berimpak tinggi itu akan membawa perubahan besar kepada Kedah selain berupaya mengubah landskap ekonomi negeri secara lebih meluas.

-myMetro

Sabtu, 5 Jun 2021

Panas: MB Kedah kantoi langgar SOP test drive kereta baru

Saya ada soalan!

Saya ada kemuyskilan!

Izinkan saya kongsikan apa yang berlaku di depan mata saya sendiri.


Lokasi: Juru Autocity, berhadapan SHOWROOM FORD AUTOCITY


Jam: 6.30ptg

Tarikh: 5 Jun 2021

Hari: Sabtu


Sebaik sahaja saya dan suami parked kereta di tempat letak kereta kedai eco rm2(sebelah lokasi kejadian), sebelum turun dari kereta,


Saya perasan kelibat seseorang yang amat familiar. Saya dan suami mengesahkan itu adalah MB KEDAH. Beliau bersama 2 org lelaki melayu dan seorang lelaki berbangsa Cina (SALESMAN FORD)  sedang menaiki kereta Ford Raptor biru. Agak terkesima menyedari skrg PKP, tiada test drive dibenarkan! Cuba memujuk hati, mungkin itu kereta baru beliau. Mungkin hari penyerahan kereta. Tetapi sebaik sahaja memeriksa kawasan showroom, kami noticed bahawa kereta tersebut adalah kereta TEST DRIVE(dgn stiker sime darby)!!! pasti!


MULA tertanya-tanya!

Eh boleh kah test drive?

Beli kereta dari Kedah sampai Penang ka?


Dengan hati yg berkecamuk, kami setia menanti dlm kereta, dalam masa yg sama, kami turun utk memastikan yg kami tidak silap org. Selepas lebih kurang 10minit, kereta test drive tersebut tiba kembali.. Mereka semua turun, seperti ada perbincangan.. Dan mungkin ada niat utk meneruskan test drive atau view kereta ford test drive yang kedua (warna putih).

Menyedari akan hal itu, saya turun dan terus tegur salesman tersebut..


Salesman tersebut, berada dekat dgn saya, manakala MB dan 2 org lelaki td di sebelah bertentangan sedang buka pintu kereta kedua..


Saya: BRO, SHOWROOM ADA BUKA KA??!

salesman: Oh tak, ini tengok2 saja!

Saya: Mcmna boleh tengok, skrg PKP! saya nampak u all test drive jugak!

Salesman: no no no

Saya: apa no! Saya nampak u all test drive, SOP larang showroom buka, test drive juga salah..


Tanpa saya sedar, MB dan 2 lelaki beredar menaiki vellfire mereka..hilang dari pandangan!!!


Saya tetap d situ persoalkan SOP!

Salesman td hanya jawab:


Susah la ini macam saya mau cari makan...


Saya cuma kata, u buat ini salah! Semua showroom skrg tutup.. Ini macam you all ada scan my sejahtera ka? 


Dia geleng kepala lari masuk showroom!


Soalan saya!!!

Boleh ka macam ni?

Apa ni?

Salesman susah kita paham nak cari makan, tapi ini SOP


Mcm ni ka yg di panggil kayangan?


Kalau tadi you all buat atas urusan rasmi dan ada kebenaran kenapa tadi tak nyatakan pada saya????

SOP satu kereta 2 org!!!!!!!

Tadi semua 3 orang masa test drive!

Vellfire MB pun 3 org tak tau dari mana atas urusan apa!


Yang pasti tadi mereka sedang view kereta siap test drive!!


Jelaskan lah pada saya, supaya saya faham!


Yg berkenaan tolong jawab, adakah ini dibenarkan ?

Jika ya, atas sebab apa????

Sumber:Fb dibawah

Saya ada soalan!
Saya ada kemuyskilan!
Izinkan saya kongsikan apa yang berlaku di depan mata saya sendiri.

Lokasi: Juru Autocity, berhadapan SHOWROOM FORD AUTOCITY

...Lihat Selengkapnya
Mungkin gambar mobil, luar ruangan dan teks yang menyatakan 'RAPTOR'
Mungkin gambar mobil, luar ruangan dan teks yang menyatakan 'RAPTOR'
-0:07
HD
Mungkin gambar mobil
Mungkin gambar mobil
+7

Jumaat, 2 April 2021

UMNO sibuk nak letak jawatan, Pemimpin PAS sibuk buat kerja bantu rakyat

 


Di Akhir Ucapan MB setelah dia sebut Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua semasa majlis Open Road Asia pagi ni, saya perasan MB sebak dan hampir menangis, saya mengerti perasaan tersebut, macam mana tak sebak, berduyun-duyun pelabur masuk ke Kedah dalam masa singkat apatah lagi dalam suasana pendamik.Covid-19,


Kelmarin sign agreement 40billion Widad dan Ben Zayed untuk projek di Langkawi, harini sign pula 1.3 Billion untuk projek Litar Kereta bertaraf dunia di Bukit Malut.Masih banyak lagi yang menunggu giliran perlaksanaan projek berimpak tinggi di Kedah.MB juga sempat sebut projek Litar Lumba Rakyat di SP.

Apakah rahsianya para pelabur begitu teruja untuk masuk ke Kedah? Apakah indikator dipakai oleh para pelabur sehingga meyakinkan mereka masuk melabur di Kedah?

Bagi saya , jawapanya yang pertama ialah ketelusan dan keikhlasan pihak kerajaan, yang ni real bukan buat2.Terus terang MB sebut kepada semua pelabur yang datang, jika mahu majukan negeri Kedah, mahu bantu rakyat melalui pembangunan,dipersilakan.Buat sampai jadi.Tidak ada tol, tidak ada 'bawah meja' , tidak ada orang yang perlu dibeli dan dibayar, tak perlu jaga sapa2 yang berkepentingan.Tidak perlu habis modal banyak sedangkan projek belum mula dan berjalan.Ini menjadi bualan hangat dikalangan pelabur.Mereka gembira dengan sikap mesra,telus dan ikhlas kerajaan.

Yang Kedua ialah kepantasan.Yang ni pun rahsia besar kenapa pelabur begitu teruja.Dulu2 sebarang projek mega memerlukan masa yang sangat lama untuk dilaksanakan, tapi tidak semasa kerajaan hari ini.Sebagai contoh projek Widad Langkasuka yang diumumkan oleh MB pada Januari 2021, dalam masa 3 bulan sahaja sudah direalisasikan melalui perjanjian usahama yang dibuat dihadapan Perdana Menteri Malaysia !

MB milik rakyat Kedah ini tidak kenal erti keletihan, dia tidak kisah berulang alik Kedah ke KL dalam masa 1-2 hari jika ia adalah untuk kepentingan rakyat Kedah, sebagai contoh kelmarin, sebelah pagi MB mengadap Tuanku Sultan, kemudian terus ke KL

Mohamad Danail

-MindaRakyat

Rabu, 16 Disember 2020

Nama Stadium Ffira Mikah dibatal, Hakim Ariff akan dikenakan tindakan

 Nama Stadium Ffira Mikah dibatal, Hakim Ariff akan dikenakan tindakan

Stadium kontroversi Ffira Mikah telah dibatalkan serta-merta penggunaan namanya dan kerajaan negeri Kedah akan ambil tindakan terhadap pihak bertanggungjawab yang memilih nama berkenaan, tegas Menteri Besar. - Gambar fail
ALOR SETAR: Stadium mini kontroversi Ffira Mikah di Kuala Nerang telah dibatalkan serta-merta penggunaan namanya kerana tindakan berkenaan dibuat tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan kerajaan negeri.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, Ffira Mikah yang menjadi nama pilihan untuk stadium mini terbabit hanya dibincang pada peringkat kerajaan tempatan sahaja tanpa dibawa ke mesyuarat Exco yang dipengerusikannya untuk diluluskan.
Beliau menegaskan, sudah menjadi kelaziman sebelum ini bahawa setiap nama jalan, lokasi, taman atau stadium perlu terlebih dahulu dibincang di peringkat kerajaan tempatan dan seterusnya diangkat ke mesyuarat Exco yang berlangsung setiap minggu untuk diluluskan.
Dalam isu berkaitan, Sanusi berkata, pentadbirannya tidak menerima sebarang maklum balas mengenai perbincangan di peringkat kerajaan tempatan mengenai penukaran nama stadium tersebut.
"Berkaitan dengan stadium itu (Ffira Mikah) telah dibatalkan nama yang bahasa Greek campur Arab kerana proses menamakan stadium itu tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan, tidak dibawa ke mesyuarat Exco, tidak dapat kelulusan,” kata Sanusi dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim untuk mengambil tindakan yang sewajar bersesuaian dengan urusan pentadbiran terhadap Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md. Nor.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai nama Stadium Ffira Mikah yang didakwa diabadikan sempena nama Hakim Ariff yang dieja terbalik.
Bagaimanapun, Hakim Ariff dalam reaksinya menafikan tindakan berkenaan dengan mendakwa nama stadium berkenaan tiada sebarang kaitan dengannya dan hanya secara kebetulan dengan namanya sekiranya diterbalikkan.
Ffira Mikah, tegas Hakim, merupakan gabungan perkataan dari bahasa Sepanyol dan Arab.
Ffira, katanya, bermaksud sesuatu yang hebat dalam bahasa Sepanyol atau Greek manakala Mikah dalambahasa Arab merupakan nama malaikat.

Jumaat, 11 Disember 2020

Menteri Besar Kedah Ahli Politik Pemberani

 


Agak teruk juga nampaknya Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor, dihadapkan dengan selaran dalam isu perobohan kuil di Kuala Kedah.

Paling saya bersimpati ialah bila Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan bahawa YAB Muhammad Sanusi harus diganti sebagai Menteri Besar Kedah kerana tidak layak dan tidak sesuai untuk memegang jawatan tinggi dalam masyarakat majmuk.

Simpati saya ini adalah kerana saya juga pernah menjadi mangsa modus operandi sama yang digunakan oleh Lim Kit Siang yang mempersoalkan kelayakan dan kesesuaian saya untuk menjadi pensyarah di universiti awam dalam masyarakat majmuk.

Modal holier-than-thou beginilah yang lazimnya beliau akan gunakan, bukan dengan menumpukan kepada hujah tetapi kepada menyerang batang tubuh individu.

Lim Kit Siang patut fokus kepada soalan beliau sama ada pimpinan PAS kini tidak lagi mampu untuk membezakan di antara kebenaran dan kebatilan, di antara perkara yang adil dan zalim.

Ini kerana kebenaran dan keadilan dalam isu perobohan kuil atau perobohan mana-mana rumah ibadat lain di mana-mana sahaja sebenarnya sangat mudah: Ia ialah isu undang-undang.

Isu ini telah pernah dinyatakan dengan jelas oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, yang menyebut begini:

(1) “Orang-orang yang membina dan memiliki kuil di atas tanah kerajaan secara haram adalah penceroboh. Mereka tidak mempunyai apa-apa hak di sisi undang-undang. Kerajaan berhak meroboh kuil itu bila-bila masa.”

(2) “Kerajaan perlu bertindak tegas: Semua rumah ibadat, tidak kira kuil, tokong, gurdwara, gereja, masjid dan surau atau apa juga, yang dibina tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan atau tanpa mematuhi undang-undang hendaklah diroboh, tanpa diberi tanah gantian dan/atau pampasan.”

(3) “Sesiapa yang menyokong dan menggalakkan pelanggaran undang-undang dan mengapi-apikan semangat rasis pihak yang melanggar undang-undang sambil menuduh pihak yang hendak melaksanakan undang-undang dengan sah, rasis dan tidak adil, hendaklah dibawa ke muka pengadilan.”

Dan ayat-ayat inilah juga yang dinyatakan oleh YAB Muhammad Sanusi yang menyebut begini:

(1) “Isu perobohan struktur atas tanah yang digazetkan sebagai kawasan lapang di Taman Bersatu Kuala Kedah ialah isu undang-undang, bukan isu perkauman, agama atau diskriminasi.”

(2) “Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan Parit dan Bangunan (Akta 133) tidak hanya dikuatkuasakan kepada kuil hindu, tokong atau rumah ibadat. Ia berkuatkuasa ke atas semua struktur, binaan dan hadangan yang tidak diluluskan.”

(3) “Jika ada sesiapa dari kalangan pemimpin politik, kaum dan agama cuba mengapi-apikan permusuhan, menghalang undang-undang ditegakkan, menuduh dan memfitnah di luar kebenaran, memutar belit isu undang-undang dengan mengheret kepada isu kaum dan agama, mereka tidak patut dibiarkan berwewenang.”

Bukan tidak ada pun masjid dan surau yang dirobohkan kerana dibina di atas tanah kerajaan di negara ini tetapi ia tidak dijadikan isu perkauman, agama atau diskriminasi, jadi mengapa pula bila yang dirobohkan adalah rumah ibadat bukan Islam ia cuba dijadikan isu besar?

Walaupun YAB Muhammad Sanusi mungkin pernah tersasul di mana-mana sedikit sebanyak, beliau sebenarnya adalah ahli politik pemberani yang bukan sahaja perlu disokong malah perlu dijadikan ikutan dalam melaksanakan undang-undang tanpa mengira populariti.

Semoga lebih ramai klon ahli politik pemberani begini akan muncul di negara ini.

Kamarul Yusoff

Jumaat, 4 Disember 2020

MIC sudah tak relevan, saya tak akan pertahan rumah ibadat dibina secara haram, kata MB Kedah

Muhammad Sanusi Md Nor. (Gambar Bernama)

ALOR SETAR: Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata protes MIC terhadap perobohan sebuah kuil yang dibina tanpa kelulusan menunjukkan seolah-olah parti itu mahukan undang-undang diabaikan apabila menyentuh kepentingannya.

Selepas dikecam oleh pemimpin MIC sebagai angkuh, jahil dan tidak layak menjadi MB, Sanusi menyelar parti komponen Barisan (BN) Nasional itu sebagai parti yang terpaksa mengungkit isu-isu untuk terus relevan di persada politik.

“Selain jadi hero isu-isu kuil yg dibina di kawasan lapang dan pinggir jalan yg tertakluk di bawah undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)..MIC ada isu apa lagi untuk mereka kekal releven?,” kata Sanusi kepada FMT.

Justeru, beliau mempertahankan tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah, kerana ia dibina tanpa kelulusan dan pihak kuil tidak mengendahkan notis yang dikeluarkan.

“MIC patut tahu asas kepada kes penguatkuasaan MBAS iaitu kuil tersebut dibina di kawasan lapang perumahan… 3-4 tahun kebelakangan ini sahaja. Bila ada struktur bangunan dibina, ia menyalahi undang-undang dan notis telah dikeluarkan oleh MBAS.

“Bila notis tidak diendahkan, akan diikuti dengan penguatkuasaan. MBAS buat kerja dia ikut undang-undang yang diamanahkan kepada mereka,” kata beliau.

Sanusi berkata, dalam penguatkuasaan undang-undang, tidak timbul soal pilih bulu dan MIC harus menerima hakikat itu.

“Adakah kita sebagai parti-parti politik mahu PBT mengabaikan sahaja undang-undang apabila sesuatu penguatkuasaan terkena batang hidung kita.

“Atau (menjadi) parti politik segera muncul untuk menjadi hero kaum supaya dilihat releven dan prihatin? Parti-parti politik patut mendidik orang ramai mematuhi undang-undang,” kata beliau.

Sanusi berkata, isu berkenaan tidak patut dipolitikkan oleh sesiapa.

 “Ini bukan isu politik atau agama, ini isu undang-undang bawah kuasa PBT. Apakah MIC mahu struktur yang ada dan akan datang di kawasan PBT di seluruh negeri dibina sesuka hati? Bukankah ada peraturan yang patut dipatuhi oleh semua orang,” kata beliau.

“Ini bukan soal rasis atau agama. Janganlah…., semua isu nak dipolitikkan. Saya bimbang MIC pun akan hilang kerusi-kerusi tradisi mereka jika berdegil menjadikan isu ini sebagai modal politik,” kata beliau.-FMT

Khamis, 15 Oktober 2020

PANAS! : Masalah air tidak selesai, Sanusi guna SADA beli kereta baru!


Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor yang juga pengerusi Syarikat Air Darul Aman (SADA) telah menerima sebuah kereta baharu iaitu Toyota Vellfire berwarna hitam dengan plat nombor KEP5000. Toyota Vellfire tersebut dianggarkan berharga RM345,000.00 yang merupakan di antara spesifikasi yang tertinggi.

Menurut sumber, kereta Toyota Vellfire hitam itu diambil sendiri oleh Sanusi pada jam 2.30 pagi pada 30 September 2020 dilokasi yang tidak dimaklumkan. Sanusi sebelum ini menggunakan kereta Volvo S90 dan kemudian kini menggunkan Mercedes Benz untuk kegunaan rasmi MB. Beliau dipercayai merancang untuk menukar kereta tersebut dengan Toyota Vellfire hitam dengan plat nombor KEP5000 atas alasan yang tidak diketahui.

Netizen terutama rakyat di negeri ini mula mempersoalkan tindakan MB Kedah tersebut menukar kereta baharu di saat negara dan negeri masih lagi bergelut dalam kelembapan ekonomi. Menjadi tanda tanya kepada seluruh warganet dan rakyat di negeri Kedah adalah, masalah air di negeri Kedah ini masih belum dapat diselesaikan lagi, tetapi SADA berbelanja besar membeli kereta Toyota Vellfire untuk kegunaan Pengerusinya  itu.

Kini tular di Media Sosial maklumat terperinci berkenaan kenderaan tersebut, seperti rajah dibawah.

Dipercayai kakitangan SADA sendiri tidak mengetahui pembelian kereta tersebut, dan kini timbul persoalan dimanakah Sanusi menyembunyikan kenderaan tersebut??? sedangkan rakyat masih ternanti-nanti bilakah masalah air dapat diselesaikan?

sumber:utaradaily.com