"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Pengampunan Agong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengampunan Agong. Papar semua catatan

Isnin, 7 September 2020

20 tahun terkurung, bekas banduan Al-Ma’unah kekok dengan dunia luar

 


KUALA BERANG –
 Tersesat ke kampung lain, tidak pandai menggunakan telefon pintar, itu pengalaman baharu dilalui bekas banduan kumpulan Al-Ma’unah tatkala melangkah keluar dari tirai besi pada 17 Ogos lepas, setelah mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Kebangsaan ke-63.

Terkurung di sebalik tembok tinggi selama 20 tahun yang memisahkannya dengan dunia luar, bekas banduan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 49, mengakui kekok dan terkejut dengan keadaan semasa, terutama di kampungnya yang disifatkan jauh berbeza berbanding 20 tahun lepas.

Cahaya terang matahari juga mengganggu penglihatannya lantaran sudah terbiasa dengan suasana suram di penjara.

“Bayangkan daripada kawasan hutan pada 20 tahun lepas, kini dipenuhi rumah. Saya nak bawa motosikal pun rasa takut sebab banyak betul kereta dan lori atas jalan. Bukan macam dulu… televisyen sekarang pun banyak yang dah ‘kurus’ (skrin nipis). Motosikal pun dah canggih tak perlu dihidupkan guna kaki.

“Apa yang membuatkan saya tersenyum tentunya melihat betapa ramainya anak saudara… sampai hari ini saya masih ragu-ragu dengan jumlahnya. Mungkin lebih daripada 15 orang sedangkan ketika saya tinggalkan keluarga, hanya ada lima orang sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama, di sini.

Ahmad, yang sepatutnya menjalani hukuman penjara sepanjang hayat, adalah antara 13 bekas ahli kumpulan Al-Ma’unah yang dibebaskan awal susulan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Kebangsaan ke-63.

Ahmad telah dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh seketika pada tahun 2000 sebelum ke Penjara Kajang selama lapan tahun, kemudiannya dipindahkan ke Penjara Marang selama 12 tahun, sejak 2008, dan akhirnya ada 17 Ogos lepas, beliau dibebaskan.

Mengimbas kembali detik pembebasannya, Ahmad berkata pada 16 Ogos, beliau dipanggil oleh pegawai penjara untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan diminta membaca sepucuk surat.

Ahmad berkata beliau diminta membaca satu persatu baris ayat di surat itu, yang memaklumkan keputusan penolakan empat kali rayuannya untuk pembebasan sebelum ini, sehinggalah pada baris terakhir yang menyatakan rayuannya diperkenankan.

“Apabila tiba pada ayat ‘diperkenankan’ bagi rayuan kali kelima, saya gagal teruskan bacaan dan pegawai meminta saya melakukan sujud syukur,” katanya, sambil menambah saat itu beliau bagaikan tiada keupayaan lagi untuk berdiri kerana terlalu terkejut sehingga dipapah oleh pegawai penjara.

Ahmad berkata malam terakhir di penjara juga dirasakan sangat panjang sehingga beliau tidak dapat melelapkan mata.

“Saya tak tidur. Saya hanya berbaring atas simen… semua peralatan termasuk tilam, selimut, bekas air dan segalanya telah saya agihkan kepada banduan lain.

“Pada hari terakhir, sebelum melangkah keluar dari pintu besi, saya dibawa berjumpa pegawai penjara. Di situlah saya dijamu makan durian. Ia adalah hadiah untuk pembebasan saya. Ketika itu jugalah air mata saya mengalir laju. Sudah 20 tahun tidak merasa enaknya buah durian,” katanya yang kelihatan ceria dan mesra sepanjang temu bual secara santai itu berlangsung.

Katanya, apabila tiba di rumah pada 17 Ogos, beliau disambut dengan penuh gembira oleh kaum keluarga dan rakan terdekat, sambil dijamu dengan nasi minyak serta pelbagai makanan lain manakala pada awal Muharam lepas, surau berdekatan rumahnya pula mengadakan kenduri kesyukuran menyambutnya pulang.

Ketika ditanya apakah yang akan dilakukan dalam masa terdekat, Ahmad yang mahir membuat perabot ketika di penjara berkata beliau ada menerima tawaran untuk bekerja tetapi masih belum membuat keputusan kerana mahu berehat seketika, selain mahu membalas jasa keluarga terutama kakaknya yang sering memberi sokongan dan sentiasa melawatnya di penjara walaupun terpaksa berhabis wang ringgit.

Bagi memastikan nilai positif pada dirinya terus kekal, Ahmad yang pernah meraih perhatian ramai kerana kehebatannya khatam al-Quran sebanyak 165 kali ketika di penjara berkata, beliau akan meneruskan amalannya membaca al-Quran pada setiap hari seperti di penjara.

“Saya benar-benar terharu atas pembebasan ini. Terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong. Saya yakin apa yang berlaku ini mempunyai kaitan dengan amalan saya di penjara, termasuk doa yang tidak putus daripada keluarga,” katanya.

#Sumber :  — BERNAMA