"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Tun Dr Mahathir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tun Dr Mahathir. Papar semua catatan

Khamis, 30 Mei 2024

"Apa Nasib Kapsul Masa Tun Dr. Mahathir?"

 "Apa Nasib Kapsul Masa Tun Dr. Mahathir?"

Mungkin ramai yang dah lupa, terdapat sebuah kapsul masa yang ditanam oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya seberang sahaja daripada lokasi PBAKL iaitu di dalam Sunway Putra Mall.

Kapsul masa tersebut telah ditanam pada 12 Jun 1987 oleh Dr. Mahathir semasa majlis perasmian bangunan pusat membeli-belah The Mall, yang kini dikenali sebagai Sunway Putra Mall selepas dimiliki oleh kumpulan syarikat Sunway Berhad mulai 1 Mei 2013.

Kapsul itu dijadualkan untuk dibuka pada tahun 2087, iaitu 100 tahun selepas ia ditanam.

Menurut jurucakap pengurusan Sunway Putra Mall, kapsul masa tersebut kini selamat disimpan di pejabat Pengurus Besar bangunan itu.

Walau bagaimanapun, pihak pengurusan memberi jaminan bahawa mesej Tun Mahathir akan tetap disampaikan kepada generasi akan datang pada tahun 2087.

Yang ini lama lagi baru kita boleh tengok. Tapi ada beberapa lagi kapsul masa ditanam oleh Tun Dr. Mahathir yang sepatutnya dah dibuka pada tarikhnya, tetapi masih sepi diam membisu tanpa khabar berita.

Antara yang paling ditunggu-tunggu mestilah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam di Monumen Alaf Baru atau Tugu Milenium (Millennium Monument) terletak di Presint 2, Putrajaya.

Kapsul ini sepatutnya dibuka pada 29 Ogos 2020 semasa Sambutan Jubli Perak Putrajaya disempurnakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu tokoh bertanggungjawab membuka Putrajaya 25 tahun lalu.

Tetapi 2020 sudah berakhir begitu sahaja. Perancangan yang disebutkan sebagai Wawasan 2020 tidak berlaku di depan mata kita, melainkan tahun itu adalah tahun negara serta dunia diserang wabak COVID-19.

Bukan ini sahaja kapsul masa yang ditanam oleh beliau. Mengikut jadual, dua kapsul masa tersebut sepatutnya dibuka pada 2018. 

Kapsul tersebut ditanam di Hentian Rehat & Rawat (R&R) Rawang pada 8 September 1994. Tun Dr. Mahathir menanam kapsul tersebut di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara. 

Batu yang terletak di kawasan R&R itu tertulis sebuah kapsul yang mengandungi dokumen-dokumen ditanam Tun M bersempena acara Perasmian Penyempurnaan Lebuhraya Utara-Selatan pada 8 September 1994 dan sepatutnya dikeluarkan selepas tamat tempoh Konsesi Lebuhraya Utara-Selatan pada 31 Mei 2018.

Bagaimanapun tempoh konsesi dilanjutkan sehingga 2030 dalam perjanjian konsesi tambahan dan sekali lagi dipanjangkan ke 2038 melalui perjanjian konsesi tambahan ke-3. Sehingga kini kapsul ini masih belum dibuka.

Satu lagi kapsul masa yang dijadual dibuka pada tahun sama ialah yang ditanam bersebelahan mini teater di Menara KL. Kapsul tersebut ditanam pada 1 Oktober 1996. Namun, nasibnya sama sahaja, sehingga kini diam seribu bahasa.

Namun, ada juga kapsul yang bukan ditanam Tun Mahathir, terdapat dua Kapsul Masa di Bursa Malaysia yang ditanam Perdana Menteri Malaysia sekarang, Dato' Sri Anwar Ibrahim dan Tun Daim Zainuddin ketika memegang jawatan dalam kabinet pada 1987 yang ketika itu memegang jawatan Menteri Pendidikan dan Menteri Kewangan.

Kapsul ini sepatutnya dibuka pada tahun 2020. Tetapi, nasib mengenai kapsul-kapsul tersebut kini dalam 'tangan' Pejabat Perdana Menteri yang boleh memberikan tarikh pembukaannya.

Bagaimanapun, persoalannya, bila kesemua kapsul ini akan dibuka atau ia akan terus dilupakan begitu sahaja?

Oleh: Azizul Farhan

Sumber 

Jumaat, 22 Disember 2023

Tun M perjelas sebab kerajaan benar kapal Israel berlabuh pada 2002

 Kerajaan Malaysia pernah membenarkan kapal milik syarikat Israel, ZIM untuk berlabuh di negara ini pada 2002 kerana menaruh harapan terhadap perdamaian antara Palestin dengan Israel, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun M perjelas sebab kerajaan benar kapal Israel berlabuh pada 2002

Foto: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

  • Kerajaan Malaysia pernah membenarkan kapal milik syarikat Israel, ZIM untuk berlabuh di negara ini pada 2002 kerana menaruh harapan terhadap perdamaian antara Palestin dengan Israel, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Dr Mahathir berkata kerajaan juga pernah membenarkan pasukan kriket Israel masuk ke negara ini dengan harapan rakyatnya dapat melihat penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Islam boleh hidup bersama rakyat beragama lain.
  • Beliau berkata malangnya segala usaha itu jelas sia-sia kerana Israel selepas itu terus memperlihatkan sifat kebinatangannya dan terus membunuh rakyat Palestin.
  • “Kita sokong tindakan Kerajaan Malaysia sekat Syarikat perkapalan Israel ZIM dari berlabuh di pelabuhan Malaysia.
  • “Ini kerana tindakan melampau dan tiada perikemanusiaan Israel terhadap penduduk Palestin perlu dikeji dan apa-apa tindakan protes yang boleh dilakukan harus diambil,” kata Tun Mahathir di platform X, semalam.
  • KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia pernah membenarkan kapal milik syarikat Israel, ZIM untuk berlabuh di negara ini pada 2002 kerana menaruh harapan terhadap perdamaian antara Palestin dengan Israel, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Dr Mahathir berkata kerajaan juga pernah membenarkan pasukan kriket Israel masuk ke negara ini dengan harapan rakyatnya dapat melihat penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Islam boleh hidup bersama rakyat beragama lain.

    Beliau berkata malangnya segala usaha itu jelas sia-sia kerana rejim Israel selepas itu terus memperlihatkan sifat kebinatangannya dan terus membunuh rakyat Palestin.

  • “Kita sokong tindakan Kerajaan Malaysia sekat Syarikat perkapalan Israel ZIM dari berlabuh di pelabuhan Malaysia.

    “Ini kerana tindakan melampau dan tiada perikemanusiaan Israel terhadap penduduk Palestin perlu dikeji dan apa-apa tindakan protes yang boleh dilakukan harus diambil,” kata Tun Mahathir di platform X, semalam.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam melalui kenyataannya berkata, kerajaan memutuskan menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

    Kerajaan Malaysia juga tidak lagi membenarkan mana-mana kapal dengan bendera Israel berlabuh di negara ini sebagai tanda solidariti dengan Palestin yang kini diserang rejim zionis Israel.

  • Mengulas lanjut, Tun Mahathir berkata laluan diberikan kepada ZIM dulu sekadar kebenaran kepada perjalanan sesebuah kapal tanpa memperlihatkan sebarang sokongan kepada rejim zionis Israel dan tindakannya membunuh rakyat Palestin.

    “Ini berbeza dengan menjadi ahli dan penyokong pertubuhan pro-zionist yang jelas mendokong cita-cita Israel melakukan penghapusan etnik orang Palestin menerusi genocide dan pembunuhan besar-besaran,” kata Tun Mahathir. – The Merdeka Times

    Sumber: Twitter Tun Dr Mahathir

Rabu, 23 Februari 2022

"Zahid Hamidi pernah jumpa saya minta siasatan rasuah dihentikan' - Tun M

 Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad

Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, mendedahkan yang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pernah bertemunya meminta supaya siasatan kes rasuah terhadap Presiden UMNO itu dihentikan.

Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) itu mendakwa, pertemuan itu berlaku ketika ada ura-ura bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata, ketika itu Ahmad Zahid mahu siasatan yang sedang dijalankan terhadapnya dihentikan.

"Ahmad Zahid datang ke rumah saya bersama dua tiga orang lagi dan dia cuba nak berbaik-baik dengan saya.

"Pada masa itu, ada kemungkinan saya menjadi Perdana Menteri, atas sebab itu dia ingin berbaik dengan saya," katanya pada sidang media selepas Pelancaran Aspirasi Johor, di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dr Mahathir berkata, beliau mengetahui mengenai masalah jenayah yang dilakukan Ahmad Zahid, selain menyedari kemungkinan pemimpin UMNO berdepan hukuman penjara.

Katanya, selepas Ahmad Zahid bersama dengan parti yang membentuk kerajaan, beliau ada mendengar cubaan Ahli Parlimen Bagan Datoh itu untuk tindakan mahkamah terhadapnya dihapuskan.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak mendedahkan bila sebenarnya tarikh dan lokasi pertemuan berkenaan.

Semalam, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan tidak berhasrat membuat sumpah laknat berhubung dakwaan Ahmad Zahid Hamidi, meminta bantuannya dalam kes mahkamah dihadapinya ketika ini.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, ia berikutan apa yang dikatakannya sebelum ini adalah benar dan beliau sendiri mempunyai bukti dan saksi.

Minggu lalu, Muhyiddin ketika berucap di Pentas PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh di Felda Tenggaroh 3, berkata Ahmad Zahid ada ke rumahnya ketika beliau berbincang dengan Presiden PAS, Tan Sri Abd Hadi Awang, dengan membawa satu beg berisi dokumen kes mahkamah.

Beliau dilaporkan berkata, dalam kejadian beberapa hari selepas beliau memegang jawatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid ada meminta tolong daripadanya kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.

-BH Online

Sabtu, 12 Februari 2022

Rawatan Jantung: Dr Mahathir hampir putus asa

 

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan hampir berputus asa ketika bertarung nyawa, akibat masalah jantung hingga dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hampir dua minggu, bulan lalu.

Bekas Perdana Menteri itu mengakui ada ketika, beliau sudah putus harapan untuk sembuh ketika ditempatkan dalam Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN akibat penyakit berkenaan, yang disifatkannya sebagai amat teruk.

Bagaimanapun, katanya, takdir menentukan beliau kembali pulih, berkat doa ribuan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mengharapkan negarawan itu sembuh, selain usaha pakar perubatan di IJN untuk menyelamatkan nyawanya.

"Saya ucap terima kasih. Ramai yang berdoa untuk saya pulih. Dan, hasilnya ialah saya telah pulih daripada satu penyakit yang bagi sayalah, amat teruk.

"Adakalanya, saya tak harap nak pulih. Tetapi, alhamdulillah dengan rawatan yang diberi di IJN, saya pulih," katanya dalam satu video pendek yang dimuat naik di akaun Twitter rasminya, hari ini.

Dalam video hampir satu minit itu, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi, kekal bertenaga walaupun masih dalam pemulihan ketika menyampaikan ucapan berkenaan.

Video itu turut menyelitkan rakaman menunjukkan Dr Mahathir bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bersiar-siar di sekitar Tasik Putrajaya, hari ini.

Dr Mahathir dilihat ceria dan bertenaga ketika berjalan di sekitar tasik itu. Ada ketika beliau dilihat duduk di kerusi sambil seorang anggota kesihatan memeriksa kadar oksigen dan degupan jantung beliau.

Mengulas keadaan kesihatannya ketika ini, Dr Mahathir mengakui sudah hampir kembali kepada keadaan biasa dan boleh melakukan kegiatan harian.

"Waktu ini, saya boleh berjalan. Saya boleh makan. Saya boleh tidur. Saya boleh duduk.

"Saya hampir macam biasa. Tapi tidaklah begitu kuat nak bekerja dan sebagainya. Tapi, saya harap saya akan pulih," katanya, sambil sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak.

Dr Mahathir kini boleh melakukan kegiatan hari sendiri. - Foto FB Tun Mahathir Mohamad
Dr Mahathir kini boleh melakukan kegiatan hari sendiri. - Foto FB Tun Mahathir Mohamad

Pada 5 Februari lalu, IJN memaklumkan bekas Perdana Menteri itu dibenarkan keluar dari IJN dan menjalani pemulihan di rumah.

Beliau dimasukkan ke IJN pada 21 Januari lalu, susulan prosedur elektif yang dilaksanakan dua minggu sebelum itu.

Itu kali ketiga Dr Mahahtir dimasukkan ke IJN dalam tempoh lebih sebulan, selepas kali terakhir masuk ke IJN pada 17 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenar keluar enam hari kemudian.

Pada 16 Disember tahun lalu, beliau dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut, sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember.

Jumaat, 7 Januari 2022

‘Saya curi tapi kamu, keluarga berbilion-bilion aset?’, Najib sindir Dr M berhubung dakwaan kes SRC

 

Najib Razak menyindir Dr Mahathir Mohamad dengan mempersoalkan sama ada anak beliau pernah memiliki kepentingan besar dalam lebih 12 syarikat disenarai seperti keluarga Ahli Parlimen Langkawi itu.

PETALING JAYA: Ketika masih berdepan kes mahkamah berkaitan 1MDB, Najib Razak hari ini tampil membidas dakwaan Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak pernah mencuri dan tidak pernah didakwa kerana mencuri dan merompak.

“Saya tidak pernah didakwa mencuri atau merompak.

“Tak sama dengan kes (Lim) Guan Eng yang didakwa bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, iaitu meminta atau menerima suapan dan juga bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan – criminal misappropriation of property,” katanya di Facebook.

Beliau yang juga didakwa bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 itu sekali lagi menegaskan, ia bukan untuk kegunaan peribadi.

“Bukan curi dan rompak sebab wang bukannya untuk kegunaan peribadi saya atau keluarga. Semasa menjatuhkan hukuman, hakim juga kata bahawa dana RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah.

“Jika saya curi dan rompak, apa yang saya beli dengan hasil curian ini untuk diri sendiri atau keluarga?” soalnya.

Mahkamah Rayuan pada 8 Dis tahun lalu mengekalkan keputusan bersalah dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib dalam kes penyelewengan RM42 juta dana bekas anak syarikat 1MDB, iaitu SRC International Sdn bhd.

Sabitan dan hukuman bagaimanapun ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Persekutuan, mahkamah paling tinggi dalam negara.

Dalam pada itu, beliau turut menyindir Mahathir dengan mempersoalkan sama ada anak-anak beliau pernah memiliki kepentingan besar dalam lebih 12 syarikat disenarai seperti keluarga Ahli Parlimen Langkawi itu.

“Adakah saya memiliki ladang kuda, projek resort tepi pantai, sebahagian kepentingan dalam hotel mewah lima bintang ataupun syarikat perkhidmatan jet peribadi seperti kamu?

“Saya yang mencuri tapi kamu dan keluarga berbilion-bilion aset pula?” soal Najib.-FMT

Ahad, 20 Jun 2021

Adun PKR gelar Mahathir ‘unta tua’ yang menipu PH

 

Selepas menghadiahkan Kamus Dewan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad hari ini menyifatkan Dr Mahathir Mohamad sebagai “unta tua” yang menipu Pakatan Harapan.

Tampil di pentas maya Kongres Nasional PKR hari ini, perwakilan Perak itu turut mengingatkan pimpinan parti supaya tidak mengulangi kesilapan sebelum ini dengan menerima “unta tua” dalam khemah pakatan itu sehingga menyebabkan kerajaan PH yang dibina atas mandat rakyat kehilangan kuasa di Putrajaya.

“Ambillah pengajaran pada PRU14 bahawa ketika itu datangnya ‘unta tua’ dalam khemah PH, minta kebenaran masuk dengan muka kesian.

“PH pun rasa kesian dan beri kebenaran untuk ‘unta tua’ ini masuk dalam khemah sehingga PH keluar dari khemah sendiri iaitu Putrajaya. Ambil pengajaran ini supaya jangan tertipu dengan ‘unta tua’ ini untuk kali kedua,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden sempena Kongres Nasional Tahunan PKR secara maya hari ini.

Ketika dihubungi FMT, Arafat yang juga Ketua Penerangan PKR Perak menjelaskan “unta tua” yang dimaksudkan adalah bekas Perdana Menteri itu.

“Ya, dia (Mahathir) yang saya maksudnya, siapa lagi ‘unta tua’ kalau bukan dia,” katanya.

Dalam video dikongsikan di Facebook Pusat Khidmat Rakyat ADUN Hulu Kinta semalam, Arafat berkata kenyataan dikeluarkan Takiyuddin selepas titah pandangan Agong mengenai persidangan Parlimen adalah tindakan yang biadab dan angkuh.

Katanya, kamus itu dihadiahkan kepada Takiyuddin supaya beliau memahami dengan lebih jelas maksud “secepat mungkin” seperti dititahkan Agong.

Sebelum itu, Takiyuddin dilaporkan berkata, Agong tidak menetapkan bila sidang Parlimen harus diadakan namun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah mengumumkan bahawa sidang Dewan Rakyat boleh diadakan paling awal September ini.

Dalam perbahasan itu, Arafat turut menggelarkan kerajaan PN sebagai “pembunuh” kerana tidak cekap dan lemah dalam menguruskan pemberian vaksin khususnya kepada warga emas.

Oleh itu, beliau menggesa waris mangsa yang kematian akibat Covid-19, menuntut ganti rugi kepada kerajaan.

“Jika kerajaan cepatkan vaksin kepada golongan warga emas, sudah tentu angka yang dirawat dalam ICU ketika ini tidak tinggi.

“Saya lihat ini adalah kesilapan nyata kerajaan dan waris mangsa Covid-19 perlu segera menuntut ganti rugi kerana tindakan lemah kerajaan ini,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/20/semalam-hadiah-kamus-kepada-takiyuddin-hari-ini-adun-pkr-gelar-dr-m-unta-tua-kerajaan-pn-pembunuh/

Khamis, 10 Jun 2021

Dr M cadang MAGERAN ambil alih pentadbiran kerajaan, tawar diri jadi ketua

 

Dr Mahathir Mohamad berkata , Pejuang mencadangkan MAGERAN sebagai penyelesaian kepada krisis ketika ini kerana ia terbukti berkesan dalam menangani permasalahan politik pada 1969.

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada Perikatan Nasional susulan kegagalan pakatan itu mentadbir negara ketika pandemik Covid-19.

Bekas perdana menteri memberi cadangan itu ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara, hari ini.

Kita cadang MAGERAN diberi kuasa untuk menyelesaikan beberapa masalah dihadapi negara. Namun penubuhannya bergantung kepada kerajaan PN kerana kerajaan yang ada ketika ini sahaja boleh mencadangkan supaya MAGERAN ditubuhkan kepada Agong,” katanya pada sidang media secara maya selepas menghadap Agong.

Mengulas calon sesuai mengetuai MAGERAN, Ahli Parlimen Langkawi itu menjelaskan perkara berkenaan tidak disentuh ketika sesi menghadap namun beliau secara peribadi menawarkan diri sekiranya kerajaan mahu beliau kembali berkhidmat.

Ketika ditanya adakah Yang di-Pertuan Agong menerima cadangan itu, Mahathir berkata, Sultan Abdullah tidak menolak atau membantah cadangan berkenaan.

“Agong tak reject (tolak), dia tak kata tidak,” katanya.

Mahathir menjelaskan, Pejuang mencadangkan MAGERAN sebagai penyelesaian kepada krisis ketika ini kerana ia terbukti berkesan dalam menangani permasalahan politik ketika 1969.

“MAGERAN yang diketuai Tun Razak (Abdul Razak Hussein) ketika itu berjaya tangani masalah politik yang meruncing ketika itu dengan menjemput parti lawan menyertai kerajaan.

“Ketika itu, dasar ekonomi baharu ditubuhkan Tun Razak berjaya stabilkan politik dalam negara malah terus memerintah dengan majoriti lebih kuat. Saya rasa kali ini, kita juga boleh lakukan,” katanya.

Bagaimanapun, pemimpin berusia 95 tahun itu secara sinis berkata cadangannya mungkin tidak akan diterima pimpinan Muhyiddin Yassin, yang sejak awal lagi menentang penubuhan badan itu.

“Saya tak yakin kerajaan Muhyiddin nak tubuh MAGERAN kerana awal-awal lagi Muhyiddin tak suka dan tetap tidak akan cadang MAGERAN kerana dia berpendapat PN sekarang cukup berjaya dalam semua bidang dan berjalan dengan baik.

“Pelaburan juga banyak masuk tetapi hakikatnya kerajaan yang ada sekarang ini tiada keyakinan rakyat dan mereka (rakyat) mendesak satu kuasa baru ditubuhkan,” katanya.

Terdahulu, Mahathir tiba di Istana Negara pada 2 petang dengan menaiki Proton X70. Beliau menghadap Sultan Abdullah kira-kira sejam dan meninggalkan perkarangan Istana Negara pada 3 petang.

Pengerusi Pejuang itu adalah pemimpin politik ketujuh menghadap Agong sejak semalam.

Ini kali pertama Mahathir menghadap Agong secara bersemuka selepas melepaskan jawatan perdana menteri pada Februari tahun lalu yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.

Sebelum ini, beliau dua kali menghantar permohonan kepada Agong untuk menghadap selepas perisytiharan darurat pada Januari lalu.-wrlr

Isnin, 10 Mei 2021

TUN CUBA MEMALITKAN IMEJ NEGATIF PADA AHLI PARLIMEN BERSATU

 

TUN DR Mahathir cuba memalitkan imej negatif kepada ahli parlimen Bersatu, kononnya, mereka itu BERSETUJU menyertai PEJUANG, dengan syarat, dibayar gaji RM70,000 sebulan.

Dengan gambaran demikian, menunjukkan bahawa ahli parlimen Bersatu berpendapatan sebanyak itu, dan tentunya dibayar oleh Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

Juga dengan gambaran tersebut, AP Bersatu, kekal dengan parti bukan berasaskan kepada perjuangan parti, tetapi semata-mata kerana imbuhan.

Tun Dr Mahathir mendakwa bahawa Bersatu TIADA masa depan, berbanding PEJUANG, dan yakin BERSATU akan kalah pada PRU-15, dan seterusnya, Muhiyiddin tidak akan jadi Perdana Menteri.

Sebenarnya, tiada siapa yang boleh menentukan, pihak mana yang bakal menang dalam pilihan raya ke-15, termasuk juga Tun Dr Mahathir.

Fakta yang menjadikan parti boleh menang, ada lah rekod pemimpin dan kerajaan.

Rakyat atau pengundi, sudah merasakan semasa KERJAAN BARISAN NASIONAL, KERAJAAN PAKATAN HARAPAN DAN kini KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL.

Rekod Kerajaan PH selama 22 bulan, masih tidak boleh dilupakan rakyat, demikian juga rekod Kerajaan BN lebih setengah abad. Manakala rekod Kerajaan PN, hanya bermula pada 1 Mac, 2020, terlalu awal untuk dinilai,walaupun demikian, dalam keadaan genting, khususnya semasa pandemik covid-19, rakyat merasakan, bahawa kerajaan sekarang, benar-benar mengerti denyut nadi rakyat.

Dengan berbagai kekangan, halangan, gangguan, ancaman ditumbangkan, akan tetapi, pemimpin kerajaan terutama Perdana Menteri, terus maju ke hadapan, membela rakyat dengan cara semaksium mungkin.

Indikasi sokongan rakyat terhadap kerajaan PN, yang mana Bersatu salah satu parti komponen, adalah PRN-16 Sabah.

PN yang menyertai pilihanraya tersebut, belum berusia sebulan, pun demikian, mendapat mandat daripada rakyat menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Tidak tahu lah bagai mana Tun Dr Mahathir menilai sokongan pengundi, apa bila fakta menunjukkan, bahawa Bersatu mendapat tempat dihati rakyat.

Mungkin Tun lupa, semasa PRK Slim Perak, pada Ogos, 2020;  parti yang disokong Pejuang, kalah teruk, manakala parti yang disokong Bersatu, menang besar.

Mungkin, Tun tiada isu lagi berkaitan pemimpin Bersatu, sebab itu, beliau cuba memain persepsi, memalitkan imej negatif kepada para pemimpin parti itu, khususnya para wakil rakyat.

Khamis, 18 Mac 2021

Tun M sindir Muhyiddin

Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan belum tentu memperoleh majoriti meskipun beberapa ahli Parlimen pembangkang bertindak lompat parti.

Beliau turut menyifatkan perkembangan terbaharu politik negara itu berpunca daripada politik wang.

"Lompat menjadi-jadi. Dua, tiga lompat masuk parti Kerajaan. Belum tentu Muhyiddin dapat majoriti. Lompat keluar tak tahu?

"Sebab lompat? Heh, Heh, Heh. Kita tahu la. Cash is king.

"Katanya ada tawaran lagi kepada parti lawan. Bisnes (perniagaan) politik lebih untung daripada bisnes-bisnes (perniagaan-perniagaan)," katanya dalam satu hantaran di blog chedet.cc pada Rabu.

 Dr Mahathir turut menyentuh tentang kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) melaksanakan persidangan Parlimen dalam tempoh darurat sambil mengaitkan isu membeli ahli Parlimen.

"Kenyataan Muhyiddin setaraf kelulusan Parlimen. Sebut sahaja, jadi undang-undang. Apa perlu Parlimen? Apa perlu pilihan raya? Habis masa, habis duit.

"Beli orang, panggil mereka wakil rakyat, kerajaan tertubuh – selamat berbilion ringgit," katanya.

Turut disindir berhubung isu double standard terhadap ahli politik dan tindakan kerajaan menaikkan nilai kompaun ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Tak cukup duit, naik denda. Tak bayar RM10,000 pakai baju oren, masuk dalam.

"Salah satu bilion okay. Dapat polis pengiring. Boleh jadi ahli Parlimen. Nasihat kerajaan. Malaysia boleh. Darurat semua boleh. Syabas Malaysia," katanya.

-SH Online

Sabtu, 6 Februari 2021

Akhirnya.. Pembelit Dah Terbelit?

 


Pensyarah kanan Kolej Undang-undang, Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff menulis...

Semalam buat kesekian kalinya Tun Dr Mahathir mengulas mengenai perletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dengan menyebut di dalam blog beliau: “Semasa saya letak jawatan pada 2020 PH telah hilang majoriti…”

Sebelum ini di dalam blog beliau pada 1 Mac 2020 juga Tun Dr Mahathir pernah menyebut: “Saya letak jawatan kerana… saya tidak dapat majoriti dan tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri.

Ada bagus juga tulisan Tun Dr Mahathir di dalam blog beliau kali ini kerana setidak-tidaknya beliau sudah kembali mengaku bahawa beliau memang meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari 2020 itu.

Ini sudah satu peningkatan berbanding kenyataan lisan Tun Dr Mahathir di hadapan para penyokong beliau di TH Hotel Alor Setar pada 18 Julai 2020 dalam mana beliau menyebut: “Tidak benar yang saya ini letak jawatan, saya terpaksa digugur.”

Begitu juga dengan satu lagi kenyataan lisan Tun Dr Mahathir di Parlimen pada 13 Ogos 2020 dalam mana beliau menyebut: “Sebenarnya tak ada perletakan jawatan, saya cuma memberitahu kepada Yang di-Pertuan Agong keadaan, iaitu saya terletak jawatan”.

Dalam banyak-banyak perkara yang terdapat dalam buku beliau, saya boleh bersetuju dengan Tan Sri Tommy Thomas bahawa Tun Dr Mahathir adalah “pengkhianat sangat besar” kepada PH kerana meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Saya juga boleh bersetuju dengan Lim Kit Siang yang hari ini menyesali sikap Tun Dr Mahathir yang masih enggan bertanggungjawab atas kesilapan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri tatkala beliau masih mendapat sokongan majoriti MP.

Dakwaan Tun Dr Mahathir semalam dan sebelumnya bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana PH telah hilang sokongan majoriti MP atau kerana beliau sendiri telah hilang sokongan majoriti MP adalah pembohongan semata-mata.

Turutan masa peristiwa-peristiwa ini berlaku jelas mendedahkan mengenai pembohongan ini: 

(1) Tun Dr Mahathir hantar surat perletakan jawatan sebagai PM pada jam 1:00 tengahari 24 Februari 2020. 

(2) Tan Sri Muhyiddin umum bawa BERSATU keluar daripada PH pada jam 2:04 petang 24 Februari 2020. 

(3) Datuk Seri Azmin Ali umum beliau dan 10 MP PKR lain keluar daripada PKR pada jam 2:19 petang 24 Februari 2020.

Tidakkah jelas daripada turutan masa peristiwa-peristiwa ini berlaku bahawa PH belum hilang sokongan majoriti MP sewaktu Tun Dr Mahathir hantar surat perletakan jawatan sebagai PM kerana Tan Sri Muhyiddin hanya umum bawa BERSATU keluar daripada PH dan Datuk Seri Azmin Ali hanya umum beliau dan 10 MP PKR lain keluar daripada PKR selepas, dan sebagai akibat daripada, Tun Dr Mahathir hantar surat perletakan jawatan sebagai PM?

Kalaupun Tan Sri Muhyiddin memang berhasrat untuk bawa BERSATU keluar daripada PH serta Datuk Seri Azmin Ali dan 10 MP PKR lain memang berhasrat untuk keluar daripada PKR sekalipun, selagi perkara ini tidak berlaku PH masih belum hilang sokongan majoriti MP dan masih boleh melakukan banyak perkara untuk mengatasi kemungkinan kedua-dua perkara ini berlaku sekiranya Tun Dr Mahathir tidak hantar surat perletakan jawatan sebagai PM.

Tun Dr Mahathir sendiri tidak pernah hilang sokongan majoriti MP sewaktu beliau hantar surat perletakan jawatan sebagai PM kerana Tan Sri Muhyiddin telah umum bahawa kesemua MP BERSATU tetap menyokong penuh Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, begitu juga dengan Datuk Seri Azmin Ali dan 10 MP PKR lain, malah MP-MP UMNO dan PAS pun, yang telah menyebut akan menyokong penuh Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Hakikatnya ialah Tun Dr Mahathir mempunyai perancangan dan membuat keputusan sendiri tanpa merujukkan kepada kawan-kawan beliau di dalam PH untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri tatkala PH dan beliau sendiri tidak pernah hilang sokongan majoriti MP serta untuk kemudiannya mengetuai sebuah Kerajaan Perpaduan melibatkan semua parti yang sekali gus akan memberikan kuasa penuh tanpa sebarang gangguan daripada PH, khasnya PKR.

Itulah cerita sebenarnya yang selari dengan pendedahan Pegawai Media Tun Dr Mahathir bernama Shamsul kepada Tan Sri Tommy Thomas yang tiba di Pejabat Perdana Menteri pada jam 2.00 petang 24 Februari 2020 bahawa beliau hanya mengetahui keputusan Tun Dr Mahathir untuk meletakkan jawatan sekitar jam 9.00 pagi hari itu dan bahawa beliau tidak fikir bahawa Tun Dr Mahathir ada berunding dengan sesiapa sebelum membuat keputusan tersebut.

Terang lagi nyata Tun Dr Mahathir adalah “pengkhianat sangat besar” kepada PH.

-Anak Sungai Derhaka