"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label PKPP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PKPP. Papar semua catatan

Isnin, 11 Januari 2021

PM Umumkan PKP Di 6 Negeri Bermula Rabu (13 Hingga 26 Januari 2021)

PM Umumkan PKP Di 6 Negeri Bermula Rabu (13 Hingga 26 Januari 2021)

Berita yang berlegar sejak jumaat lagi, hari secara sah, Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) aka PKP 2.0 bermula Rabu iaitu 13 hingga 26 Januari 2021 (untuk tempoh 14 hari).

Walaubagaimanapun pelaksanaan PKP ini hanya melibatkan 6 buah negeri sahaja iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Johor, Sabah, Pulau Pinang dan Melaka.

Manakala 6 negeri lagi - Pahang, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak dibawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan 2 negeri (Perlis dan Sarawak) kekal dibawah PKPP.

PM Umumkan PKP Di 6 Negeri Bermula Rabu (13 Hingga 26 Januari 2021)

Sepanjang tempoh PKP ini, bagi sektor ekonomi, Kerajaan hanya membenarkan 5 sektor untuk beroperasi yang dikategorikan sebagai sektor ekonomi perlu (essential economic sector) iaitu pengilangan & pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan & pengedaran dan perladangan & komoditi. 

Kebenaran Rentas Negeri Dan Daerah

Dengan arahan yang dikeluarkan, kesemua negeri dibawah arahan PKP tidak dibenarkan untuk rentas negeri dan daerah manakala negeri-negeri dibawah PKPB dan PKPP dibenarkan untuk rentas daerah tetapi tiada rentas negeri.

Susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini,  operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021. 

Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja. Ianya bagi bertujuan membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan. Hanya 2 anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama dalam satu-satu masa.

 Segala SOP akan diperincikan oleh pihak MITI dalam masa terdekat.

Tindakan ini dibuat berikuta kes jangkitan COVID-19 menunjukkan peningkatan 4 angka setiap hari. Jadi pelaksanaan PKP ini bertujuan bagi membendung penularan menjadi lebih teruk.

Tapi nasib baik di Pahang hanya dibawah arahan PKPB sahaja. Tetapi kini adalah lebih Just Stay At Home!

-aimanabdullah.com

Selasa, 1 September 2020

Lelaki gelang putih dikesan keluar lebih 10 jam

Kawalan keselamatan akan diperketatkan jika penduduk ingkar arahan ditetapkan.

SUNGAI PETANI - Siasatan lanjut akan dijalankan ke atas seorang lelaki yang dikesan mengambil kesempatan keluar melebihi 10 jam dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Ambangan Heights semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki yang memakai gelang warna putih dipercayai ketua keluarga itu, memberi alasan mendapatkan bekalan makanan di kawasan berdekatan.

"Hari ini (semalam) kita mengesan seorang lelaki memakai gelang putih yang keluar dari pagi dan pulang ke ke kawasan PKPD ketika malam.

"Perkara ini mesti dihentikan. Jika tidak, kawalan keselamatan akan diperketatkan lagi di kawasan terbabit.

"Kebenaran keluar telah diberi kepada pemilik gelang putih hanya sekali sehari dalam tempoh satu jam sahaja untuk keluar bagi mendapatkan barangan keperluan, itu pun hanya dalam kawasan PKPD terbabit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Adzli Abu Shah

Menurut Adzli, lelaki tersebut dibebaskan dengan jaminan polis tetapi kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu katanya, polis mengesan ada di antara pemakai gelang putih masih keluar rumah selepas jam 8 malam walaupun sudah diberi amaran kerana kedai juga telah sudah ditutup pada waktu itu.

Adzli turut memberitahu, khidmat penghantar makanan juga tidak dibenarkan ke kawasan PKPD kerana dilihat sudah tidak terkawal dan boleh mengakibatkan risiko menularkan penyakit.

"Bagaimanapun, penghantaran barangan keperluan seperti gas memasak dibenarkan," katanya.
-SH Online

Sabtu, 29 Ogos 2020

"Saya menyesal kerana telah menyusahkan keluarga dan rakan-rakan" - Anak Mukhriz minta maaf

Meera Alyanna atau Ally mengakui, dia tidak sewajarnya berada di tempat berkenaan selepas pukul 12 tengah malam semasa pihak berkuasa melaksanakan PKPP. - Gambar Instagram ALLY MUKHRIZ

KUALA LUMPUR: Anak Datuk Seri Mukhriz Mahathir memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga menyebabkan dia ditangkap dan didenda oleh polis minggu lalu.

Dalam masa sama, Meera Alyanna turut menyatakan kekesalannya serta malu terhadap perbuatannya yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab ketika seluruh rakyat Malaysia masih lagi resah dengan penularan pandemik COVID-19.

Meera Alyanna atau lebih dikenali sebagai Ally mengakui, dia tidak sewajarnya berada di tempat berkenaan selepas pukul 12 tengah malam semasa pihak berkuasa melaksanakan PKPP.

Dalam catatan di akaun Instagram peribadinya malam tadi, anak kepada bekas Menteri Besar Kedah itu menulis panjang lebar permohonan maaf selain menceritakan kejadian yang berlaku.


"Selama seminggu yang lalu, saya bermuhasabah mengenai akibat daripada tindakan saya, dan saya sangat menyesal. Melanggar had jam malam 12 malam bukan sahaja tidak cerdik di pihak saya, tetapi sama sekali tidak bertanggungjawab mengambil kira wabak yang sedang kita lalui.

"Saya sangat malu dengan apa yang saya lakukan terhadap keluarga saya, rakan-rakan saya dan anda semua.

"Tidak ada alasan apa pun (yang dapat mewajarkan) tindakan saya, dan anda berhak untuk kecewa, tetapi ia tidak melebihi kekecewaan yang saya tanggung untuk diri saya sendiri," kata cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu lagi.

Berkongsi cerita di malam kejadian, Ally, 25, berkata, dia dan suami, Ezran Daud Cheah berada di sebuah pusat hiburan, Salute untuk meraikan ulang tahun kelahiran sahabatnya.

“Semasa di Salute, sekitar pukul 1.30 pagi, polis memasuki premis dan kami ditahan kerana melanggar peraturan PKPP.

“Di balai polis, saya bersama 29 yang lain diambil keterangan. Kira-kira pukul 5.30 pagi, kesemua kami telah dikenakan denda RM1,000 seorang dan dibenarkan pulang.

“Setakat hari Selasa, 25 Ogos, kami suami isteri telah melunaskan denda yang telah dikenakan itu,” tulis Ally lagi.

Dalam hantaran yang sama, Ally bercerita bagaimana pegawai polis yang menjalankan tugas sangat sopan dan adil terhadap semua orang pada malam itu.

“Saya sangat menghormati profesionalisme mereka," kata Ally merakamkan penghargaan kepada pegawai polis bertugas.

Pada Khamis, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun dilaporkan kecewa dan terkilan kerana anak dan menantunya itu melakukan kesalahan melanggar PKPP.

Kata Mukhriz, nasihat juga telah diberikan kepada ahli keluarganya supaya tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

“Saya sudah pesan kepada semua keluarga saya juga... musim PKPP ini, janganlah langgar (prosedur operasi standard) kerana kita mesti tunjuk contoh yang baik... dan itu sebabnya saya memang kecewa kerana pelanggaran tetap berlaku juga.

“Tetapi kita sudah beri teguran dan memang patut dia kena kompaun oleh pihak polis,” tegas Mukhriz lagi.

-AstroAwani

Jumaat, 28 Ogos 2020

TERKINI:PKPP Covid19 dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020 - PM


Kerajaan memutuskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berakhir pada 31 Ogos ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, melalui lanjutan itu, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil bagi memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan.

"Saya sedar berdasarkan perkembangan di peringkat global kita akan melalui satu tempoh yang agak lebih lama sebelum negara dapat bebas sepenuhnya daripada ancaman wabak koronavirus (Covid-19).

"Buat masa ini keadaan terkawal namun sekiranya berlaku peningkatan kes jangkitan di lokaliti tertentu, kerajaan akan melaksanakan pendekatan secara bersasar seperti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar seperti sebelum ini," katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini.

Beliau berkata, melihat kepada kes di luar negara, virus Covid-19 bukan sahaja masih aktif malah menular cepat pada skala besar.

"Negara masih berdepan cabaran getir dalam menangani penularan Covid-19 dengan mengambil kira virus tersebut yang masih menular secara aktif di seluruh dunia. Saya sedar bahawa kita tidak boleh mengambil mudah risiko penularan virus super spreader. Oleh itu, peraturan kuarantin yang ketat di tempat-tempat tertentu akan terus dikuatkuasakan.

"Tiada sesiapa dikecualikan daripada peraturan ini dan individu yang melanggarnya akan dikenakan hukuman setimpal. Saya juga menyokong cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan berkaitan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali ganda dari kadar sekarang. Walaupun begitu perkara ini perlu diperhalusi dan Akta 342 itu perlu dipinda terlebih dahulu," katanya.

Muhyiddin juga yakin kehidupan rakyat Malaysia tidak akan terjejas kerana aktiviti harian boleh dilaksanakan seperti biasa dengan pembudayaan norma baharu dan pematuhan kepada SOP.

"Apa yang penting ialah kita perlu terus membiasakan diri dengan pemakaian pelitup muka, membasuh tangan, sentiasa menjaga kebersihan diri dan mengelakkan berada di tempat-tempat yang sesak.

"Saya percaya semua ini telah pun saudara-saudari lakukan selama ini sehingga kita berjaya mengekang penularan wabak Covid-19 didalam masyarakat kita," katanya.

Jelasnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang berunding dengan pihak pengilang dan pembekal untuk menurunkan harga pelitup muka.

"Memandangkan pelitup muka satu barangan keperluan yang saudara-saudari gunakan hampir setiap masa, pihak KPDNHEP sedang berunding dengan pihak pengilang dan pembekal untuk menurunkan harga pelitup muka.

"Insya-ALLAH, jika rundingan ini berhasil, harga pelitup muka akan lebih berpatutan dan ini akan meringankan sedikit beban saudara-saudari sekalian," katanya.

Tambahnya, pada masa ini hampir semua sektor telah pun dibenarkan beroperasi kecuali sebilangan kecil yang masih tidak dibenarkan seperti kelab malam dan pusat hiburan.

"Ini ialah tempat di mana norma baharu agak sukar untuk diamalkan. Kemasukan pelancong asing juga masih tidak dibenarkan untuk mengelakkan penularan kes-kes import ke dalam negara. Aktiviti-aktiviti sukan dibenarkan tetapi tanpa penglibatan peserta antarabangsa dan penonton," katanya

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, selaras dengan pelanjutan tempoh PKPP, Tabung Covid-19 yang diurus oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) juga akan dilanjutkan sehingga 31 Disember nanti.

"Sehubungan itu, pihak-pihak yang ingin menyumbang kepada tabung ini bolehlah berbuat demikian. Sumbangan kepada tabung ini akan digunakan untuk membantu mangsa Covid-19 dan menyediakan keperluan-keperluan untuk membendung wabak ini.

"Dengan semangat sambutan Hari Kebangsaan ke-63 yang bertemakan Malaysia Prihatin, saya menyeru saudara dan saudari semua supaya sentiasa prihatin terhadap tanggungjawab kita untuk membendung penularan wabak Covid-19.

"Kita semua merupakan frontliners (barisan hadapan) yang berada di barisan paling hadapan untuk memerangi dan mencegah wabak ini. Saya percaya jika kita semua dapat memainkan peranan masing-masing dalam mencegah wabak Covid-19, negara kita akan berjaya untuk bebas daripada wabak ini dengan lebih cepat," katanya.

-SH Online

Khamis, 27 Ogos 2020

Polis Sahkan, Cucu Mahathir Antara Yang Di Tahan Di Sebuah Pub.


Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan cucu Tun Dr Mahathir Mohamad ditahan sebuah permis hiburan di ibu kota, Sabtu lalu.

 Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Hj Mazlan Lazim melalui satu kenyataan malam tadi berkata selain pekerja permis seramai 29 pengujung turut di tahan kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

 “Polis Kuala Lumpur telah terkesan isu yang ditularkan di media sosial berkaitan tangkapan anak seorang VIP yang didakwa telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tetapi terlepas daripada tindakan pihak Polis.

 “Pada 22 Ogos 2020, jam lebih kurang 1.20 pagi, pihak Polis telah menjalankan serbuan di sebuah pub yang terletak di Jalan Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

 “Hasil pemeriksaan, pihak Polis telah menahan (1) lelaki India berumur 37 tahun dipercayai merupakan Pengurus Premis, (1) lelaki warganegara Bangladesh dan (3) wanita warganegara Filipina yang disyaki merupakan pekerja di premis berkenaan.

 “Siasatan lanjut mendapati premis tersebut dibuka tanpa lesen perniagaan yang sah di sisi undang-undang.

 Selain itu, pihak Polis turut menahan (20) lelaki dan (9) wanita warganegara Malaysia yang dipercayai pengunjung premis dan telah berada di premis tersebut melebihi had masa yang dibenarkan dalam tempoh PKPP,” memetik kenyataan tersebut.

 Menurut Mazlan semua pengungjung yang di tahan di kenakan kompuan sebanyak RM1,000. 

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan pemilik premis menggaji warganegara asing dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Seksyen 76 Akta Eksais 1976 dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(no.7) 2020.

 ”Keempat-empat suspek warganegara asing yang berumur dalam lingkungan 33 hingga 52 tahun ditahan reman selama 14 hari bermula pada 22 Ogos 2020 sehingga 4 Sep 2020 bagi siasatan lanjut.


 “Manakala, (29) orang warganegara Malaysia berumur dalam lingkungan 21 hingga 48 tahun dikenakan kompaun RM1000.00 setiap seorang,” katanya lagi.

 Awal petang tadi, SuaraTV melaporkan polis menahan Meera Alyanna Mukhriz, 25 di tahan kerana melanggar PKPP.

 Klik: Cucu Mahathir Di Tangkap Langgar PKPP, Mabuk 

 Menurut sumber, Meera yang juga merupakan anak kepada bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berada di dalam keadaan mabuk ketika di tahan. -Suara Tv

Jumaat, 14 Ogos 2020

COVID19~'Makcik gelang pink' dihukum penjara sehari, denda RM8,000

Gambar seorang wanita menjamu selera di sebuah medan selera sambil memakai gelang pengesanan kuarantin COVID-19 yang tular di media sosial.
  
 IPOH: 'Wanita bergelang merah jambu' mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama satu hari serta denda RM8,000 selepas didapati tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian ketika dikenakan perintah kuarantin di rumah, 6 Julai lalu.

Tertuduh, Nur Emah Mohamad Hashim, 72, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Nabihah Mohd Noor.

Terdahulu, media melaporkan gambar wanita terbabit tular di media sosial selepas dikatakan, sedang menikmati hidangan di sebuah medan selera, dalam keadaan memakai gelang kuarantin COVID-19 sekali gus menimbulkan kegusaran serta kecaman warganet.