"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


Jumaat, 17 Mei 2024

HAJI AHMAD BIN ABDUL LATIF - Tokeh Kicap HABHAL Cap Kipas Udang

 HAJI AHMAD BIN ABDUL LATIF - Tokeh Kicap HABHAL

***********************

Kicap Cap Kipas Udang jenama HABHAL sudah tidak asing lagi di Tanah Melayu. 

Seringkali kita dengar kejayaan Kicap Cap Kipas Udang dikaitkan dengan Haji Lambak bin Mohamed dari Johor yang dikatakan adalah pengasasnya. 

Haji Lambak menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Larkin Jaya (Johor) pagi 22 Jun 2020 dalam usia 100 tahun. 

Namun, sejarah yang tepat berkait isu siapakah pengasas sebenar Kicap Cap Kipas Udang itu terletak pada jenamanya - HABHAL. 

HABHAL itu sendiri adalah pengasas sebenar kicap tersebut. 

HABHAL adalah ringkasan nama Haji Ahmad Bin Haji Abdul Latif. 

Haji Ahmad adalah satu-satunya saudagar kicap di Tanah Melayu. 

Beliau merupakan anak kepada Haji Abdul Latif bin Nurudin yang lebih dikenali sebagai Syeikh Abdul Latif Al-Malakawi - seorang alim tersohor yang banyak berdakwah di Singapura dan Melaka, bahkan pengasas syarikat percetakan Latifiah Press di North Bridge Road yang beroperasi dari tahun 1920 hingga 1939. 

Haji Ahmad lahir di Tengkera (Melaka) pada tahun 1900 tetapi dibesarkan di Singapura. 

Pada tahun 1945, beliau telah membeli sos soya dari seorang peniaga Cina. Beliau kemudiannya menambah bahan-bahan dan perisa tambahan kepada sos tersebut hingga terciptanya sos kicap yang ada sekarang. 

Maka sejak itulah beliau memulakan perniagaan menjual kicap ciptaannya itu di kediamannya di 35 Jalan Mangga (Kampong Ubi) dan 134 Lorong Sarina. 

Haji Ahmad mempunyai dua orang isteri. Setelah isteri pertamanya, Hajjah Amnah binti Mohamed Sharif meninggal dunia, beliau menikahi pula anak perempuan Mufti Melaka pertama iaitu Hajjah Mahani binti Khalil bin Husain. 

Dari Hajjah Amnah, beliau dikurniakan dengan tujuh orang anak iaitu Haji Zaini, Hajjah Zaiton, Mohamed, Haji Mahmood (pelawak, Mahmood Kicap), Hajjah Sa'adiah, Haji Tamby dan Hajjah Aishah. 

Selain menjadi pengusaha kicap, Haji Ahmad juga menganggotai beberapa persatuan Islam di Singapura; antaranya ialah sebagai:- 

(1) Anggota Singapore Muslim Association; tahun 1935 

(2) Bendahara Kehormat Kesatuan Melayu Singapura; tahun 1940 

(3) Anggota jawatankuasa Dewan Perniagaan Dan Perusahaan Melayu Singapura atau DPPMS; tahun 1969 

(4) Penolong Bendahari Persatuan Ulama Dan Guru-Guru Agama Islam Singapura atau PERGAS; tahun 1969 

Selepas Haji Ahmad bin Abdul Latif meninggal dunia sekitar tahun 1970-an, perniagaannya diteruskan oleh anaknya, Haji Zaini dan dilanjutkan pula oleh isteri Haji Zaini, Hajjah Sa'adiah binti Buyong. 

Pada tahun 1981, perniagaan kicap HABHAL berpindah operasinya ke Lorong Pemuda (Kampong Melayu Majidee, Johor) di bawah syarikat Jalil Enterprise. 

Pada 25 November 1986 pula, Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd yang diasaskan oleh Haji Lambak telah mengambil-alih operasi perniagaan kicap HABHAL dari syarikat Jalil Enterprise dengan memulakan operasinya di Jalan Tahana (Johor) sehinggalah ke hari ini.

Sumber

Selasa, 14 Mei 2024

Ibu contoh:Semua 12 anak menjadi

 FAUZIAH bersama 12 anak, cucu dan cicit ketika sambutan Aidilfitri, baru-baru ini.

FAUZIAH bersama 12 anak, cucu dan cicit ketika sambutan Aidilfitri, baru-baru ini.

Kota Bahru: Pengorbanan seorang ibu mendidik 12 anak berbaloi apabila kesemua mereka berjaya dalam kehidupan masing-masing.

Wanita berkenaan, Fauziah Awang, 79, berkata, dia dan Allahyarham suami, Wan Ismail Wan Mahmood yang meninggal dunia sejak 18 tahun lalu itu sangat menekankan didikan agama dan pendidikan akademik dalam kehidupan anaknya bagi memastikan mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Malah, hasil didikan itu menjadikan kesemua anak mereka berjaya apabila tiga daripadanya menjadi pensyarah di universiti terkemuka negara dengan jawatan profesor dalam bidang undang-undang syariah, bioteknologi dan pembangunan komuniti dan ekonomi manakala empat lagi terbabit dalam bidang perniagaan.

Selebihnya, masing-masing seorang menjadi guru agama, pegawai belia, pegawai kewangan, jurutera dan bekerja sendiri.

Nenek kepada lebih 40 cucu itu juga menjadi ibu contoh dan dianugerahkan Keluarga Mawaddah peringkat negeri Kelantan pada 2021.

Fauziah berkata, sejak anaknya kecil, dia bersama suami memberi didikan agama apabila mengajar al-Quran sendiri di rumah, manakala arwah suaminya mencari rezeki sebagai usahawan dan kontraktor binaan.

"Sebaik pulang dari sekolah, saya akan memastikan anak mengaji al-Quran dan menyiapkan kerja sekolah sebelum mereka memulakan aktiviti yang lain.

"Saya juga akan memantau pergaulan anak bagi memastikan mereka tidak salah memilih kawan kerana ia akan memberi kesan kepada pelajaran dan kehidupan. Selain itu, tidak ada tips khusus dalam mendidik anak-anak, tetapi sebagai ibu bapa kita perlu tegas dan pada masa yang sama memberi tunjuk ajar kepada mereka.

Alhamdulillah, semua anak taat dan saya sentiasa menasihati mereka secara berhikmah," katanya yang tinggal di Kampung Pangkal Changgong, Machang.

Menurutnya, memberi nasihat dan teguran kepada anak sangat penting untuk memastikan mereka sentiasa ingat apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam kehidupan harian.

"Anak akan jadikan kita contoh tauladan untuk membina kehidupan mereka. Jadi sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa menjaga pertuturan," katanya.

Fauziah bersyukur semua anak-anaknya berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi termasuk berkelulusan doktor falsafah (PhD).

Katanya, 12 anak-anaknya iaitu Wan Rosmawati Wan Ismail, 62; Rosminah, 60; Wan Zaiton, 58; Wan Kamaruzaman, 56; Wan Abdul Rahman, 53; Dr Wan Ahmad Kharsani, 51; Profesor Dr Wan Abdul Fattah, 49; Wan Mohd Khairi, 46; Profesor Dr Wan Iryani, 45; Profesor Dr Wan Ahmad Amir Zal, 42; Wan Nurul Huwaina, 41, dan Wan Zulkarnain, 36, sudah berkeluarga dan ini mempunyai kehidupan masing-masing.

-myMetro 

Penerima & Kriteria Penerimaan Zakat

Pengenalan Asnaf Zakat

Skop agihan zakat Lembaga Zakat Selangor (MAIS) berdasarkan yang telah ditetapkan oleh syara’. Asnaf tersebut seperti mana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60.

۞ إِنَّمَا ٱلصَّدَقَٰتُ لِلْفُقَرَآءِ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱلْعَٰمِلِينَ عَلَيْهَا وَٱلْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَٱلْغَٰرِمِينَ وَفِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةًۭ مِّنَ ٱللَّهِ ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌۭ ۝٦٠

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

Terdapat 8 Asnaf Zakat

Asnaf Fakir

Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.

Asnaf Miskin

Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.


Asnaf Amil

Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mewakili DYMM Sultan untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.

Asnaf Muallaf

Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.


Asnaf Riqab

Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.

Asnaf Fisabilillah

Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.

Asnaf Gharimin

Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.

Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:

  • Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
  • Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
  • Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.

Asnaf Ibnu Sabil

Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:

  • Putus bekalan dalam perjalanannya.
  • Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
  • Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
  • Ditinggalkan dalam perjalanan.

Sumber: Lembaga Zakat Selangor

Ahad, 12 Mei 2024

'Harum Manis Perlis tiada tandingan, Sanusi jangan berangan'

 SHUKRI dan buah Mangga Harum Manis Perlis. FOTO Aizat Sharif

SHUKRI dan buah Mangga Harum Manis Perlis. FOTO Aizat Sharif

Kangar: Reputasi Perlis sebagai pengeluar buah mangga Harum Manis utama di negara ini sukar digugat oleh mana-mana negeri termasuk Kedah meskipun negeri jiran itu sudah mulai cuba mengeluarkan buah berkenaan untuk pasaran negara ini.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, meskipun ada kenyataan daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa mangga Harum Manis dari negeri itu mula meraih perhatian, namun Harum Manis Perlis tetap menjadi pilihan utama di negara ini.

Saya ingat Datuk Seri Sanusi ini berangan, mangga Harum Manis Perlis tidak akan boleh ditandingi mangga mana-mana negeri pun, insya -Allah kerana dia mempunyai rasa tersendiri.

Selain itu, cuaca dan tanah di Perlis juga amat sesuai untuk penanaman mangga jenis ini berbanding di tempat lain.

"Jadi apabila (Datuk Seri) Sanusi mengatakan mangga Harum Manis dari negerinya sudah jauh meninggalkan mangga Harum Manis Perlis hingga 80 tiang atau berapa puluh tiang sekalipun, saya rasa itu angan-angan beliau sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Pejabat Menteri Besar, Pejabat Speaker dan Bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini, semalam.

Pada 5 Mei lalu, Muhammad Sanusi dilapor berkata, Kedah yakin akan dapat menjadi pengeluar utama mangga Harum Manis di negara ini selepas usaha meluaskan tanaman buah itu giat dilaksanakan.

Malah, mangga Harum Manis Kedah yang dijenamakan sebagai Harumanis D'Aman kini sudah mula meraih perhatian dan jauh lebih popular berbanding HarumManis negeri lain walaupun baru dilancarkan tahun lalu.

Mohd Shukri berkata, perbezaan yang ketara yang terdapat pada mangga Harum Manis Perlis adalah dari segi ketahanan buah berkenaan yang mampu ditanam ketika cuaca panas yang sering berlaku di Perlis.

"Harum Manis Perlis biasanya manis dan berbau harum, paling penting sesiapa yang cuba membawa balik benih mangga untuk ditanam di negeri lain, rasa manis dan keharuman tidak sama dengan di sini.

"Ini disebabkan kawasan muka bumi Perlis ini yang berbukit dan cuacanya lebih kering jadi kita melihat ini sebagai anugerah Allah tidak terhingga di negeri ini," katanya.

Sementara itu, Exco Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Perlis, Razali Saad berkata, kapasiti penanaman Harum Manis Perlis sudah mencecah 1,700 hektar, berbanding sekitar 100 hektar sahaja di Kedah.

-myMetro

Gol terpantas:Syafiq Ahmad hanya perlukan 33 saat jaring gol terpantas Liga Super 2024-25

 Syafiq Ahmad hanya perlukan 33 saat jaring gol terpantas Liga Super 2024-25

Hanya 33 saat diperlukan pemain Kedah Darul Aman, Syafiq Ahmad membuka jaringan bagi saingan Liga Super ketika berdepan PDRM dalam aksi yang berlangsung di Stadium MP Selayang.
Seawal minit pertama, Kedah berjaya meledak jaringan pada minit pertama menerusi Syafiq, menjadi gol terpantas musim ini.

Liga Super 2024 2025:Gol Syafiq Ahmad beri kemenangan pertama Kedah Darul Aman

Gol Syafiq Ahmad beri kemenangan pertama Kedah Darul Aman
Gol tunggal penyerang, Syafiq Ahmad, cukup untuk memastikan kemenangan pertama Kedah Darul Aman ke atas PDRM dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium MP Selayang, sebentar tadi.
Kedah memulakan perlawanan seperti yang diimpikan mana-mana pasukan, apabila gerakan pertama daripada sayap kanan yang diketuai Sony Norde berhasil apabila hantaran silangnya mudah ditampan masuk Syafiq Ahmad untuk membuka jaringan seawal 33 saat sejak wisel perlawanan ditiup pengadil perlawanan.
PDRM membawa nafas baru bagi musim 2024-25 yang dibimbing P. Maniam, melancarkan serangan demi serangan, mengawal permainan dengan lebih baik dalam usaha mendapatkan jaringan penyamaan namun kedudukan 1-0 kekal menuju bilik persalinan.
Bersambung dalam separuh masa kedua, Kedah bagai 'lemas' di Selayang, apabila gagal mencari jalan keluar deretan serangan yang dilancarkan oleh barisan pemain The Cops.
Bagaimanapun, anak buah Nafuzi Zain berjaya bertahan bagi memastikan tiga mata pertama di tempat lawan. Selangor menjadi halangan berikutnya buat Kedah manakala PDRM bakal berkunjung ke Ipoh bertemu Perak pada Sabtu.
-Stadium Astro

Jumaat, 10 Mei 2024

FAISAL HALIM

 FAISAL HALIM

Secara peribadi, sampai sekarang aku tak tau nak tulis atau ulas apa tentang Miki di media sosial sendiri ni. Semua aku share je apa yang rakan-rakan lain tulis.

Aku jadi terkelu. Mati ayat untuk tulis secara peribadi mengenai apa yang aku rasa tentang keadaan Miki kini. Semua aku luah dekat isteri je. Luah seolah rakan atau keluarga sendiri ditimpa musibah.

Besarnya pengaruh Miki ni bukan dekat aku, malahan jutaan peminat bola sepak lain dalam negara sebab sumbangan dia untuk Harimau Malaya.

Pandangan aku sejak dulu, Miki merupakan pemain paling patriotik dan sentiasa sedia untuk berbakti bersama Malaysia.

Umur dia sebaya aku. Aku membesar lihat dia dekat program Mykids, Mencari Ramli, sampai dia cipta sensasi besar buat Harimau Malaya kini.

Dia bukan orang senang. Dia mula daripada pelbagai program pembangunan. Susah payah dia cipta karier yang mungkin sesetengah orang pun akan menyerah di separuh jalan.

Bila dah ada nama, Miki tak pernah sombong. Percakapan dia kekal marhaen. Semua untuk Malaysia. Bangga ada sumbangan buat tanah air sendiri.

Berapa puluh tahun lagi kita nak lihat bakat sebagus Miki pada masa hadapan? Maksud aku daripada segi hebatnya beliau di atas padang dan kekal marhaen di luar padang.

Aku tahu, bila naiknya nama seseorang pemain, pembenci juga akan naik sekali. Tapi tak jangka sampai tahap ini sekali beliau akan terima.

Apa dosa besar Miki buat orang lain? Bagi yang tiada kaitan atau rapat dengan beliau, aku nampak dia hanya sumbang sesuatu buat bola sepak negara.

Dia wira. Nama Miki kini dah mula jadi sebutan dalam ramai anak-anak muda lain. Ikon anak muda dan ahli sukan Malaysia.

Siapa pun pelaku atau yang terlibat, dia pengkhianat negara. ‘Mematikan’ aset penting Malaysia bukan satu benda yang boleh dimaafkan.

Hilangnya seri bola sepak Malaysia selepas salah seorang pemain tumpuan kini tak akan beraksi di atas padang untuk suatu tempoh masa panjang.

Rehatlah sebentar Miki, kembali selepas ini dengan lebih kuat. Apapun jadi, tak akan menolak suatu fakta:

“Faisal Wira Bola Sepak Malaysia”

Kredit: Afiq rowley..


Rabu, 8 Mei 2024

Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’

 Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’

Selangor FC berkata,keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan mereka memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman. - Gambar fail/Bernama
PETALING JAYA: Pengurusan Selangor FC mengambil keputusan untuk tidak hadir dalam perlawanan Piala Sumbangsih dengan Johor Darul Ta’zim di Stadium Sultan Ibrahim yang dijadualkan pada Jumaat ini.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, kelab itu berkata, mereka mengambil maklum keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.
Ia sebagai respons kepada kenyataan awal MFL yang menjelaskan, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar telah memberi jaminan untuk mengerahkan 1,500 anggota polis untuk bertugas, termasuk membuat kawalan dan pemeriksaan ketat pada perlawanan itu berbanding hanya 500 anggota pada kebiasaannya.
“Setelah penelitian dijalankan dan perbincangan terperinci dengan pelbagai pihak berikutan rentetan daripada insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku, melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukan dalam tempoh 72 jam.
“…pihak kelab terpaksa mengambil keputusan yang amat sukar untuk tidak hadir ke Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang telah lama kelab ini nantikan,” menurut kenyataan itu lagi.
Selangor FC berkata, berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan mereka memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman.
Menurut kenyataan itu lagi, pengurusan kelab tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan pasukan.
Terdahulu MFL dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, pihaknya terpaksa menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.
MFL berkata, mereka tidak pernah berkompromi dalam memastikan keselamatan pemain serta penyokong yang hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Liga Malaysia menerusi kerjasama pasukan dan pihak berkuasa tempatan.
Melalui mesyuarat bersama semua ketua pegawai keselamatan kelab Liga Malaysia hari ini, MFL berkata, ia akan memastikan koordinasi keselamatan bagi setiap perlawanan Liga Malaysia musim ini dipertingkatkan.
-AstroAwani 

Ahad, 5 Mei 2024

Sampai sekarang saya rasa berdosa dengan puan isteri kerana RM20 ini.

 Sampai sekarang saya rasa berdosa dengan puan isteri kerana RM20 ini.

13 Tahun yang lepas kami sekeluarga diuji dengan ujian kewangan yang luar biasa. Kereta ditarik, rumah sewa tak mampu bayar dan tak ada pekerjaan tetap.

Salah saya sebab saya berhenti kerja nak berniaga. Bila berniaga tak jadi waktu itu, anak dan isterilah jadi mangsa.

Sampai satu tahap, saya terpaksa lepaskan isteri untuk pulang ke kampung bersama ibu dan bapa beliau si Sarawak buat sementara waktu. Ketika itu isteri sedang sarat mengandungkan anak ke-2.

Di kampung tak ada kenderaan selain bas. Air pula waktu itu bergantung sepenuhnya kepada air sungai belakang rumah.

Puan isteri dengan perut besarnya terpaksa turun ke sungai melalui tangga yang tinggi dan licin untuk menguruskan kehidupan harian.

Nak dijadikan cerita, puan isteri minta duit belanja makan untuk beliau dan anak. Saya waktu itu cuma ada RM80 sahaja di dalam akaun.

Saya hantarkan kepada beliau RM60 dan bakinya saya gunakan untuk makan saya di semenanjung.

Isteri saya call dan sangat gembira sebab ada RM60 untuk belanja, beliau minta izin naik bas ke bandar untuk beli lauk.  Dengar gembira betul kerana sudah hampir 6 hari putus bekalan lauk di rumah.

Selepas pulang, beliau hubungi saya semula dan ceritakan kepada saya pengalaman beliau di pasar.

Beliau cerita beliau beli sedikit itu dan sedikit ini jadi RM60 itu habis. Saya waktu itu curiga kerana barang yang dibeli sangat sedikit, kenapa RM60 habis.

Bila saya tanya beliau, barulah beliau cerita beliau beli ayamas drummet yang sepeket hampir RM20.

Terus saya marah beliau kerana saya rasa membazir. RM20 boleh beli 2 ekor ayam dan boleh dimakan lebih 1 minggu berbanding drummet itu. Beliau minta maaf. Beliau kata beliau teringin sangat nak makan. 

Terus saya balas, teringin itu untuk orang kaya, kita orang miskin, teringin kita tak laku.

Beliau mula menangis dan minta maaf banyak kali. Saya masih juga marah. Marah kerana saya sudah tidak ada duit lagi mahu beri kepada beliau. Marah sebab waktu itu saya suami yang tidak berguna.

Saya letak talifon dalam keadaan marah dan beliau sedang menangis.

Malam itu saya tidak boleh tidor. Rasa betul-betul berdosa. Saya hubungi beliau dan saya minta maaf kepada beliau. Kami berdua menangis bersama di dalam talifon. 

Ya Allah, sampai sekarang saya rasa berdosa. Kerana RM20 ini saya marah isteri saya yang banyak berkorban harta dan nyawa untuk bersama saya.

Semoga Allah masukkan isteri saya ke dalam syurga kerana selalu bersyabar dengan karenah suaminya.

Kepada tuan dan puan yang mungkin sedang dalam situasi yang sama seperti saya suatu ketika dahulu, saya doakan tuan dan puan dapat keluar secepat mungkin dari keadaan itu. Kita berdoa dan berusaha. Allah jua yang membantu kita.

Kredit FB Mohd Firdaus Jailan

Hadiri perkampungan sunnah: Anwar berjiwa besar

 

Anwar menandatangani plak sempena ucap tama Program Perkampungan Sunnah Siri ke-9 di Masjid Alwi
baru-baru ini. Turut hadir (dari kiri): Mohd Shukri dan Mohd Asri. - Foto Bernama
Anwar menandatangani plak sempena ucap tama Program Perkampungan Sunnah Siri ke-9 di Masjid Alwi baru-baru ini. Turut hadir (dari kiri): Mohd Shukri dan Mohd Asri. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kesudian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Perkampungan Sunnah Siri Ke-9 di Masjid Alwi Kangar Perlis atas jemputan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dilihat sebagai berjiwa besar dan wajar diteladani.

Felo Penyelidik Utama di Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Zaid Ahmad berkata, kesudian Anwar hadir ke program yang dikaitkan secara langsung dengan Mohd Asri yang amat kritis ketika menyuarakan pandangan termasuk terhadap kepimpinan Anwar sendiri juga adalah bukti sikap keterbukaan Perdana Menteri dalam soal perbezaan pendapat.

"Namun di sebalik pandangan berbeza, kritikan dan sanggahan, Anwar dilihat tidak menyimpan apa-apa perasaan negatif kepada Mohd Asri sebaliknya menerima pelawaan beliau menghadiri program Perkampungan Sunnah Siri Ke-9, baru-baru ini.

"Ini jiwa besar, sifat negarawan dan sikap keterangkuman luar biasa yang ditunjukkan oleh beliau sebagai pemimpin nombor satu negara,” katanya kepada Bernama.

Zaid berkata, Anwar juga mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang bukan sahaja menghadiri malah menyampaikan ucaptama di hadapan para ulamak, pemikir, pemimpin dan ribuan rakyat tempatan dalam program tersebut.

Orang ramai hadir pada Program Perkampungan Sunnah Siri ke-9. - Foto Bernama
Orang ramai hadir pada Program Perkampungan Sunnah Siri ke-9. - Foto Bernama
Katanya, ketika menyingkap kisah kewarakan Khalifah Umar Abdul Aziz dan keagungan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi dalam aspek peperangan sehingga menawan Baitulmuqaddis, Anwar juga mengingatkan hadirin supaya meneladani ketegasan kedua-dua tokoh itu dalam soal tatakelola dan kebencian mereka kepada rasuah.
"Perdana Menteri Anwar meminta diterbitkan terjemahan kitab Prof Dr Taha Jabir Al-Alwani bertajuk Etika Berbeza Pendapat dalam Islam supaya mentaliti fiqh yang pantas menghukum dapat dijauhkan dan wacana segar dan berakhlak dapat disuburkan,” katanya.
Selain itu, Zaid berkata, Anwar juga menyatakan kekecewaan beliau di dalam ucaptamanya mengenai kelesuan suara pimpinan negara Islam untuk menuntut kezaliman rejim Zionis Israel terhadap warga Palestin dihentikan.

"Beliau (Anwar), yang baru pulang dari menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, memperkatakan mengenai jihad beliau bersuara di hadapan kuasa besar, termasuk Presiden AS (Amerika Syarikat), Joe Biden dan Canselor Jerman Olaf Scholz mewakili dunia Islam,” katanya.

Sementara itu, Zaid berkata, dengan kehebatan pidato, kekuatan ilmu dipamer, artikulasi dan kemantapan hujah dan keluasan bidang yang disentuh, ucaptama Anwar itu cukup memberi kesan dan memuaskan hati para hadirin.

Malah kata Zaid, ucaptama yang berkesan itu mendorong Mohd Asri memberi komentar dengan berkata: "Ucapan Anwar sangat luar biasa. Saya tidak fikir mana-mana pemimpin negara sebelum ini yang boleh bercakap seperti itu. Kami sangat berterima kasih kepada kehadiran dan keterbukaan beliau.” - Bernama

Jumaat, 3 Mei 2024

Misirakyat:Daftar Perniagaan anda sebagai vendor disini Percuma!


Anda mempunyai perniagaan makanan tetapi perniagaan anda tidak berada pada tahap optimum. Dengan kemajuan teknologi maklumat, banyak perniagaan sekarang mengikut rentak "zaman yang tiada sempadan". Jika anda ketinggalan, maka perniagaan anda tidak dapat bertahan dan tidak akan berkembang.

Sesuai dengan kehendak pengguna yang inginkan keselesaan dan pengaturan masa yang bijak, ramai memilih cara pembelian di hujung jari.


Oleh yang demikian, sudah sampai masanya anda berubah dan beralih kepada penggunaan aplikasi penghantaran makanan. Tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai aplikasi penghantaran makanan di Malaysia yang sudah bertapak dengan kukuh.
Kesemua aplikasi-aplikasi ini mempunyai matlamat yang sama iaitu memberi keselesaan kepada semua pihak yang terlibat dalam urusan jual beli dan proses penghantaran makanan.

Kehadiran MISI di dalam dunia aplikasi penghantaran makanan bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana aplikasi yang sudah sedia ada tetapi menyelesaikan dan menampung kelemahan aplikasi-aplikasi yang sudah sedia ada dengan memperkenalkan inovasi berkonsepkan "strategi lautan biru" atau lebih dikenali sebagai 'blue ocean strategy'.

Atas dasar ini MISI mempunyai pasarannya yang tersendiri dan unik sesuai dengan keperluan semua pihak.

Demi kelansungan servis, mana-mana aplikasi penghantaran akan mengenakan komisen kepada peniaga yang menggunakan aplikasi mereka. Secara purata, mana-mana aplikasi di dunia ini mengenakan komisen sebanyak 25% dan ke atas. Bagi menampung kos ini, maka peniaga atas talian ini 'terpaksa' menaikkan harga makanan. Ini menjadi tanda tanya kepada pengguna yang melihat perbezaan harga asal di kedai dan harga atas talian.

Walau bagaimanapun, ramai yang sudah dapat menerima kenaikan harga ini. Tetapi bagi MISI ini adalah ruang untuk penambahbaikan supaya hubungan antara pengguna dan peniaga kekal telus dan tepat tanpa sesuka hati menaikkan harga.

Untuk mengatasi kelemahan ini, maka MISI mengambil langkah luar biasa dengan memberikan perkhidmatan PERCUMA kepada peniaga dengan syarat peniaga WAJIB mengekalkan harga asal di kedai. Polisi ini menjadikan MISI sebagai satu-satunya aplikasi penghantaran makanan di dunia yang tidak mengambil komisen dari peniaga. Dengan cara ini, pengguna mempunyai kepercayaan yang kukuh terhadap perniagaan anda.

Sekarang anda sudah terfikir, "Segalanya adalah PERCUMA dan ni adalah tawaran yang tidak patut dilepaskan demi menaikkan jualan dalam dunia era baru ini".
Sekarang anda sebagai peniaga sudah berminat untuk masuk ke dunia era baru ini. Namun timbul beberapa persoalan bagaimana proses untuk menyusun atur perniagaan anda di dalam MISI. Tidak dapat dinafikan ada di kalangan peniaga yang kurang mahir di dalam menggunakan teknologi atas talian ini dan menganggap ia sebagai proses yang rumit. Atas dasar ini, ramai membuat keputusan untuk mengekalkan kaedah perniagaan cara lama atau tradisional.

Anda tidak perlu bimbang soal kemahiran kerana MISI menyediakan Admin di kawasan anda yang akan memberi sokongan penuh dari A ke Z dan memastikan segala urusan berjalan dengan lancar.  Sokongan 100% dari Admin akan meletakkan perniagaan anda sentiasa di urus tadbir dengan baik.

Dengan bimbingan Admin, anda mempunyai kuasa penuh terhadap kedai atas talian anda. Antara kelebihan kuasa penuh ini ialah anda boleh lantik mana-mana staf kedai untuk menerima pesanan dari pelanggan.

Sebagai peniaga anda ingin menyediakan pelbagai promosi untuk menggalakkan lagi jualan kedai. Di MISI anda boleh mengawal dan mengatur promosi anda sendiri. Ini penting kerana setiap peniaga mempunyai kaedah promosi ataupun citarasa sendiri yang sesuai dengan pelanggan mereka.

Banyak lagi ciri-ciri baru yang akan diperkenalkan oleh MISI supaya anda kekal mendapat 100% keuntungan dan setiap keuntungan anda boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja mengikut waktu bank beroperasi.

Ingat, tiada mana-mana aplikasi penghantaran makanan di dunia ini yang memberi perkhidmatan menarik seperti ini secara PERCUMA kepada peniaga melainkan MISI. Rebutlah peluang ini dan sertai MISI sekarang dan terus berkembang maju tanpa had bersama MISI. Untuk maklumat lanjut tentang segala kelebihan berniaga di MISI sila klik link di bawah. 
Posted by Pengasas Misi

p/s:Kod Admin kawasan Kangar adalah oOrzjd

Sila gunakan kod diatas untuk anda mendaftar sebagai vendor bagi kawasan Kangar Perlis

Untuk bantuan vendor yang ahu mendaftar di kawasan kangar boleh hubungi/wasap 0194774970 Master Pak Long

Khamis, 2 Mei 2024

Filem SHERIFF NARKO INTEGRITI (2024) ; Lakonan Zul Ariffin (Sheriff) 'tapau' kehadiran semua karakter lain dgn sempoi & stylo.

 Filem SHERIFF NARKO INTEGRITI (2024) ; Lakonan Zul Ariffin (Sheriff) 'tapau' kehadiran semua karakter lain dgn sempoi & stylo.

Ramai org sdh tau sinopsis dan barisan pelakon filem ni jadi sy share sikit ttg 'pengalaman rasa' sy selaku penonton sepanjang menonton filem ni

Start ja filem ni, dia ikat kau tonton sampai hujung. Terpaksa tahan hajat ke toilet.

Stail penceritaan agak unik, penonton awal2 tahu who's who dan hanya menunggu bagaimana kesudahan namunnn plot-twist bertubi-tubi yg dihidang buat kita fikir semua kemungkinan yg sempat kita hadirkan dlm fikiran.

Lakonan? Zul Ariffin mmg kelaslah dalam cerita ni, sangat entertaining Demikian juga konsistensi lakonan Shafiq Kyle sempat buat sy terkagum. Aaron Aziz sebagai Tony Ifrit  tokan dadah  agak tenggelam kecuali pada babak gaduh. Elizabeth Tan wow lakonannya di hujung2 cerita sgt impactfull. 

Adegan kejar mengejar agak kelangkabut namun diceriakan oleh gelagat humor oleh dua pegawai polis cina & india ala gerak khas 😁

Adegan serbuan, tembak menembak kurang menarik namun tetap gah oleh kecanggihan pakaian, peralatan n senjata yg digunakan. 

Adakah imej pulis terjejas oleh filem ni? Bagi sy tidak. Banyak dailog yg mengangkat imej pulis dlm ni dan filem ni berjaya justify salahlaku pulis yg dipaparkan lebih kepada faktor sebagai individu dan bukan organisasi. Skrip filem ni bagus. Garapannya terlalu filem hingga kita x sempat fikir ada ka kejadian begini dlm organisasi pulis. Dailognya familiar, mudah meresap ke otak.

📷 Rawlins GLAM

#SheriffNarkoIntegriti 

Stars 4/5

Credit 

Rabu, 1 Mei 2024

Koleksi Resepi:Manisan Belimbing Buluh

 Daripada terbiar jatuh buruk,,baik kutip buat manisan

Manisan belimbing buluh, rasa seperti kismis

Resepi

2 kg belimbing buluh yang tua bagus tidak terlalu masak

.gula 1/2kg jika kurang manis boleh ditambah sesuai selera

.1 sdt kapur sirih

.air secukupnya

Cara buat:

.bersihkan hujung pangkal belimbing buluh, cuci , lalu direndam di air kapur sirih kurang lebih 2 jam cuci bersih 

.tiriskan

.rebus sebagian gula dengan 1 liter air sampai mendidih masukkan belimbing buluh rebus sampai mendidih lagi, matikan, inapkan sehari semalam

.saring belimbing buluh, 

.rebus sisa gula dengan 1 liter air lagi, matikan, masukkan belimbing buluh, inapkan sehari semalam

.lalu jemur 3 sampai 4 hari

.siap

Selamat mencuba

Sumber