"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


Khamis, 22 September 2022

Koleksi Resepi:Nasi Arab Mandy

 NASI ARAB MANDY



Mula-mula sediakan stok ayam dulu.

(Stok Ayam nanti akan diguna utk masak nasi)


1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 4

2 inci halia - diketuk

1/2 sudu kecil serbuk zafran (ganti kunyit je)

1 sudu kecil lada hitam biji

1 sudu kecil serbuk jintan putih

1/2 sudu kecil buah pelaga

1/2 sudu kecil cengkih

2 helai daun Bay

garam secukup rasa

air secukupnya (supaya ayam tenggelam)


Cara membuat:

1.Rebus ayam selama 45 minit bersama bahan2 diatas.

2.Kemudian angkat dan toskan ayam.

3.Tapiskan air rebusan utk masak nasi.

4.Ayam yang direbus stok tu akan digunakan untuk buat ayam panggang.


Bahan-bahan Untuk Masak Nasi:

3 cawan beras basmathi

4-5 cawan air rebusan/stok ayam (yang disediakan di atas)

Garam jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam

Sedikit zaffran - (boleh guna pewarna kuning)


Bahan utk menumis:

1 sudu besar minyak sapi

3 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

3 ulas bawang merah - dimayang halus

1 ulas bawang putih- dimayang halus


Cara membuat:

1.Beras dicuci kemudian ditoskan (dicuci dan direndam selama 20 min)

2.Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis

3.Goreng hingga naik bau/kekuningan

4.Masukkan stok ayam, apabila didih masukkan beras.

5.Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika

6.Kemudian gemburkan nasi guna garpu


HomeMade Rempah Kabsah - Sebagai salah satu bahan untuk buat ayam panggang


Bahan - bahan:

1 sudu makan bunga cengkih **

1 sudu makan lada hitam **

1 sudu makan jintan manis **

1 sudu makan jintan putih **

2 sudu makan biji ketumbar **

1 sudu makan buah pelaga **

1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **

1 sudu makan serbuk cili*

1 sudu teh kunyit*


Cara penyediaan:

1.Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.

2.Kemudian kisar bahan ** yang digoreng dgn bahan * sehingga hancur.

3.Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa.


Ayam Panggang


Bahan Perapan:

1 sudu teh zaffran - boleh ganti dgn skit serbuk kunyit

1/2 sudu teh serbuk ketumbar

1/2 sudu teh serbuk lada hitam

1 sudu teh serbuk homemade rempah kabsah (lihat atas utk resepi dan cara buat)

1/2 sudu teh serbuk jintan manis

1 sudu kecil garam

Aluminium foil utk balut/bungkus


Cara membuat:

1.Ayam yg telah direbus tadi dilumurkan dgn bahan perapan.

2.Letakkan atas aluminium foil, balut kemas2.

3.Bakar dlm oven selama 1 jam pd suhu 180C utk menghasilkan ayam yg lembut.


Sos Salata:


Bahan-bahan:

2 biji tomato

1/2 biji bawang besar

2 biji cili besar

5 tangkai cili padi

sedikit daun ketumbar

sedikit garam

Jus dari buah lemon.


Cara penyediaan:

1.Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja.

2.Jangan sampai terlalu hancur.

Selasa, 20 September 2022

PRU15: PAS terus pelawa UMNO untuk bekerjasama

 

KUALA LUMPUR: PAS terus mempelawa kerjasama antara parti itu dan UMNO diteruskan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi memastikan sebuah kerajaan stabil dapat dibentuk jika berjaya memenangi pilihan raya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata parti itu terus berusaha dengan pelbagai pendekatan antaranya menyeru seboleh mungkin parti yang membentuk kerajaan ketika ini untuk terus bekerjasama menghadapi PRU-15 seterusnya membentuk sebuah kerajaan baharu yang lebih mantap dan berotoriti.

"PAS kekal dengan pendirian menjalinkan hubungan dengan UMNO sebagai rakan Ta'awun, sekali gus tidak bersetuju sama sekali dengan sebarang ketetapan atau pendirian yang menggambarkan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh dalam PRU-15 nanti.

"Sebaliknya, PAS tetap menegaskan musuh sebenar penyatuan ummah adalah Pakatan Harapan (PH) dan sekutu-sekutunya termasuk 'khemah besar'. PAS amat optimis hanya dengan perpaduan dan kerjasama politik di antara parti utama Melayu Islam sahaja akan dapat mengelakkan pertandingan lebih daripada dua penjuru dalam PRU-15," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, PAS yakin agenda penyatuan ummah dan perpaduan nasional antara orang Melayu Islam, kaum Bumiputra dan rakyat pelbagai kaum di negara ini hanya dapat dicapai sekiranya kestabilan politik dapat diwujudkan selepas PRU-15.

"Gabungan atas konsep penyatuan ummah dan perpaduan nasional sahaja mampu menjadi formula terbaik dan berkesan serta diterima majoriti pengundi ke arah mewujudkan sebuah kerajaan prihatin rakyat dengan langkah penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada seluruh rakyat, di samping memberikan perhatian khusus kepada aspek semak dan imbang.

"Ini bukan sahaja dapat menjamin terbentuknya sebuah pemerintahan adil dan saksama kepada semua rakyat merentasi kaum, agama, bangsa dan budaya, tetapi juga mengelakkan berulangnya sejarah hitam yang berlaku semasa PRU-14," katanya.

Ini adalah kenyataan kedua dikeluarkan Takiyuddin dalam tempoh dua minggu berkaitan pelawaan parti itu untuk meneruskan kerjasama dengan UMNO selepas ia diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang baru-baru ini.

Sehingga kini, UMNO masih belum memberi jawapan muktamad terhadap pelawaan kerjasama oleh PAS dalam PRU, dengan hal berkenaan dijangka dibincang dan diputuskan pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadual pada 30 September ini.

-BH Online

Khamis, 15 September 2022

PAS muktamadkan kerjasama selepas MKT Umno buat keputusan, kata Takiyuddin


Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata, PAS bebas berbincang kerjasama dengan mana-mana parti termasuk pembangkang.

PETALING JAYA: Sebarang keputusan berhubung kerjasama PAS-Umno akan dimuktamadkan selepas Majlis Kerja Tertinggi Umno (MKT) membuat keputusan mengenainya, kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin bagaimanapun mengesahkan terdapat rundingan dan perbincangan sedang dibuat dalam kalangan pemimpin negeri dan akar umbi kedua-dua parti berhubung perkara itu.

Kita akan tunggu keputusan MKT Umno terlebih dahulu. Lagipun, masih ada masa sebelum pembubaran Parlimen.

“Setakat ini, belum ada keputusan sama ada pembubaran Parlimen akan berlaku tahun ini atau 2023,” katanya lapor Berita Harian.

Dalam pada itu, ditanya kesediaan kepimpinan PAS memujuk Umno untuk menghidupkan semula MN, Takiyuddin menolak untuk berbuat demikian, selain mengulangi pendirian PAS sedia berbincang dengan mana-mana parti politik di negara ini.

“Kita bersedia untuk berbincang dengan mana-mana parti. Dalam politik Malaysia, kita bebas berbincang walaupun dengan parti pembangkang,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang menjelaskan MKT Umno akan menentukan keputusan sama ada parti itu akan berunding dengan PAS untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Terdahulu, ADUN Rantau itu mengulas kenyataan Takiyuddin mengenai PAS kekal menganggap semua pihak yang bernaung di bawah gagasan penyatuan ummah, termasuk Umno sebagai rakan ta’awun (kerjasama tolong-menolong) terutama dalam membina negara yang baik dan diredai Tuhan.

Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang, Ahad lalu. BN setakat ini belum memuktamadkan keputusan sama ada bergerak solo pada PRU15 atau sebaliknya.

-wrlr

Ahad, 11 September 2022

Rasuah:Saya hanya kata Umno bayar PAS, kata Rewcastle Brown

 


Clare Rewcastle Brown berkata, wujud bukti bahawa PAS dibayar oleh Umno. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menyangkal dakwaan bahawa beliau telah mengesahkan Umno membayar RM90 juta kepada PAS pada tahun-tahun sebelum pilihan raya umum (PRU) terdahulu.

Katanya, beliau hanya mengesahkan wujudnya bukti bahawa PAS dibayar.

Bagaimanapun, jumlah RM90 juta itu hanyalah sesuatu untuk mengalihkan tumpuan, tambahnya. Angka itu juga telah disebut dalam saman fitnah terhadapnya pada 2017.

Jumlah sebenar sukar ditentukan memandangkan jumlah itu berpindah tangan dalam bentuk tunai,” katanya menjawab laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh seorang ADUN DAP.

Aduan itu dibuat terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan pengelakan cukai. Aduan itu difailkan selepas Pengerusi DAP Lim Guan Eng menggesa Hadi menjelaskan penyelesaian RM1.4 juta dengan Rewcastle Brown dalam saman fitnah terhadapnya.

Lim berkata, satu video yang tular di media sosial memaparkan Rewcastle Brown mengesahkan bahawa PAS menerima RM90 juta daripada Umno.

Bagaimanapun, Rewcastle Brown memberitahu FMT, jumlah RM90 juta itu dibangkitkan dalam satu soalan, tetapi beliau menjelaskan bahawa beliau hanya mengesahkan wang telah dibayar.

Apa yang penting di sini adalah kedua-dua parti itu menyembunyikan pakatan yang mereka jalin dan kemudiannya mereka akui, tetapi hanya selepas PRU. Jadi mereka menipu pengundi,” katanya.-FMT

Jumaat, 9 September 2022

Dakwaan rasuah RM90 juta, DAP buat laporan SPRM terhadap Hadi

 

ADUN Seri Delima Syerleena Rashid (tengah) bersama Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh (kiri) dan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer pada sidang media.

GEORGE TOWN: Seorang ADUN DAP membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan pengelakan cukai.

Ia susulan video tular Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown baru-baru ini, yang dikatakan “mengesahkan” dakwaannya bahawa Umno memberi rasuah RM90 juta kepada PAS untuk mendapatkan sokongan parti itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Dakwaan Rewcastle Brown kali pertama dibuat pada Ogos 2016, yang menyebabkan dia disaman kerana memfitnah oleh Hadi. Saman itu akhirnya diselesaikan di luar mahkamah, dengan Hadi dilaporkan membayar Rewcastle Brown RM1.4 juta pada 2019.

ADUN Seri Delima, Syerleena Rashid membuat laporan itu di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang, menggesa Hadi disiasat atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan mengelak cukai selepas Rewcastle Brown “mengesahkan” dakwaannya.

Dalam sidang media di ibu pejabat DAP negeri, Syerleena berkata beliau diberitahu untuk tidak mendedahkan sifat atau merit aduan itu, dan mendakwa beliau disoal siasat oleh pegawai SPRM selama tiga jam ketika membuat laporan.

Peguam RSN Rayer yang menemaninya membuat laporan, berharap perkara itu akan disiasat secara menyeluruh oleh pihak berkuasa.

Syerleena dan Rayer yang juga Ahli Parlimen Jelutong, turut disertai Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh pada sidang media itu.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Lim Guan Eng menggesa Hadi menjelaskan pengesahan Rewcastle Brown yang kononnya Umno telah membayar PAS RM90 juta sebagai rasuah.

Ahli Parlimen Bagan itu juga memberi amaran bahawa laporan SPRM akan dibuat terhadap Hadi jika beliau tidak memberikan penjelasan berhubung dakwaan editor Sarawak Report itu.-FMT

Isnin, 5 September 2022

Khairy Ke Port Dickson, Anwar Ke Tambun PRU15 Ini?

 

Khairy dikatakan boleh bertanding hampir mana-mana kerusi Parlimen di Negeri Sembilan kerana beliau “boleh menyesuaikan diri secara semula jadi”.

Tetapi bukan kerusi Seremban, kerana ia boleh memusnahkan kerjaya politiknya kerana beliau mungkin berdepan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook yang memenangi kerusi Parlimen itu sejak 2008.
Ini selaras dengan pendapat Pengerusi Perhubungan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Negeri Sembilan, Datuk Chong Vee Hing yang mengakui, mana-mana parti sekali pun tidak berupaya memenangi kerusi tersebut sekiranya masih ditandingi oleh Siew Fook.

Menurut Vee Hing, dapatan itu hasil penelitian dan analisis yang dijalankan pihaknya sebelum ini di kerusi berkenaan.

“Hasil penelitian, semakan dan analisis, kami lihat (kerusi) Seremban memang kritikal. Jika Anthony Loke (Siew Fook) masih di sana, tiada peluang untuk mana-mana parti, walaupun Barisan Nasional (BN),” katanya pada Persidangan Perwakilan Negeri Ke-47 Wanita dan Pemuda Ke-35 Gerakan Negeri Sembilan di sini, kelmarin.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Siew Fook memenangi kerusi tersebut dengan selesa apabila mendapat majoriti undi sebanyak 30,694, menewaskan calon BN, Datuk Chong Sin Woon yang memperoleh 24,809 undi dan calon Pas, Shariffuddin Ahmad dengan 11,506,

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, Khairy boleh bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson, tetapi hanya jika Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak bertanding semula di sana.

Jika Anwar bertanding di kerusi lain, katanya, terdapat peluang baik untuk Khairy merampas semula kerusi Port Dickson buat UMNO.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, Khairy berpeluang menang di banyak kerusi campuran kerana prestasinya sebagai menteri Kabinet sejak 2020 diterima baik kebanyakan rakyat Malaysia.

Ditanya mengenai keputusan untuk bertanding di kerusi mana pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, Ketua Pembangkang berkata, sama ada dia akan meninggalkan kerusi parlimen Port Dickson untuk ke kawasan lain atau sebaliknya, akan diputuskan pada masa yang sesuai.

Buat masa ini, katanya, hal itu sedang dipertimbangkan.

"Saya sedang teliti... rakan-rakan di Port Dickson minta saya teruskan (di kerusi sekarang), (PKR) Tambun mengatakan mereka sudah bersiap sedia, dan beberapa kawasan lain (juga minta bertanding)," kata Anwar Ibrahim.

Untuk rekod ketika ini kerusi parlimen Tambun disandang Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, yang memenanginya atas kapasiti calon PH.

Ahmad Faizal menyertai gerakan Bersatu meninggalkan PH - sekali gus menjatuhkan kerajaan berkenaan - semasa Langkah Sheraton. Dia kini menyertai kabinet sebagai menteri belia dan sukan.

Laporan berkaitan..

PETALING JAYA: Bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin masih merupakan aset kepada parti itu dan tidak mungkin digugurkan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata penganalisis.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, membazir untuk Umno tidak mencalonkan Khairy, manakala Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, parti itu akan mendapat persepsi negatif.

Azmi memberitahu FMT, Khairy menunjukkan prestasi baik sebagai menteri sains, teknologi dan inovasi, di mana beliau memikul tugas besar dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), dan kini menjadi menteri kesihatan.

“Walaupun beliau agak menyendiri, menentang Presiden (Ahmad Zahid Hamidi), keseluruhannya beliau adalah aset Umno, khasnya dalam menarik pengundi neutral,” kata Azmi.

“Khairy tidak lantang menentang kehendak presiden, berbanding individu lain seperti (Ahli Parlimen Ketereh dan bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa).”

Oh pula berkata, Khairy menampilkan imej reformis yang amat diperlukan Umno, sesuatu yang sangat diperlukan untuk parti itu menarik sokongan pengundi atas pagar.

Tetapi, beliau mendapati Khairy berpotensi menghadapi kesukaran kerana beliau tidak disenangi “puak arus perdana” dalam Umno.

Semalam, Khairy dilaporkan berkata, beliau mungkin tidak bertanding dalam PRU15 selepas diminta “memberi laluan” kepada Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan di kerusi Parlimen Rembau.

“Tak apa, senario terburuk, saya tidak akan bertanding,” kata Khairy yang merupakan Ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal.

Azmi berkata, Khairy boleh bertanding hampir mana-mana kerusi Parlimen di Negeri Sembilan kerana beliau “boleh menyesuaikan diri secara semula jadi”.
Tetapi, Azmi dan Oh senada, kerusi seperti Seremban boleh memusnahkan kerjaya politiknya kerana beliau mungkin berdepan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook yang memenangi kerusi Parlimen itu sejak 2008.

Azmi berkata, Khairy boleh bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson, tetapi hanya jika Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak bertanding semula di sana.

Jika Anwar bertanding di kerusi lain, katanya, terdapat peluang baik untuk Khairy merampas semula kerusi Port Dickson buat Umno.

Oh berkata, Khairy berpeluang menang di banyak kerusi campuran kerana prestasinya sebagai menteri Kabinet sejak 2020 diterima baik kebanyakan rakyat Malaysia ~ FMT

Hannah Yeoh pula mencadangkan agar Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya selepas Khairy dilaporkan mengakui bakal berpindah dari Parlimen Rembau selepas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berhasrat untuk bertanding di situ.

“KJ (Khairy Jamaluddin) patut bertanding di Putrajaya,” katanya dalam ciapan beliau semalam.

Namun cadangan Hannah itu mengundang kritikan orang ramai khususnya penyokong UMNO yang meminta beliau agar tidak mencampuri urusan dalaman parti... laporannya sila baca di SINI

-Anak Sungai Derhaka