Isnin, 19 April 2021
Beza besar PN dan PH
Setahu aku, peguam, doktor gigi, arak, judi adalah antara yang dilarang diiklankan di Malaysia. Peguam dan doktor gigi, kita tidak pernah lihat mereka mengiklankan diri. Arak, ya kita pernah lihat dan dibantah oleh PAS dan kumpulan yang membencinya. Pernah terjadi dizaman Pak Lah, iklan arak dalam akhbar tempatan berbahasa Inggeris yang sengaja diletakkan bersebelahan dengan gambar PM. Kurang ajar.
Manakala judi pula, keputusan nombor ekor tetap ada di akhbar-akhbar. Walaupun keputusan nombor itu bukanlah mengiklan, tetapi ia tetap seperti hebahan atau ajakan kepada orang untuk berjudi. Sebelum itu, cabutan loteri kebajikan pernah dibuat secara terbuka di kaca TV pada sekitar 70-an. Termasuk juga iklan arak ketika itu.
Kini, iklan judi secara berani, dibuat oleh sekumpulan orang yang mana pelakonnya ialah orang Islam (menurut pemakaiannya). Lalu ada orang segera sinis dengan PAS, dengan mengatakan, order 355 dapat 333. Beza yang tiada reti mereka lihat. Setiap perbuatan jenayah atau menyalahi undang-undang, akan dirancang di belakang tabir. Setelah itu rancangan pun dilaksanakan. Kemudian, baharulah pihak berkuasa tahu.
Jika jenayah atau salah laku dirancang, sedang ia dalam pengetahuan pihak berkuasa, maka sudah tentulah tindakan akan diambil terlebih dahulu sebelum ia disiarkan. Sama juga ketika zaman PH, pastinya ada jenayah yang sesudah dilaksanakan, baharulah ia diketahui. Yang membezakan antara PH dan PN yang ada di dalamnya PAS ialah, PAS konsisten menentang segala perbuatan yang melanggar hukum samada bantahan itu secara dalaman sebagai kerajaan atau secara luaran sebagai NGO pendesak.
Manakala PH pula, entahlah. Nak sebut pun tak sampai hati, tapi semua orang boleh nampak macamana dan apa yang berlaku ketika 22 bulan itu. Jadi sia-sia PH menyindir PAS kerana sekarang sudah penuh di media sosial bantahan PAS terhadap iklan itu, aduan kepada menteri dan juga doa-doa daripada orang yang berpuasa bagi menyelamatkan Malaysia.
PH ada buat bantahan tak? Atau lebih selesa menyindir orang yang membantah? Kalau begitu, ingatlah kisah penduduk di sebuah kampung di tepi pantai dalam surah al-A'raf yang telah menjadi kera dan babi dua dari tiga golongan. Golongan pertama, pembuat dosa, golongan kedua yang melarang pembuat dosa dan golongan ketiga yang memarahi golongan kedua yang melarang itu. Golongan pertama dan ketiga menjadi kera dan babi. Pilihlah yang mana satu. PAS tetap istiqamah menjadi golongan kedua. Sebab itu bantahan dalam dan luar, konsisten kita suarakan.
Mohd Nasir Abdullah
Related Posts:
Apa rasional PN terima parti celupar seperti Gerakan Gerakan lebih ‘sesuai’ dengan DAP, nada dan agenda mereka sama BANGI, 30 Jamadilakhir 1442H, Jumaat – Tindakan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) jelas memb… Read More
Najib hairan mengapa Umno, BN masih sokong kerajaan PN Najib Razak berkata, beliau mula menyedari niat kerajaan PN tidak betul apabila ia pertama kali mencadangkan darurat dan Parlimen digantung pada Oktober 2020 tanpa berbincang dengan Umno.PETALING JAYA: Najib Razak … Read More
PRN Sarawak: Majlis Tertinggi PN setuju bantu GPS menang -SU Agung PNKUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) sebulat suara bersetuju menggerakkan jentera serta akar umbi parti di setiap peringkat, bagi membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi Pilihan Raya Dewan Undan… Read More
Pemimpin PAS terbuka wujudkan ‘pakatan mega’ 4 gabungan PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS terbuka dengan cadangan mewujudkan suatu ‘pakatan mega’ membabitkan empat gabungan besar parti politik bagi menyatukan ummah dan perpaduan.Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Moham… Read More
PAS tolak MN, Hadi seru semua parti sertai PN sebagai pakatan baruAbdul Hadi Awang menyeru semua kumpulan Islam menyertai pakatan baru, Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin yang berteraskan Islam memimpin dan berintegriti, selain mengajak kelompok bukan Islam yang tidak ekstrem… Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan