"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Tan Sri Tommy Thomas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tan Sri Tommy Thomas. Papar semua catatan

Rabu, 3 Februari 2021

Mahathir jawab dakwaan Tommy Thomas

 Oleh:Tun Dr Mahathir Mohamad

Saya terkejut membaca petikan dari buku Tommy Thomas My Story: Justice in the Wilderness. Tommy adalah salah seorang peguam yang benci saya. Tetapi sebelum saya menjadi Perdana Menteri semula, Tommy telah datang bersama Zainur Zakaria dan Ambiga, kedua-duanya juga pernah pada satu masa menentang saya dan Zainur telah cadangkan nama Tommy sebagai Peguam Negara.


Pada masa itu saya kecewa dengan sebilangan Peguam Negara Melayu yang bersedia untuk taat kepada Perdana Menteri (Najib) walaupun disuruh melakukan sesuatu yang salah. Saya fikir ia satu perkara yang baik untuk lantik Peguam Negara bukan Melayu.

Apabila saya jadi Perdana Menteri ke-7, saya putuskan untuk lantik Tommy Thomas. Saya sedar orang Melayu tidak akan suka. Tetapi Peguam Negara Melayu tidak bersungguh dalam profesion mereka. Saya sedia terima kritikan orang Melayu. Tetapi saya tidak dapat halang kecaman orang Melayu atas pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Secara umum saya berpuas hati dengan kerja Tommy. Dia jelaskan kepada saya bahawa tidak ada kes untuk dakwa yang dikatakan penyokong LTTE ini. Saya terima penjelasan itu dan menulis kepada Muhyiddin, Menteri Dalam Negeri. Tommy buang kes tersebut. Kemarahan orang Melayu kepada saya memuncak.

Tommy tidak tahu apa-apa langsung berkenaan peletakan jawatan saya. Menurut Tommy, saya beritahu kepadanya bahawa Agong mahukan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri Interim (sementara). Ini cerita karut. Selepas menerima dengan berat hati peletakan jawatan saya, Agong cadangkan saya sebagai Perdana Menteri Interim. Nama Wan Azizah tidak pernah disebut oleh Agong sebagai Perdana Menteri Sementara.

Sebabnya saya letak jawatan ialah kerana parti saya sendiri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia menolak nasihat saya untuk tidak keluar dari Pakatan Harapan kerana pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan kesemua ahli telah bersetuju untuk serah kepada budi bicara saya tarikh sesuai untuk letak jawatan. Jelas mereka tidak hendak saya letak jawatan dan beri laluan kepada Anwar. Anwar dan Wan Azizah hadir dalam mesyuarat itu.

Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, pada hari Ahad rayuan saya untuk diberi masa sebelum buat keputusan keluar dari PH ditolak. Saya tahu apabila Bersatu bersama kumpulan PKR Azmin keluar dari PH, Kerajaan PH akan jatuh kerana hilang majoriti.

Walaupun saya merayu untuk diberi masa seminggu untuk buat keputusan, malam itu Bersatu, kumpulan Azmin dari PKR, Umno dan Pas hadir makan malam di Sheraton Petaling Jaya. Saya enggan hadir, kerana saya tidak dimaklum apa-apa sebelum itu. Jelas sekali Bersatu, dipimpin Muhyiddin bersetuju bentuk pakatan bersama Umno, Pas termasuk kumpulan Azmin. PH tidak lagi jadi Kerajaan. Mereka tidak boleh tunggu seminggu untuk saya buat keputusan.

Saya terfikir tentang penolakan nasihat saya oleh MPT Bersatu dan penyertaan Bersatu di Sheraton. Nyata bahawa saya telah hilang keyakinan dari Bersatu dan oleh sebab itu saya harus letak jawatan sebagai Pengerusi parti. Jika saya letak jawatan sebagai Pengerusi, saya juga tidak lagi mewakili Parti dalam PH. Jadi saya perlu juga letak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Setelah diberitahu kepada pemimpin PH, saya menjangka akan menghadap Agong di sebelah tengah hari. Saya percaya YDPA telah terima surat peletakan jawatan saya semasa pertemuan itu. Pada awalnya YPDA menolak peletakan jawatan saya. Saya kekal dengan pendirian saya dan kemudian YDPA terima keputusan itu. Tetapi YDPA minta saya jadi Perdana Menteri sementara.

YDPA tidak cadangkan nama lain, pastinya bukan Wan Azizah, Timbalan Perdana Menteri (TPM). Saya tidak tawar diri tetapi tidak kena jika saya menolak cadangan Agong.

Pada masa itu Kerajaan Pakatan Harapan telah jatuh rentetan pengumuman Muhyiddin mengeluarkan Bersatu dari PH di sebelah tengahari. Wan Azizah sebagai TPM tidak boleh ambil alih jawatan kerana PH bukan lagi Kerajaan. Juga tidak ada satu pun ahli PH boleh ambil alih daripada saya.

Agong meminta 222 ahli Parlimen namakan Perdana Menteri baru yang punyai sokongan majoriti ahli. YDPA mahu mereka buat pilihan dengan tandatangan Akuan Bersumpah di hadapannya.

Ini mengambil masa selama 2 hari dengan YDPA menyaksi ahli Parlimen menamakan calon dan tandatangan akuan tersebut.

Saya tidak menamakan diri sebagai calon tetapi saya telah jangka akan menang. Seperti dinyatakan di atas, Majlis Presiden PH telah putus menyerahkan kepada saya bila masa untuk saya letak jawatan. Sebaliknya YB Hamzah Zainuddin yang merancang kejatuhan PH telah memperoleh Akuan Bersumpah dari semua ahli Parlimen Umno dan Pas untuk sokong saya sebagai Perdana Menteri.

Saya fikir kedudukan saya telah diperkuat memandangkan kesemua Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang menyokong saya. Tetapi rancangan Hamzah ialah menjadikan saya Ketua kepada pakatan baru yang dianggotai Umno, Pas dan Bersatu. Saya masih lagi akan jadi Perdana Menteri dan ini akan pengaruhi saya untuk tinggalkan PH.

Tetapi ahli Parlimen PH tidak namakan saya sebagai calon mereka semasa tandatangan akuan bersumpah di hadapan Agong. Anwar yakinkan mereka yang dia mendapat sokongan ahli Parlimen Sabah dan Sarawak dan bersama ahli parlimen PH, memperoleh majoriti untuk jadi Perdana Menteri. Dengan itu mereka namakan Anwar sebagai calon PH.

Hakikatnya dia hanya disokong DAP, AMANAH dan kumpulannya dalam PKR. Mereka berjumlah 92. Saya cuma mendapat 62 sokongan. Jadi kami berdua kalah.

Semasa Muhyiddin dinamakan sebagai Perdana Menteri, dia tidak dapat sokongan majoriti. Tetapi setelah dilantik dia tawar jawatan kabinet kepada ahli yang telah sokong saya. Mereka beralih sokongan dan Muhyiddin mendapat lebihan dua majoriti.

Semasa Tommy Thomas jadi Peguam Negara, hubungan kami baik. Dia akan berjumpa saya untuk isu-isu utama. Saya juga percaya dan pertahan dia ketika dikecam orang Melayu. Tempoh khidmatnya hampir tamat. Saya cadangkan anugerah Tan Sri untuk dia.

Pas tidak pernah secara langsung minta untuk dia digugurkan. Tetapi saya telah terima banyak kecaman kerana dia, dan saya fikir dia tidak perlu lagi disambung perkhidmatan setelah tamat.

Tetapi apabila saya letak jawatan sebagai PM dia datang berjumpa saya untuk beritahu yang memandangkan saya yang lantik dia dan saya bukan lagi PM maka dia juga rasa perlu letak jawatan.

Tulisannya berkenaan peletakan jawatan saya cukup hebat. Saya selalu dilabel diktator oleh pembangkang ketika jadi Perdana Menteri. Tak mungkin pembangkang akan puja saya. Itu bukan sifat pembangkang. Tetapi saya letak jawatan pada 2003 kerana rasa terlalu lama jadi PM. Diktator biasanya tidak akan letak jawatan. Tapi sudah pasti yang menentang saya tidak akan berhenti mendakwa saya diktator.

Saya tidak ingin bosankan dengan berjawatan terlalu lama. Pada 2020 saya letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu bukan atas kehendak saya, tetapi parti telah hilang kepercayaan kepada saya. Saya juga yakin PH sudah hilang majoriti dan tidak boleh lagi jadi Kerajaan. Saya juga letak jawatan Perdana Menteri. Sebenarnya tak perlu pun letak jawatan kerana kejatuhan Kerajaan PH bermakna saya bukan lagi PM.

Berkenaan Kabinet pula, apabila PH hilang majoriti, Kabinet juga tidak dapat kekal. Perkara 43 (4) Perlembagaan menyebut “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Ini berbeza dengan 1969, apabila Perikatan punyai majoriti. Ia tidak ditumbangkan seperti PH. Tunku dijangka akan jadi PM. Tetapi darurat diisytihar, MAGERAN ditubuh dan dipimpin oleh Tun Razak. Kemudian Tunku letak jawatan dan Tun Razak dilantik sebagai PM. Dia masih punyai majoriti kerana Perikatan telah menang dalam pilihanraya.

Begitu juga Barisan Nasional (BN) masih punyai majoriti apabila Hussein putuskan untuk tidak mahu bertanding dan saya jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Semasa saya letak jawatan pada 2020 PH telah hilang majoriti dan Agong tidak boleh terus lantik Wan Azizah, TPM sebagai Perdana Menteri. Agong juga tidak meminta Wan Azizah menjadi Perdana Menteri Interim.

Sebenarnya tidak ada peruntukan untuk Perdana Menteri Interim. Saya terima jawatan itu kerana proses pemilihan oleh 222 Ahli Parlimen mengambil masa yang lama. Negara perlukan Ketua Kerajaan sementara. Setelah ahli parlimen pilih Perdana Menteri baru, pelantikan saya terhenti. Tetapi ahli parlimen tidak berikan majoriti jelas, Anwar peroleh 92 manakala saya 62 undi.

Ya. Peletakan jawatan ini pendirian peribadi. Saya tidak hantar surat peletakan kabinet. Tetapi apabila Kerajaan PH tumbang, tidak ada alasan untuk Kabinet kekal. Ia terbubar bersama Kerajaan.

Saya hairan bagaimana seorang peguam tidak faham yang ini bukanlah pertukaran Perdana Menteri. Kerajaan PH telah tumbang. Agong tidak boleh lantik Wan Azizah, TPM sebagai Pemangku PM. Sama seperti saya, dia juga tidak punyai majoriti apabila PH ditumbangkan oleh Bersatu yang keluar bersama kumpulan Azmin dari PKR atau Parti Keadilan. Samalah juga dengan Kabinet.

Sebagai Perdana Menteri Interim tugas saya ialah untuk menubuh Kerajaan. Ahli politik sibuk bercakap tentang kepentingan parti mereka, bukan tentang negara.

Saya berpendapat kita perlu lupakan tentang parti dan fikir tentang negara. Oleh itu saya beritahu kepada semua Ketua Parti kita perlu ada Kerajaan Perpaduan dan lupakan agenda peribadi. Kita juga perlu bawa bukan ahli politik ke dalam Kerajaan.

Saya masih ingat dengan jelas Tun Razak, Pengerusi MAGERAN, cuba untuk bawa kesemua parti pembangkang ke dalam Kerajaan. Dia berjaya bawa bersama Gerakan, Pas dan SUPP. Tetapi DAP tolak. Masih dia rasa berhak untuk namakan perikatan baru yang dikenali sebagai Barisan Nasional.

Saya fikir kita perlu perkara yang sama. Tetapi saya gagal kerana Kit Siang dakwa saya mahu jadi Diktator. Dia sokong Anwar sebagai calon PH. Jika 92 undi itu bersama saya, saya akan peroleh 154 undi. Bayangkan bagaimana halatuju Negara jika kesemua parti meletakkan Negara ini sebagai matlamat utama.

-malaysiadateline

Isnin, 1 Februari 2021

Pengkhianatan Tun Terhadap PH Didedah Tommy Thomas?

 

“Menarik sekali pendedahan mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, di dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’ terbitan SIRD yang mula berada di pasaran semalam kata Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Dr Kamarul juga menyifatkan buku yang ditulis oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas itu adalah bukti nyata bagaimana Yang di-Pertuan Agong telah melaksanakan tanggungjawab dalam tempoh peralihan kuasa sebelum ini dengan seadil-adilnya.

"Seri Paduka telah bertindak tanpa cuba memihak kepada mana-mana pihak seperti didakwa ketika zaman peralihan Pakatan Harapan (PH) kepada kerajaan baharu.

Tommy juga menurut Dr. Kamarul telah menyatakan bahawa selepas Tun Dr Mahathir Mahathir Mohamad melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Februari tahun lalu, peruntukan Perlembagaan membolehkan timbalan beliau ketika itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai pemangku Perdana Menteri.


"Agong bertindak mengikut Perlembagaan dan mahu melantik Dr Wan Azizah sebagai pemangku Perdana Menteri atau Perdana Menteri Interim.

"Bagaimanapun, Dr Mahathir mencalonkan dirinya untuk jawatan sementara itu, meskipun sudah berundur sebagai Perdana Menteri.


PENGKHIANATAN TERUK TUN DR MAHATHIR KINI TERDEDAH

Menarik sekali pendedahan mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, di dalam buku “My Story: Justice in the Wilderness” terbitan SIRD yang mula berada di pasaran semalam.

Paling menarik bagi saya tentulah pendedahan Tan Sri Tommy mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong di dalam tempoh peralihan kuasa, iaitu bahawa:

(1) Yang di-Pertuan Agong merayu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kekal menjadi Perdana Menteri tetapi Tun Dr Mahathir bertegas mahu meletakkan jawatan yang menyebabkan Yang di-Pertuan Agong tiada pilihan lain selain menerima perletakan jawatan tersebut.

(2) Tun Dr Mahathir tegas bahawa Kabinet mesti dibubar (insisted that the Cabinet must be dismissed) ekoran perletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dan ini terpaksa diterima oleh Yang di-Pertuan Agong menyebabkan sejumlah 50 Menteri dan Timbalan Menteri hilang jawatan.

(3) Yang di-Pertuan Agong sebenarnya mahu melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri Interim tetapi Yang di-Pertuan Agong tidak dapat berbuat demikian kerana Tun Dr Mahathir mahukan beliau sendiri dilantik sebagai Perdana Menteri Interim tersebut.

Sangat menarik juga pastilah pendedahan Tan Sri Tommy bahawa Tun Dr Mahathir menyebut kepada beliau di dalam pertemuan mereka pada 25 Februari 2020 bahawa:

(1) Tun Dr Mahathir mempunyai sokongan sebulat suara daripada 222 Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri.

(2) Tun Dr Mahathir akan mempunyai kuasa penuh (“a complete free hand”) di dalam Kerajaan Perpaduan beliau.

(3) Jawatan parti tidak akan diberi pertimbangan oleh Tun Dr Mahathir untuk lantikan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

(4) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng tidak akan menjadi sebahagian daripada Kabinet Kerajaan Perpaduan.

(5) Tun Dr Mahathir terpaksa memecat Tan Sri Tommy sebagai Peguam Negara kerana ini adalah syarat UMNO dan PAS.

Buku Tan Sri Tommy ini adalah bukti nyata bagaimana Yang di-Pertuan Agong telah melaksanakan tanggungjawab Baginda dalam tempoh peralihan kuasa ini dengan seadil-adilnya tanpa cuba memihak kepada mana-mana pihak seperti didakwa.

Lebih penting lagi, buku Tan Sri Tommy ini juga adalah bukti jelas bagaimana Tun Dr Mahathir telah mengkhianati dengan seteruk-teruknya rakan-rakannya di dalam PH, khususnya Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Lim Guan Eng.

Tidak dapat dibayangkan jika pemimpin-pemimpin seperti Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Lim Guan Eng masih sanggup bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir setelah beliau dibuktikan telah mengkhianati dengan seteruk-teruknya mereka..

.. Itupun ada lagi yang nak bekerjasama sekali lagi dengan Tun untuk menumbangkan Muhyiddin dan PN pula..

Sabda Rasulullah S.A.W. “Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali,” (Riwayat Abu Daud)...

Dari satu sudut yang lain pula.. tindakan Tommy tu tak proffesional sebab melanggar prinsip asas Perundangan iaitu  "kepentingan peguam-pelanggan"..

Yang mana diantaranya ialah tidak mendedahkan kepada umum sebarang nasihat yang diberi kepada pelanggan sepanjang perkhidmatan, kecuali dalam keadaan yang dibenarkan undang-undang.

-Anak Sungai Derhaka

Kenapa Tommy tak tulis pasal gugur kes Guan Eng, dakwa musuh politik Dr M? tanya Najib

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan adakah Dr Mahathir Mohamad tidak campur tangan dalam urusan Peguam Negara dan perundangan.


Najib berkata demikian selepas pendedahan bekas peguam negara, Tommy Thomas dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness”, berhubung Zakir Naik tidak didakwa kerana patuh arahan Mahathir.

“Dia lepaskan kes-kes kumpulan pemberontak Sri Lanka, LTTE setelah mendapat izin Mahathir dan Kabinet, kata Tommy.

“Tun Mahathir tak campur tangan dalam urusan Peguam Negara dan perundangan ke? soal Najib.

Dalam bukunya, Thomas berkata Mahathir mengarahkannya mengelak sebarang prosiding mahkamah terbuka dalam usaha mengekstradisi penceramah kontroversi, Naik.

Thomas berkata, beliau menemui Mahathir yang ketika itu perdana menteri untuk memberi taklimat berhubung isu Naik sekitar 2018.

Sebelum itu, Thomas menemui Pesuruhjaya Tinggi India, Shri Mridul Kumar yang menegaskan negara itu mahu Malaysia mengusir Naik dari sini.

Dalam pada itu, Najib mempersoalkan bagaimana pula bagi keputusan menarik balik dakwaan terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) sekutu Mahathir.

“Bagaimana pula dengan keputusan mendakwa musuh-musuh politik Tun Mahathir?

“Kenapa tak tulis berhubung itu pula, Tommy,” katanya. – FMT


Dia tak dakwa Zakir Naik sebab patuh arahan Tun M, dedah Tommy. Dia lepaskan kes-kes LTTE setelah mendapat izin Tun...

Posted by Najib Razak on Sunday, 31 January 2021 


-Cinca

Ahad, 31 Januari 2021

Dr M arah saya elak prosiding mahkamah terbuka kes Zakir Naik, kata Thomas

 


PETALING JAYA:
 Bekas peguam negara Tommy Thomas berkata Dr Mahathir Mohamad mengarahkannya mengelak sebarang prosiding mahkamah terbuka dalam usaha mengekstradisi penceramah kontroversi, Zakir Naik.

Thomas berkata, beliau menemui Mahathir yang ketika itu perdana menteri untuk memberi taklimat berhubung isu Naik sekitar 2018.

Sebelum itu, beliau menemui Pesuruhjaya Tinggi India Shri Mridul Kumar yang menegaskan negara itu mahu Malaysia mengusir Naik dari sini.

“Beliau bersetuju memulakan prosiding ekstradisi terhadap Naik di mahkamah kita mungkin mencetuskan ketegangan.

“Saya turut membincangkan perkara itu dengan Tun (Mahathir) dan beliau juga bersetuju tindakan mahkamah perlu dielak kerana itulah yang dikehendaki Naik, supaya dapat digunakan sebagai platform untuk menyebarkan kata-kata hasutannya,” kata Thomas dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness”.

Beliau turut mencadangkan Naik diusir dari Malaysia dan mencari sendiri negara lain untuk didiami selain India.

Bagaimanapun, katanya, bekas perdana menteri tidak bersetuju dengan penyelesaian itu sebaliknya mengarahkannya membiarkan perkara itu kepada Mahathir.

“Selepas itu bila isu Naik dibangkitkan, respons beliau sama iaitu tiada negara yang mahu menerima penceramah itu,” katanya.

Thomas turut mendakwa berbincang dengan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengenai isu itu, yang memaklumkan polis juga tidak mahu Naik berada di Malaysia.

“Beliau berkata tiada negara Islam lain mahu menerima Naik. Saya menyebut beberapa negara, namun beliau berkata semuanya menolak Naik,” katanya.

Thomas berkata, beliau hairan kenapa nasihatnya mengenai Naik tidak diterima Mahathir, malah menganggap itu turut memberi kesan politik terhadap Pakatan Harapan (PH).

-mindarakyat

Pengkhianatan Teruk Tun Dr Mahathir Kini Terdedah

 


Menarik sekali pendedahan mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, di dalam buku “My Story: Justice in the Wilderness” terbitan SIRD yang mula berada di pasaran semalam.

Paling menarik bagi saya tentulah pendedahan Tan Sri Tommy mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong di dalam tempoh peralihan kuasa, iaitu bahawa:

(1) Yang di-Pertuan Agong merayu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kekal menjadi Perdana Menteri tetapi Tun Dr Mahathir bertegas mahu meletakkan jawatan yang menyebabkan Yang di-Pertuan Agong tiada pilihan lain selain menerima perletakan jawatan tersebut.

(2) Tun Dr Mahathir tegas bahawa Kabinet mesti dibubar (insisted that the Cabinet must be dismissed) ekoran perletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dan ini terpaksa diterima oleh Yang di-Pertuan Agong menyebabkan sejumlah 50 Menteri dan Timbalan Menteri hilang jawatan.

(3) Yang di-Pertuan Agong sebenarnya mahu melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri Interim tetapi Yang di-Pertuan Agong tidak dapat berbuat demikian kerana Tun Dr Mahathir mahukan beliau sendiri dilantik sebagai Perdana Menteri Interim tersebut.
 
 
Sangat menarik juga pastilah pendedahan Tan Sri Tommy bahawa Tun Dr Mahathir menyebut kepada beliau di dalam pertemuan mereka pada 25 Februari 2020 bahawa:

(1) Tun Dr Mahathir mempunyai sokongan sebulat suara daripada 222 Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri.

(2) Tun Dr Mahathir akan mempunyai kuasa penuh (“a complete free hand”) di dalam Kerajaan Perpaduan beliau.

(3) Jawatan parti tidak akan diberi pertimbangan oleh Tun Dr Mahathir untuk lantikan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

(4) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng tidak akan menjadi sebahagian daripada Kabinet Kerajaan Perpaduan.

(5) Tun Dr Mahathir terpaksa memecat Tan Sri Tommy sebagai Peguam Negara kerana ini adalah syarat UMNO dan PAS.

Buku Tan Sri Tommy ini adalah bukti nyata bagaimana Yang di-Pertuan Agong telah melaksanakan tanggungjawab Baginda dalam tempoh peralihan kuasa ini dengan seadil-adilnya tanpa cuba memihak kepada mana-mana pihak seperti didakwa.

Lebih penting lagi, buku Tan Sri Tommy ini juga adalah bukti jelas bagaimana Tun Dr Mahathir telah mengkhianati dengan seteruk-teruknya rakan-rakannya di dalam PH, khususnya Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Lim Guan Eng.

Tidak dapat dibayangkan jika pemimpin-pemimpin seperti Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Lim Guan Eng masih sanggup bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir setelah beliau dibuktikan telah mengkhianati dengan seteruk-teruknya mereka.

Kamarul Yusoff