Selasa, 6 April 2021

SPRM tumpas kartel monopoli tender kerajaan RM3.8 bilion


SPRM menahan tujuh suspek berkait sebuah kartel yang mengawal lebih 150 syarikat dan menggunakannya untuk mengemukakan tender di kementerian dan agensi kerajaan.

PETALING JAYA: Satu sindiket kartel mengendalikan lebih 150 syarikat yang memonopoli tender kerajaan bernilai RM3.8 bilion berjaya ditumpaskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan tangkapan tujuh orang suspek.

Menurut sumber, tujuh suspek itu, termasuk seorang berusia 47 tahun yang mengetuai sindiket terbabit.

“Ketua sindiket tersebut mengawal lebih 150 buah syarikat yang digunakan untuk memasuki tender/sebut harga di kementerian dan agensi yang terlibat. Beliau dikatakan menggajikan individu-individu sebagai pengarah syarikat.

“Sindiket ini telah beroperasi sejak tahun 2014 hingga sekarang,” kata sumber.

Sumber berkata, sindiket itu menumpukan projek penyelenggaraan fasiliti dan projek pembangunan.

“Sindiket dipercayai mendapat kerjasama ‘orang dalam’ di kementerian dan agensi terlibat untuk memastikan syarikat di bawah kawalan beliau dibenarkan masuk tender dan memastikan salah satu daripadanya berjaya.”

Katanya, kartel itu akan membayar rasuah “orang dalam” untuk mendapatkan maklumat berhubung tender, termasuk spesifikasi, harga siling, harga jabatan, jumlah penyertaan, kelayakan syarikat dan “masa yang sesuai” untuk menghantar borang tender.

Sejumlah besar syarikat di bawah oleh kartel itu kemudian akan memasuki tender mengikut harga yang berbeza-beza berdasarkan harga siling yang ditetapkan untuk “mengepung harga”.

“Sindiket ini menggunakan nama beratus individu untuk membuka syarikat di bawah naungannya.”

Kata sumber itu lagi, dipercayai butir kelayakan akademik dan kelayakan profesional bagi kebanyakan penama yang digunakan untuk menubuhkan syarikat adalah palsu, termasuk penyata kewangan syarikat mereka.

Katanya, SPRM membuat intipan dan pemantauan juga dijalankan di pusat operasi sindiket berkenaan malam tadi, dengan beberapa tangkapan dibuat.

“Hampir keseluruhan ahli sindiket berkumpul untuk mengisi borang tender. Serbuan SPRM mengejutkan semua yang hadir dan beberapa tangkapan dibuat,” tambah sumber itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan penangkapan itu dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 dan 18 Akta SPRM 2009.

Azam tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk perintah reman.-FMT

Related Posts:

  • Macau Scam: Kereta Shuib Sepahtu kena sita?Shuib Sepahtu.KUALA LUMPUR – Beberapa keping foto kenderaan mewah dipercayai milik pelawak dan penyampai radio, Shuib kini tular media sosial kerana dipercayai disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Spekulasi it… Read More
  • SPRM siasat dokumen pembelian MPV SADAALOR SETAR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengambil dokumen berkaitan pembelian kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire milik Syarikat Air Darul Aman (SADA).Menurut Pengarah SPRM Kedah, Datuk… Read More
  • Suspek Macau Scam lolos, rosak kredibiliti PDRM, SPRM BANGI, 27 Safar 1442H, Khamis – Kejadian aneh melibatkan suspek utama Macau Scam bergelar Datuk Seri yang melarikan diri daripada ditahan polis, sebaik sahaja dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM… Read More
  • RASUAH:Wujud 'kartel' dalam agensi kerajaanKuala Lumpur: Rasuah dan salah laku individu dalam agensi kerajaan membabitkan banyak pihak boleh mewujudkan 'kartel'.Ia wujud hasil rangkaian kegiatan haram daripada peringkat bawah sehingga atasan.Mendedahkan perkara itu, K… Read More
  • Macau Scam: 10 lagi artis, selebriti akan dipanggil SPRM Kuala Lumpur: Seramai 10 artis dan selebriti lagi dalam senarai terbaru akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram membabitkan kumpulan c… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan