Isnin, 5 April 2021

Kilang Solar Panasonic di Kulim akan ditutup.


Kilang ini dibuka pada tahun 2013 untuk membekal panel solar kepada TESLA tetapi setelah PRU14, Panasonic cuba menjualnya kepada syarikat China pada tahun 2019 setelah kilang itu menjadi tidak lagi kompetitif.

"Mei 2019: Panasonic sells solar factory in Malaysia to new Chinese R&D ally"

https://asia.nikkei.com/Business/Business-deals/Panasonic-sells-solar-factory-in-Malaysia-to-new-Chinese-R-D-ally

Tapi penjualan tersebut gagal. Akibatnya, Panasonic membuat keputusan pada minggu lepas untuk menutup kilang tersebut dan menarik diri dari sektor pembuatan panel solar.

Saya tidak menyalahkan kerajaan PN bagi penutupan ini tapi saya ingin tahu kenapa kilang solar di Malaysia menjadi tidak kompetitif sejak beberapa tahun lalu.

Sedih melihat kilang-kilang di Malaysia ditutup satu persatu baru-baru ini dan saya harap kerajaan akan berjaya mencari pelaburan asing baru untuk menggantikannya agar rakyat Malaysia yang dibuang kerja mendapat peluang pekerjaan baru.

Ataupun ada pengusaha tempatan atau GLC mampu melabur/mengambil alih kilang tersebut dari Panasonic dan menjadikkannya lebih kompetitif di bawah jenama milik Malaysia?

Ramai yang tidak tahu, Malaysia merupakan pengeluar ketiga terbesar di dunia bagi panel solar selepas China dan Taiwan di bawah kerajaan BN dahulu. 

Sebelum tahun 2008, semua ini tidak wujud.

Kilang solar pertama di Malaysia bermula pada 2008, dan sejak itu banyak kilang solar memulakan operasi termasuk di Pulau Pinang, Ipoh, Sarawak, Kedah, Melaka dan Cyberjaya, sekaligus mewujudkan berpuluh ribu peluang pekerjaan dan nilai eksport berbilion setahun.

Salah satu keperluan untuk mengeluarkan panel solar dan teknologi tenaga bersih adalah nadir bumi, bernama Neodymium.

Kilang Lynas di Kuantan adalah pengeluar kedua terbesar Neodymium di dunia. Lynas juga mengeluarkan nadir bumi lain bagi penggunaan produk berteknologi tinggi termasuk elektronik.

https://asmic.akademisains.gov.my/download/RareEarth/RE_Report_Malay.pdf

Visi kerajaan BN dahulu masa saya PM ialah untuk Malaysia cemerlang dalam industri teknologi tinggi dan industri tenaga hijau. 

Sebab itu, industri Solar menjadi salah satu matlamat kita dan akhirnya kita berjaya menjadikan Malaysia sebagai pengeluar ke-3 besar dalam dunia. 

2017:  Malaysia is third largest producer of PV cells 

https://www.thesundaily.my/archive/2193974-XTARCH433330

Oleh kerana saya tahu ada penyokong PH yang akan gunakan peluang mengutuk saya tentang projek solar sekolah di Sarawak yang digunakan sebagai propaganda PH untuk memburukkan saya, saya gunakan peluang ini untuk memberi beberapa fakta:

1. Saya tidak didakwa atau dipanggil sebagai saksi oleh pendakwaraya dalam kes ini walaupun nama saya sering dimainkan dalam media. Kenapa? Kerana apabila saya jelaskan dan tunjukkan bukti dalam mahkamah, propaganda PH akan terbongkar.

2. Syarikat yang diberikan projek bukanlah syarikat sewa kereta seperti dituduh Sarawak Report tapi mereka memang merupakan pembekal diesel dan genset untuk sekolah-sekolah terpencil di Sarawak dari dulu lagi.

Najib minta MOE ikut prosedur dalam minit dalam surat:

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156758911780952

3. RM1.2 bilion tidak pernah dibayar untuk projek ini, Malah, tidak ada satu sen pun pernah dibayar untuk projek solar kerana projek itu memang belum bermula. Yang dibayar adalah kos diesel dan kos genset yang dibekalkan kepada sekolah tiap-tiap bulan sekian lama.

Perkara ini sudahpun dijelaskan dalam mahkamah:

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156815810440952

4. Selepas projek solar ini berakhir, kerajaan akan menjimatkan lebih banyak wang setiap tahun kerana kos pembekalan diesel dan penyelenggaraan genset yang dibayar tiap-tiap tahun sejak berpuluh tahun dahulu akan dijimat.

Tetapi projek telah dihentikan kerajaan PH pada tahun 2018 dengan alasan projek lewat bermula. Projek patut bermula tahun 2017 tapi lewat. Lalu dibatalkan serta-merta selepas PRU14.

Projek terowong ajaib PH lewat 8 tahun untuk bermula boleh pulak.

Lebih lanjut tentang projek solar Sarawak:

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156301564415952


Sumber:Fb Najib Razak

0 ulasan:

Catat Ulasan