Isnin, 5 April 2021

COVID-19: Kes positif global melebihi 131 juta, angka korban lebih 2.85 juta

 COVID-19: Kes positif global melebihi 131 juta, angka korban lebih 2.85 juta

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 554,000 kes. - Foto fail
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 131 juta, berikutan pertambahan ratusan ribu kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 30.70 juta kes diikuti Brazil dan India dengan masing-masing merekodkan 12.95 juta kes dan 12.48 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka empat juta kes adalah Perancis, Rusia dan United Kingdom, sementara Itali, Turki dan Sepanyol melebihi tiga juta kes positif.
Jerman, Colombia, Poland, Argentina dan Mexico mencatat lebih dua juta kes.
Iran, Ukraine, Peru, Afrika Selatan, Indonesia dan Kanada pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Manakala Romania, Belgium, Iraq, Portugal dan Sweden pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka positif di bawah 300,000 kes.

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19  global kini melebihi 131 juta.
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 131 juta.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.85 juta kes.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 554,000 kes diikuti Brazil dengan lebih 330,000 kes, Mexico lebih 204,000 kes.
Manakala India, United Kingdom dan Itali pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Rusia, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Colombia.
Ini termasuk Iran, Argentina, Afrika Selatan, Poland dan Peru manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Indonesia, Ukraine dan Turki.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 ribu kes.
-Astro Awani

0 ulasan:

Catat Ulasan