Isnin, 19 April 2021
Beza besar PN dan PH
Setahu aku, peguam, doktor gigi, arak, judi adalah antara yang dilarang diiklankan di Malaysia. Peguam dan doktor gigi, kita tidak pernah lihat mereka mengiklankan diri. Arak, ya kita pernah lihat dan dibantah oleh PAS dan kumpulan yang membencinya. Pernah terjadi dizaman Pak Lah, iklan arak dalam akhbar tempatan berbahasa Inggeris yang sengaja diletakkan bersebelahan dengan gambar PM. Kurang ajar.
Manakala judi pula, keputusan nombor ekor tetap ada di akhbar-akhbar. Walaupun keputusan nombor itu bukanlah mengiklan, tetapi ia tetap seperti hebahan atau ajakan kepada orang untuk berjudi. Sebelum itu, cabutan loteri kebajikan pernah dibuat secara terbuka di kaca TV pada sekitar 70-an. Termasuk juga iklan arak ketika itu.
Kini, iklan judi secara berani, dibuat oleh sekumpulan orang yang mana pelakonnya ialah orang Islam (menurut pemakaiannya). Lalu ada orang segera sinis dengan PAS, dengan mengatakan, order 355 dapat 333. Beza yang tiada reti mereka lihat. Setiap perbuatan jenayah atau menyalahi undang-undang, akan dirancang di belakang tabir. Setelah itu rancangan pun dilaksanakan. Kemudian, baharulah pihak berkuasa tahu.
Jika jenayah atau salah laku dirancang, sedang ia dalam pengetahuan pihak berkuasa, maka sudah tentulah tindakan akan diambil terlebih dahulu sebelum ia disiarkan. Sama juga ketika zaman PH, pastinya ada jenayah yang sesudah dilaksanakan, baharulah ia diketahui. Yang membezakan antara PH dan PN yang ada di dalamnya PAS ialah, PAS konsisten menentang segala perbuatan yang melanggar hukum samada bantahan itu secara dalaman sebagai kerajaan atau secara luaran sebagai NGO pendesak.
Manakala PH pula, entahlah. Nak sebut pun tak sampai hati, tapi semua orang boleh nampak macamana dan apa yang berlaku ketika 22 bulan itu. Jadi sia-sia PH menyindir PAS kerana sekarang sudah penuh di media sosial bantahan PAS terhadap iklan itu, aduan kepada menteri dan juga doa-doa daripada orang yang berpuasa bagi menyelamatkan Malaysia.
PH ada buat bantahan tak? Atau lebih selesa menyindir orang yang membantah? Kalau begitu, ingatlah kisah penduduk di sebuah kampung di tepi pantai dalam surah al-A'raf yang telah menjadi kera dan babi dua dari tiga golongan. Golongan pertama, pembuat dosa, golongan kedua yang melarang pembuat dosa dan golongan ketiga yang memarahi golongan kedua yang melarang itu. Golongan pertama dan ketiga menjadi kera dan babi. Pilihlah yang mana satu. PAS tetap istiqamah menjadi golongan kedua. Sebab itu bantahan dalam dan luar, konsisten kita suarakan.
Mohd Nasir Abdullah
Related Posts:
“Sikit-sikit sekolah vernacular,” Prof Ridhuan Tee berang dengan dasar ultra kiasu Belanjawan yang memahami keutamaan, barulah win…. Ini tidak, sikit-sikit sekolah vernakular?Apabila kerajaan tidak sebut nama sekolah vernakular dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SPMC) secara spesifik dalam B… Read More
Kajian Segera Mengapa Penguasa Melayu Gemar Menindas Bangsa SendiriTragedi demi tragedi yang berlaku di Selangor dan negeri-negeri lain ketika ini memerlukan kajian saintifik segera bagi mencari punca-punca mengapa berlakunya fenomena para penguatkuasa, penguasa dan ahli politik Melayu begit… Read More
Anwar ibarat ‘bahtera hampir tenggelam’ yang mengidam jawatan PM, kata HadiAbdul Hadi Awang.PETALING JAYA: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, menuduh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai lebih asyik dengan jawatan perdana menteri daripada memberi tumpuan kepada wabak Covid-19 yang semakin memburuk.B… Read More
Awas! Karbon monoksida pembunuh senyap KUALA LUMPUR: Keracunan karbon monoksida boleh terjadi walaupun dalam kuantiti yang sedikit dan ia adalah punca utama kecederaan dan kematian akibat keracunan di seluruh dunia.Laman Facebook Public Health Malaysia (PHM)… Read More
Hukum memakai topeng muka(facemask)ketika solat.HUKUM MEMAKAI MASK KETIKA SOLAT Soalan: Assalamualaikum tuan, apakah hukumnya solat seseorang dalam keadaan mulutnya tertutup seperti memakai topeng yang menutup mulut atau menutupnya dengan serban. Jawapan: Alhamdulillah… Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan