Isnin, 25 Mei 2026

Lim Guan Eng minta syarat 50% ekuiti bumiputera dikurangkan semula kepada 30%

 


Makin hari, saya rasa tahap sabar rakyat sedang diuji.

Tujuan saya menulis ini bukan untuk menghasut kebencian kepada sesiapa. 

Tujuan saya ialah untuk menyedarkan rakyat bahawa isu ini bukan sekadar isu politik biasa.

Saya menulis ini kerana saya mahu rakyat bangun dari tidur. Bangun dari percaya bahawa setiap isu ekonomi hanyalah isu teknikal.

Bangun dari percaya bahawa bila ahli politik bercakap tentang “pelabur”, “pasaran” dan “keyakinan ekonomi”, semuanya semestinya demi rakyat.

Tidak semestinya.

Kadang-kadang di sebalik bahasa yang nampak bijak, ada masa depan bangsa yang sedang dirunding perlahan-lahan.

.

.

.

Ini bukan sekadar Lim Guan Eng tidak setuju satu dasar.

Ini tentang masa depan pemilikan ekonomi Bumiputera.

Setiap kali isu melibatkan masa depan Bumiputera, mesti ada sahaja suara yang mahu kita berundur.

Bila pegangan Bumiputera mahu diperkuatkan, mereka kata pasaran terganggu. 

Bila aset besar negara mahu dijaga, mereka kata pelabur tidak selesa.

Bila dasar cuba memastikan Bumiputera tidak terus tertinggal dalam pemilikan ekonomi, mereka minta kerajaan tarik balik.

Persoalannya, sampai bila Bumiputera mahu disuruh mengalah?

Pemimpin kanan DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan menarik balik dasar pelupusan aset hartanah bernilai lebih RM20 juta oleh GLC dan GLIC, yang hanya membenarkan penjualan kepada syarikat dengan lebih 50% pegangan Bumiputera.

Contoh nak mudah faham,

Syarikat A mahu beli aset besar GLC/GLIC bernilai lebih RM20 juta.

Kalau syarat 50% Bumiputera,

Bumiputera mesti jadi pemegang majoriti atau sekurang-kurangnya pegangan dominan dalam syarikat itu.

Kalau syarat 30% Bumiputera,

Bumiputera hanya perlu ada 30%. Baki 70% boleh dikuasai pihak lain.

Jadi makudnya,

Daripada Bumiputera menjadi pihak yang kuat dalam pemilikan, Bumiputera boleh kembali menjadi pihak minoriti sahaja.

Kalau aset besar milik GLC atau GLIC mahu dijual, kerajaan mahu pastikan pembelinya ada pegangan Bumiputera yang kuat.

Ini bukan jual beli rumah biasa.

Ini tanah besar.

Bangunan besar.

Hartanah mahal.

Aset strategik.

Ini aset yang berkait dengan kerajaan dan kepentingan rakyat.

Jadi kenapa dasar seperti ini mahu ditarik balik?

Kalau aset besar milik GLC dan GLIC pun tidak dijaga supaya Bumiputera ada pegangan kukuh, di mana lagi masa depan ekonomi Bumiputera mahu dibina?

Kita selalu dengar orang kata,

Bumiputera kena maju.

Kena berdikari.

Kena ada ekonomi yang kuat.

Kena bersaing.

Tetapi bila ada dasar yang cuba memastikan Bumiputera memiliki aset besar, terus ada suara mahu ia dilemahkan.

Ini yang rakyat kena faham.

Isu ini bukan sekadar 30% atau 50%.

Ini isu siapa yang akan memiliki aset negara untuk 20, 30, 50 tahun akan datang.

Sebab dalam ekonomi sebenar, yang kuat bukan sekadar orang yang bekerja.

Yang kuat ialah orang yang memiliki.

Siapa memiliki tanah, dia ada kuasa.

Siapa memiliki bangunan, dia ada hasil.

Siapa memiliki hartanah strategik, dia ada pengaruh.

Siapa memiliki aset besar, dia lebih kuat menentukan masa depan.

Kalau Bumiputera hanya menjadi pekerja, penyewa, pembeli dan pengguna, lama-lama kita akan lemah di tanah sendiri.

Kita akan jadi ramai dari segi jumlah, tetapi kecil dari segi pemilikan.

Ramai pada angka, tetapi lemah pada kuasa.

Inilah kesan jangka panjang yang rakyat kena nampak.

Kesan dasar seperti ini bukan nampak esok pagi.

Kesannya mungkin 20 atau 30 tahun lagi.

Waktu itu, anak cucu Bumiputera mungkin masih tinggal di Malaysia, tetapi semakin sedikit memiliki Malaysia.

Mereka lahir di tanah ini, tetapi tanah strategik bukan milik mereka.

Mereka bekerja di bangunan besar, tetapi bangunan itu bukan milik mereka.

Mereka berniaga, tetapi ruang niaga terpaksa disewa dengan harga tinggi.

Mereka belajar tinggi, tetapi peluang besar sudah dikuasai kelompok yang lebih kuat modalnya.

Akhirnya Bumiputera menjadi ramai pada angka, tetapi kecil pada kuasa.

Ramai sebagai pekerja.

Ramai sebagai penyewa.

Ramai sebagai pengguna.

Tetapi sedikit sebagai pemilik.

Inilah yang paling bahaya.

Sebab bangsa yang tidak memiliki aset, lama-lama tidak menentukan arah masa depannya sendiri.

Nanti anak cucu kita hanya mampu bertanya,

“Kalau ini tanah air kita, kenapa kita hanya mampu menumpang?”

Inilah yang kita tidak mahu.

Kita tidak mahu generasi akan datang mewarisi kata-kata yang besar,

“Tanah Melayu.”

“Hak Bumiputera.”

“Memperkasa bangsa.”

Tetapi apabila mereka buka mata, 

aset strategik sudah terlepas, harga tanah sudah tidak tercapai, ruang ekonomi sudah sempit, dan mereka hanya menjadi penonton di tanah sendiri.

Kita bukan anti-pelabur.

Kita bukan anti-kaum lain.

Kita bukan anti-kemajuan.

Tetapi kita menolak pemikiran bahawa setiap kali mahu menjaga hati pelabur, Bumiputera mesti berundur.

Negara ini boleh maju tanpa melemahkan Bumiputera.

Pelabur boleh datang tanpa hak pemilikan Bumiputera dikendurkan.

Pasaran boleh bergerak tanpa aset strategik negara dilepaskan begitu sahaja.

Namun kita juga mesti bertegas.

Dasar Bumiputera tidak boleh menjadi alasan untuk mengkayakan elit tertentu sahaja.

Jangan guna nama Bumiputera, tetapi manfaatnya hanya berpusing dalam tangan orang kaya yang sama.

Kalau ada kelemahan, baiki pelaksanaannya.

Kalau ada ketirisan, tutup ruang salah guna.

Kalau ada kroni, lawan kronisme.

Tetapi jangan lemahkan prinsip asasnya.

Sebab aset strategik negara bukan barang lelong biasa.

Bukan sekadar transaksi.

Ia amanah masa depan.

.

.

.

Lim Guan Eng , anda boleh minta.

Tetapi kerajaan tidak wajib tunduk kepada semua tuntutan anda.

Dan kami berhak bertanya,

Sampai bila dasar masa depan kami mahu dirunding setiap kali ada pihak tidak selesa?

Maka PRU akan datang, rakyat perlu ingat.

Jangan beri mandat kepada sesiapa yang berani melemahkan dasar pemilikan Bumiputera.

Jangan juga beri jalan mudah kepada mana-mana pihak yang terus bersekutu dengan mereka, tetapi diam apabila hak Bumiputera dipersoalkan.

Undi bukan sekadar pilihan politik.

Undi ialah amanah untuk menentukan siapa yang kita izinkan menjaga masa depan anak cucu kita.

Kalau hari ini kita tidak tegas menjaga pemilikan Bumiputera, jangan hairan kalau generasi akan datang mewarisi negara yang namanya milik mereka, tetapi kuasanya bukan lagi di tangan mereka.

Bumiputera tidak minta memijak hak orang lain.

Bumiputera cuma tidak mahu masa depan anak cucu mereka tergadai di tanah air sendiri.

Syahirah Omar

0 ulasan:

Catat Ulasan