Oleh: Mohd Fadli Salleh
1. Pengasas Dong Zong, Lim Lian Geok dilucutkan kewarganegaraan pada tahun 1961 (pelaksanaan sebenar pada 1964) manakala Penasihat Dong Zong, Dr Yen Yuen Chang yang menetap di Singapura diharamkan masuk ke Tanah Melayu.
2. Mereka berdua dikenakan tindakan tegas kerana lantang menentang Dasar Pendidikan Kebangsaan.
3. Dr Yen merupakan perancang utama disebalik gerakan membantah Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961.
4. Perdana Menteri pada masa itu ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj manakala Menteri Pelajaran pula ialah Datuk Haji Abdul Rahman bin Haji Talib.
5. Kerajaan pada masa itu sangat serius dan tegas hendak menyatukan rakyat Malaysia di bawah sistem pendidikan yang seragam.
6. Namun hasrat kerajaan ditentang hebat oleh Persatuan Dong Jiao Zong yang diasaskan oleh Lim Lian Geok manakala Dr Yen Yuen Chang pula sebagai Penasihat pertubuhan itu.
7. Sehubungan dengan itu, kerajaan melucutkan kewarganegaraan Lim dan mengharamkan Dr Yen masuk ke Tanah Melayu pada 1961. Tindakan tegas itu menunjukkan betapa kerajaan pada masa itu sangat serius dalam agenda perpaduan dan pendidikan.
8. Selepas tindakan tegas itu dilaksanakan, pemimpin serta ahli persatuan Dong Jiao Zong mula 'kendur' dan tidak lagi lantang menentang dasar kerajaan.
9. Semua yang ditulis dari point 1-8 merupakan ringkasan fakta sejarah tanpa tokok tambah atau provokasi.
10. Sehingga hari ini, Dong Zong sangat banyak membantah pelbagai dasar kerajaan dalam pendidikan khususnya.
11. Antaranya Dong Zong bertanggungjawab membantah tulisan Jawi, bantahan terhadap PPSMI di Sekolah Cina, membantah Sekolah Wawasan yang dah diluluskan kabinet dan jemaah menteri, mendesak kerajaan mengiktiraf UEC sejak tahun 1975 lagi.
12. Alangkah bagusnya jika kerajaan hari ini dan akan datang bertegas dalam semua dasar kerajaan terutamanya dalam pendidikan setegas Tunku Abdul Rahman suatu ketika dahulu.
13. Aku berpandangan sekiranya kerajaan sangat tegas dalam melaksanakan dasar, melucutkan kewarganegaraan bagi mereka yang menentang perpaduan dan dasar pendidikan, rasanya tidak ada yang berani melampau batas dalam urusan negara. Ia telah dibuktikan 60 tahun lepas.
14. Artikel ini tiada kaitan dengan politik atau kaum, ia adalah fakta mengenai sejarah Dasar Pendidikan Kebangsaan yang tersimpan dalam arkib negara buat selamanya. Sesiapa sahaja boleh akses dan mencari maklumat ini di internet.
Begitulah.
#MFS









0 ulasan:
Catat Ulasan