KUALA LUMPUR: Biarpun mendapat bantahan Kumpulan G25, kerajaan akan tetap melakukan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Semakan 1988) (Akta 355) bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu terbabit kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad berkata, ia akan diteruskan kerana budaya LGBT bukan hanya menjadi satu kesalahan dari segi syarak dan undang-undang Islam malah bertentangan dengan fitrah manusia.
“Seperti mana kita tahu dari satu sudut budaya LGBT bukan hanya bertentangan dengan ajaran Islam, malah bertentangan fitrah manusia.
“Jadi kita tidak boleh mengiyakan (menerima) pembuatan seperti itu cuma kita kena kendalikan isu berkenaan dengan penuh hikmah, mengajak dan mendidik mereka (golongan LGBT) kembali ke pangkal jalan serta sama-sama membetulkannya,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan