
Pakar Motivasi, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila sebuah lagi videonya tular dalam media sosial kerana beliau seolah-olah merendah-rendahkan martabat wanita bekerjaya.
Muhaya dalam video tu mempersoalkan sumbangan wanita berpendidikan tinggi dalam kalangan masyarakat sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Bonda nak tanya sekarang ini, orang yang ada akademik tinggi-tinggi dapat apa semasa PKP ini? Bagi tahu saya.
“Apa manfaat yang hendak diberi? Jangan nak bajet bagus kata ‘saya pandai’ atau ‘saya ada kelulusan Doktor Falsafah (PHD). Apa manfaatnya kepada orang?” soalnya dalam video tersebut.
Muhaya terus dikecam oleh netizen kerana ramai yang mempersoalkan gelaran profesor dan doktor yang dimilikinya selain beliau juga merupakan seorang pakar mata.
“Tapi dia profesor. Maka, membazir sajalah dia dapat gelaran profesor itu,” kata salah seorang netizen. Manakala, ramai juga yang berkata mereka menjadi bekerjaya untuk membantu keluarga sendiri tanpa menyusahkan suami dan orang lain.
“Wanita yang bekerjaya sanggup tinggal anak bukan untuk mengejar impian dia sahaja. Awak lupa ke wanita ini juga mempunyai mak, ayah dan adik-beradik sendiri. Siapa yang nak bantu mereka kalau mereka perlukan duit? Nak harap duit suami?” soal salah seorang netizen.
Terdahulu, ramai juga yang menyokong kenyataan Muhaya yang berkata wanita perlu bersifat ‘bodoh-bodoh sikit’ demi mencari jodoh. Kali ini, seorang netizen yang memuat naik video itu di laman Twitter berkata dirinya menjadi lebih keliru dengan kenyataan beliau dalam keseluruhan video.
“Ramai kata kebanyakan daripada kita salah faham ayat buat bodoh-bodoh Prof Muhaya, maka, disuruh tonton video penuh. Okay, tapi setelah tonton video penuh, lagi berkerut dahi dan tergaru kepada pula sebenarnya. Bukan pasal bodoh-bodoh tu pun. Entahlah,” katanya dalam ciapan tersebut.
Kenyataan Muhaya sekali lagi menimbulkan perdebatan netizen sejak beberapa hari lalu.
-Anak Sungai Derhaka
Related Posts:
Alat navigasi tersilap, lelaki hampir nikahi wanita lainPengantin lelaki dan rombongannya tersilap rumah menarik perhatian netizen. - Foto TribunnewsJAWA: Gara-gara tersilap menggunakan navigasi Google Maps, seorang pengantin lelaki bersama rombongan tersilap hadir di rumah p… Read More
Langgar SOP:Neelofa tawar bantu bayar kompaun peniaga burgerNeelofa (kanan) bersedia untuk membantu Wan Mohd Faisal membayar jumlah kompaun yang dikenakan kepadanya. - Foto NSTPKota Bharu: "Saya menghargai tawaran Neelofa yang mahu membantu menyelesaikan kompaun RM50,000 yang dikenaka… Read More
Azmin bersyukur hujan turun ketika berumrah di Mekah, namun diserang kaw-kaw oleh netizen Walaupun Datuk Seri Mohamed Azmin Ali cuba menunjukkan beliau bersyukur kerana hujan turun ketika beliau berada di Tanah Suci Mekah semalam, netizen tidak pernah memberi peluang kepada beliau. Mereka menyerang Menteri Pe… Read More
“Setakat Kecam Di Media Sosial Apa Lah Sangat…”-Janna NickSejak kebelakangan ini ada sahaja kontroversi terpalit pelakon dan pengacara Janna Nick. Baru-baru ini, video dirinya didukung oleh kekasihnya, Dini Schatzmann menimbulkan rasa kurang senang netizen.Sepert… Read More
Tukang masak Singapura dikecam gelar KhairulAming ‘Mr. What’s-Up-Guys’ Tangkap layar ciapan Ghazalee mengenai satu video masakan yang dimuat naik KhairulAming.PETALING JAYA – Selebriti media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman, 29, atau lebih dikenali sebagai KhairulAming mendapat perhatian … Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan