Kuala Lumpur: Siapa mampu menduga wabak Covid-19 boleh sampai sehingga ke puncak tertinggi di dunia, Gunung Everest, terima kasih kepada pendaki yang membawa virus bersama mereka.
Berita itu mengejutkan Datuk M Magendran dan Datuk N Mohanadas, rakyat Malaysia pertama yang menjejakkan kaki ke puncak Everest pada 1997, sekali gus menggugat rancangan untuk meraikan ulang tahun ke-25 pencapaian mereka pada tahun depan.
"Andai wabak di Kem Pangkalan Everest (EBC) masih berterusan, tiada tanda berkurangan, kami mungkin akan membatalkan hasrat kami dan mencari cara lain untuk meraikannya," kata Magendran kepada Bernama.
Magendran dan Mohanadas awalnya merancang untuk meraikan sambutan jubli perak kejayaan mereka bersama rakan dari Malaysia di EBC pada 23 Mei 2022 dan persiapan sambutan itu telah dimulakan tahun lalu.
Beberapa syarikat pengurusan acara turut menunjukkan minat menjadikannya sebagai program untuk menarik penyertaan golongan belia.
Magendran, rakyat Malaysia pertama menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest, 15 minit sebelum rakan sepasukannya Mohanadas pada 23 Mei 1997.
Perancangan awal adalah untuk membawa bersama sekurang-kurangnya 50 rakyat Malaysia untuk mengikuti ekspedisi itu.
Walaupun wabak mungkin akan berakhir sebelum itu, masih tidak dapat dipastikan sama ada rancangan mereka akan diteruskan.
"Walaupun wabak global itu mungkin berakhir tahun ini, kita masih sukar untuk dapatkan penaja memandangkan ekonomi belum pulih sepenuhnya," kata lelaki berusia 57 tahun itu yang kini menjadi pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.
Menurut laporan media antarabangsa, wabak Covid-19 di Gunung Everest sudah menjangkiti sekurang-kurangnya 100 pendaki dan staf sokongan.
Pendaki warga asing merupakan sumber pendapatan utama bagi kerajaan Nepal. Everest ditutup tahun lalu dan dibuka semula untuk musim pendakian tahun ini.
Tahun ini pihak berkuasa Nepal melonggarkan peraturan kuarantin untuk menarik kunjungan pendaki luar dan sudah mengeluarkan permit pendakian kepada lebih 400 orang.
Pada April, seorang pendaki Norway menjadi orang pertama yang positif virus itu di EBC. Dia diterbangkan dengan helikopter ke Kathmandu, dirawat sebelum dihantar pulang ke negara asal.
Sementara itu, Mohanadas setuju dengan Magendran yang mereka mungkin akan menunda atau membatalkan sambutan itu andai situasi pandemik bertambah buruk.
"Sempena sambutan jubli perak, kami merancang menganjurkan ekspedisi 16 hari ke EBC di Nepal dari 14 Mei hingga 29 Mei 2022 dan sampai di EBC pada 23 Mei. Namun, ia bergantung kepada peraturan perjalanan antarabangsa dan pembukaan sempadan," katanya.
Megimbau detik menawan puncak Everest pada 1997, Mohanadas terharu dengan sokongan diberikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika itu Menteri Belia dan Sukan.
"Muhyiddin menjadi peneraju Malaysia-Everest Project 97 dan jerayawara diadakan di seluruh Malaysia untuk berkongsi pengalaman menakluki puncak Everest," katanya.
Buat Magendran pula, antara pengalaman tidak dapat dilupakan olehnya dan rakan sepasukan ialah mereka pulang ke Malaysia menaiki pesawat yang sama dengan -myMetro
0 ulasan:
Catat Ulasan