SEVILLE, Sepanyol: Bintang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo diejek peminat selepas dia 'dimalukan' penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois.
Penyerang Juventus itu tampil dengan misi untuk memecahkan rekod penjaring terbanyak dunia pada pertemuan dengan Belgium dalam aksi pusingan 16 terbaik Euro 2020, di sini, sebentar tadi.
Bagaimanapun, pemenang anugerah Ballon d' Or sebanyak lima kali itu dikecewakan menerusi jaringan Thorgan Hazard bagi membantu Belgium menewaskan Portugal 1-0.
Terdesak bagi memecahkan rekod dunia, Ronaldo, 36, dilihat mengejar bola dari setiap sudut dalam perlawanan berkenaan.
Namun, usaha itu membuatkan muka Ronaldo merah padam sebelum tamat babak pertama ketika dia mahu memberi tekanan kepada Courtois. Ronaldo mengharapkan Courtois melakukan kesilapan ketika dia memberi tekanan kepada penjaga gol Real Madrid itu.
Bagaimanapun, Courtois yang kelihatan tenang berjaya menggelecek legenda Portugal itu bagi mengekalkan penguasaan bola dikakinya. Peminat seluruh dunia yang menyaksikan perlawanan berkenaan menjadikan situasi itu sebagai bahan untuk mengejek Ronaldo.
Seorang peminat berkata: "Courtois hantar Ronaldo balik ke Turin."
Seorang lagi berkata: "Courtois bikin Ronaldo malu."
Aksi tenang Courtois itu bukan sahaja bikin Ronaldo malu tetapi ia turut menjadi penggerak terhadap gol pembukaan Belgium. - AGENSI
Courtois dribble on Ronaldo leading to a Belgium goal. You love to see it#BELPOR pic.twitter.com/7oX3wt9LnZ
— Rafeh FCB (@RafehFCB10) June 27, 2021
-BH Online
0 ulasan:
Catat Ulasan