Isnin, 14 Jun 2021

KERAJAAN GAGAL DARI SUDUT MANA?

 


SESETENGAH pemimpin yang hanya tahu mencarut, troll, TIDAK menyebutpun, kerajaan gagal daripada sudut mana?

Jumlah jangkitan covid-19?, kematian kerana virus tersebut? Pemvaksinan? Bantuan kepada rakyat terkesan? Pelonggaran pada aktiviti ekonomi? Atau daripada sudut mana?

Sejak pandemik covid-19 yang berasal daripada Wuhan, China muncul pada Disember, 2019, TIADA satu negarapun bebas daripada virus tersebut, termasuk negara adikuasa, seperti Amerika Serikat, United Kingdom, malah negara China.

Negara-negara pengeluar vaksinpun, masih bergelut dengan virus tersebut, malah semalam, dikatakan UK akan berdepan jangkitan gelombang baharu, dianggarkan boleh mencecah 100,000 jangkitan sehari pada julai, kerana varian berasal daripada India.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah mewarisi penularan jangkitan dalam negara, akibat ketidak cekapan kerajaan lalu, termasuk keenggan kerajaan menghalang kemasukan pelancong daripada negara asal virus, China, dengan alasan, jangkitan dalam negara belum kritikal, malah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan masa itu, dengan gah menyatakan, bahawa negara mampu berhadapan dengan virus tersebut.

Dua minggu kerajaan PN dibentuk, dilaksanakan PKP1.0. Berbagai SOP dirangka selari dengan nasihat WHO. Kerana rakyat sanggup mengorbankan kebebasan, maka patuh SOP dan PKP1.0. Hasilnya, jangkitan dapat dilandaikan, sehinggakan jangkitan hanya satu (seluruh negara) pada 1 julai, 2020. Melihat pencapaian kerjaan tersebut, maka TIDAK timbul KERAJAAN GAGAL.

Penulis, hanya melihat SATU kegagalan kerajaan PN, apabila gagal MENGHALANG PRN-16 Sabah. Bukan sahaja KERAJAAN, malah MAHKAMAH (khusunya hakim yang membuat keputusan).

Kerajaan mempunyai kekangan menghalang PRN-16, kerana terbentur dengan KUASA TYT SABAH, Selain TIADA kuasa mencampuri MAHKAMAH.

Jikalau lah TYT Sabah, dan hakim mahkamah mengambil kira betapa seriusnya ANCAMAN covid-19, sudah PASTI PRN-16 tidak berlaku.

Ada yang berhujah, jika KERAJAAN Warisan pimpinan Datuk Shafie Apdal dibiarkan memerintah, maka TIDAK akan ada PRN-16 Sabah. Tetapi mereka itu, TIDAK menerima HAKIKAT, semakin LAMA kerajaan Warisan yang diterajui Shafie memerintah, maka SEMAKIN besar kerosakan akan berlaku, BUKAN sahaja berkaitan ekonomi, akan tetapi undang-undang, kewangan, malah pentadbiran.

Kerajaan Shafie, adalah kerajaan bertindak HENTAM KEROMO.

Cuba bayangkan, kadar pertumbuhan ekonomi Sabah pada tahun 2017, di atas 8%, tetapi sebaik memerintah, kadar pertumbuhan ekonomi Sabah merudum kepada 1.5% pada tahun 2018, sedangkan tiada ancaman apa-apa terhadap kesihatan ataupun ekonomi. Bukan itu sahaja, kadar ekonomi Sabah tahun 2019, turun lagi kepada 0.5%, sedangkan tiada bencana apa-apa yang sedang berlaku dalam negeri, negara malah dunia.

Dalam keadaan demikian, hanya pemimpin dan wakil rakyat yang sebulu dengan Shafie boleh menerima, manakala sebahagian besar pemimpin dan wakil rakyat tidak.

Ekoran prestasi kerajaan Warisan pimpinan Shafie yang begitu buruk, maka jika diteruskan, akan membawa malapetaka kepada rakyat Sabah secara keseluruhan. Atas asas tersebut, maka 33 ADUN yang diketuai Tan Sri Musa Aman, memohon untuk membentuk kerajaan baharu negeri Sabah pada 29 Julai, 2020. Namun, permintaan tersebut tidak dilayan, malah TYT membubarkan DUN Sabah, untuk PRN-16 Sabah.

Pembubaran DUN tidak sepatutnya dilakukan, kerana penggal ke-15 Sabah masih jauh daripada berakhir, iaitu pada pertengahan tahun 2023.

Telah diketahui, akibat PRN-16 Sabah, maka jangkitan Covid-19 terus mencanak, sehinggakan proklamsi darurat dan PKP3.0 terpaksa dilaksanakan.

Melihat rentetan, pendekatan kerajaan PN sejak Mac, 2020 sehingga kini, TIDAK timbul istilah KERAJAAN GAGAL.

Tidak dinafikan terdapatnya BERBAGAI kelemahan, al-maklum lah, INI lah pertama kalinya, kerajaan atau pemimpin negara ini berhadapan PANDEMIK. Tiada kerajaan atau pemimpin di negara ini pernah menghadapinya. Juga, berhadapan dengan pandemik ini, negara-negara yang pernah menghadapinya 100 tahun yang lampu, pun, bukan sahaja bergelut, akan tetapi SANGAT terkesan, bukan sahaja bilangan jangkitan akan tetapi kadar kematian yang tinggi.

Kena adil lah pada KERAJAAN hari ini, jangan TERLALU mudah TROLL #KERAJAANGAGAL, hanya kepentingan POLITIK masing-masing.

-Suara Rakyat

0 ulasan:

Catat Ulasan