Rabu, 9 Jun 2021

COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 173.7 juta, korban 3.74 juta

COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 173.7 juta, korban 3.74 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 173.7 juta kes. -Reuters
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 173.7 juta kes.
Jumlah jangkitan menunjukkan kadar setara berbanding sebelum ini dengan lebih 300,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.38 juta kes.
Ini diikuti India dengan 28.99 juta kes dan Brazil dengan lebih 16.98 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis, Turki dan Rusia.
United Kingdom dan Itali pula catat kes melebihi 4 juta.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 3.74 juta kes.
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 598,000.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 474,000 kes, India lebih 351,000 kes, Mexico lebih 228,000 kes.
Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
-AstroAwani

0 ulasan:

Catat Ulasan