SEBERANG PERAI – Pulau Pinang melahirkan varieti baharu durian selepas nama Tupai 226 didaftarkan secara rasmi pada Februari lalu yang bakal mencabar populariti Musang King.
Varieti yang lebih popular dengan nama durian Tupai King itu dijangka menjadi tarikan terkini dalam kumpulan durian popular seperti Raja Kunyit atau dikenali sebagai Musang King dan Duri Hitam kerana rasanya yang unik.Dalam perkembangan berbeza, Mohd. Muhaimin berkata, pihaknya mencatatkan pengeluaran hasil durian di negeri ini secara konsisten tiga tahun kebelakangan ini iaitu 10,491 tan pada 2018, 13,158 tan (2019) dan 14,946 tan (2020).
“Dengan pertambahan tanaman durian dan input pertanian daripada kerajaan seperti baja dan racun kawalan perosak, dijangkakan pengeluaran durian di Pulau Pinang tahun ini sama seperti tahun lalu,” tambahnya.
Anggaran harga cecah RM100 sekilogram
Harga bagi sekilogram durian Tupai 226 atau Tupai King dijangka mencecah anggaran RM100.
Individu yang mendaftarkan varieti itu, Chew Chee Wan, 53, berkata, durian itu dijangka memberi saingan kepada durian premium sedia ada iaitu Musang King dan Duri Hitam berdasarkan respons diberikan penggemarnya.
Tupai King sudah ada pelanggan setia sejak 10 tahun lalu, dan rata-rata ‘hantu’ durian mengakui kombinasi rasa manis dan pahit yang tajam memberikan kenikmatan.
“Selepas semakin komersial nanti, saya jangka ia mampu berlawan dengan harga durian Duri Hitam yang ketika ini paling mahal di Malaysia, apatah lagi harga Tupai King semakin meningkat,” katanya yang menjalankan perniagaan di Jalan Paya Terubong di Relau, Bayan Lepas.
Katanya, pada musim durian tahun lalu dia menjual Tupai King pada harga RM70 sekilogram, Musang King (RM60) dan Duri Hitam (RM100).
“Saya jangka harga durian Tupai King tahun ini mencecah RM100 sekilogram,” katanya.
Katanya, pengeluaran Tupai King dijangka berskala lebih besar dan komersial lima tahun lagi berikutan ramai pekebun durian dari seluruh negara telah mula menanam anak pokok durian itu sejak lebih lima tahun lalu.
“Ketika ini, hanya saya yang mengeluarkan durian Tupai King sejak kira-kira 10 tahun lalu dan tahun lalu menghasilkan 1,000 biji sahaja daripada 16 pokok yang sudah matang.
“Saya jangka lima tahun lagi, ia akan banyak seperti durian lain selepas pokok yang ditanam pekebun mula mengeluarkan hasil,” katanya ~ K!
0 ulasan:
Catat Ulasan