Rabu, 9 Jun 2021

MENGAPA DARURAT MENGANGGU ANWAR?

MENGAPA isu darurat mengganggu Anwar? sehinggakan semasa menghadap SPBA pagi tadi memohon Baginda jangan melanjutkan tempoh darurat jika dipohon oleh kerajaan.

Memang diakui, semasa darurat ini, sidang parlimen dan DUN dibekukan, manakala aktivti-aktiviti lain dibenarkan, kecuali yang berkaitan PKP.

Proklamsi darurat, bertujuan, agar kerajaan tidak terganggu menangani pengurusan melawan Covid-19.

Memang, proklamasi darurat mempunyai misi serampang dua mata. Pertama memberi peluang kepada kerajaan mengurus pandemik covid-19 tanpa gangguan dan kedua salah satu kaedah mengelak pembubaran parlimen, kerana kerajaan tumbang.

Dalam keadaan pandemik, jika berlaku kemelut politik, maka bakal menjahanamkan rakyat. Sebagai bukti, hanya kurang seminggu (24-29 Februari, 2020) ketiadaan kerajaan, jangkitan covid-19 menular bagaikan kilat.

Cuba bayangkan, jika dalam keadaan jangkitan yang mencanak naik, kemelut politik berlaku sehinggakan tumbangnya kerajaan. Sudah pasti, penularan virus tidak dapat dibendung.

Contoh yang paling segar di depan mata, adalah impak PRN-16 Sabah. Akibat PRN tersebut maka menyebabkan gelombang jangkitan covid-19 di seluruh negara dan berlanjutan sehingga Kerajaan terpaksa melaksanakan PKP3.0.

Muslihat Anwar, apabila tiada darurat, maka proses menumbangkan kerajaan boleh digerakkan.

Sejak daripada awal telah dijelaskan bahawa pengisytiharan itu perlu kerana Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak lagi memadai untuk membendung penularan virus yang semakin buruk kerana akta itu memerlukan prosedur yang mungkin memakan masa dan keputusannya melibatkan perbincangan yang panjang.

Tanpa darurat maka ketiadaan remedi yang cepat dan efisien. Pengisytiharan darurat adalah penting. Sebagai contoh, dengan deklarasi perintah itu, hospital swasta kini boleh diarahkan mengambil kes-kes Covid-19. Ini hanyalah satu contoh pihak eksekutif boleh memberi arahan tanpa memerlukan proses birokrasi.

Dalam keadaan sekarang apabila negara berhadapan dengan pandemik yang semakin parah, keputusan perlu dibuat serta-merta. Mereka yang fikir bahawa darurat ini bermotifkan politik, pandangan mereka itu adalah salah. Malah, ia dilihat mencabar kuasa Agong yang secara jelas diperuntukkan dalam Perlembagaan..

Pada masa ini, orang ramai masih menjalankan kehidupan harian seperti biasa (semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan), jadi dapat dikatakan bahawa proklamasi darurat bukanlah masalah kepada kebanyakan rakyat Malaysia.

Di bawah ordinan darurat, kerajaan mempunyai kuasa untuk mengarahkan hotel atau bangunan lain untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin. Kaedah sama juga perlu digunakan kepada bank-bank agar orang ramai dapat melihat manfaat daripada perintah darurat.
Pada 12 Januari, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat yang berkuat kuasa hingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung pandemik Covid-19 yang semakin serius di Malaysia.

-Suara Rakyat

Related Posts:

  • Tindakan Disiplin Terhadap Ku Li Wajar SHAH ALAM – Tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan sidang akhbar bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menolak Belanjawan 2021 akan dibincangkan dalam mesyuarat… Read More
  • Lulus Bajet:Penamat dalam usaha Anwar jadi PM? Penganalisis berkata, sokongan diraih Anwar Ibrahim terhad kepada 108 Ahli Parlimen yang mengundi untuk menolak Belanjawan 2021.PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik melihat Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat… Read More
  • Dilema Mahathir Sejak dari awal saya mempunyai kesedaran politik atau sekurang-kurangnya memahami cara tanggapan politik di Malaysia, nama Mahathir Mohamad pasti akan muncul di setiap perbincangan atau pertelagahan tentang politik.Jika… Read More
  • PKR kecewa sekutu PH 'bermain mata' dengan Dr M, Shafie - sumber Seorang pemimpin kanan PKR menyatakan rasa kecewa dengan sikap beberapa pemimpin dalam kalangan sekutu Pakatan Harapan (PH) yang membelakangkan prinsip kerjasama gabungan pembangkang itu.Kekecewaan itu susulan kenyataan… Read More
  • Mazlan Aliman tinggalkan Amanah sertai NGO.Kenapa ya? Untuk makluman, saya telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional dan Pengerusi Biro Pertanian & Pembangunan Luar Bandar Amanah Nasional pada 30 okt 2020 yang lalu.Pemakluman ini telah saya sam… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan