Ahad, 20 Jun 2021

Video: Kerana Lewat Sedikit Tiba, Abam Bomba ini DipvkuI Dgn Teruk Oleh Mngsa Kebåkaran

 


Saban hari, tugas dan peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilihat semakin meluas serta mencabar.

Ini kerana memerlukan anggotanya sentiasa bersiap sedia untuk menempuh apa jua halangan mendatang.

Tugas anggota bomba dan penyelamat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Mereka akan bertindak untuk apa juga bentuk insiden dan kecemasan tanpa mengira masa, cuaca, lokasi dan kepentingan diri. Tugas mereka perlu sentiasa didahulukan.

Anggota Bomba juga menjalankan tugas tanpa mengira kaum, keturunan, tua, muda dan yang penting sekali ialah tugas mereka perlu dilaksanakan dengan jayanya.

Pada masa yang sama, mereka memainkan peranan utama dalam mendidik masyarakat tentang bahaya kebakaran bermula di peringkat awal.

Yakni tadika lagi hinggalah dewasa agar kesedaran itu berterusan dan dapat membantu masing-masing dikala saat yang memerlukan.

Namun lain pula yang berlaku di satu daerah di Sarawak.

Seorang anggota bomba cedera selepas diserang seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Belipat, Jalan Punang di Lawas, Sarawak pada Sabtu.

Rakaman Video Ada di Bawah Sekali

Dalam insiden tersebut, anggota terbabit yang sedang terlibat dalam kerja-kerja pemadaman kebakaran sebuah rumah setingkat ditumbuk seorang lelaki dari arah belakang.

Seorang lagi lelaki pula bertindak memarahi pasukan bomba yang didakwanya lewat tiba.

     

Susulan kejadian, anggota bomba terbabit yang cedera ringan telah membuat laporan polis pada Sabtu.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii yang mengesahkan kejadian berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung insiden hari ini.

Terdahulu, pasukan Bomba dan Penyelamat Lawas menerima panggilan kec.emasan berhubung kebakaran itu pada jam 3.18 petang.

Sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota kemudian bergegas ke lokasi yang terletak enam kilometer dari balai.

Ketika bomba tiba, kata Ling Hii, sebahagian besar rumah yang berstruktur tidak kekal itu sudah musnah.

Kerja-kerja fire break kemudian dilakukan selain teknik receo untuk mengelakkan api merebak.

Empat sekeluarga yang menyewa rumah terbabit sempat menyelamatkan diri. Punca kejadian dan jumlah kerugian sedang disiasat.

Abam Bomba Bagi Kenyataan

           

Tonton Video

Kredit : Astro

0 ulasan:

Catat Ulasan