Risalah 14 muka surat bertajuk ‘Kronologi komplot Anwar Ibrahim-Zahid Hamidi untuk menjatuhkan kerajaan’ dikesan diedar kepada ahli UMNO melalui pos.
Isi kandungan risalah berkenaan mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkomplot untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Kontroversi tlAnwar-Zahid muncul selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) akhir bulan lalu, yang memberi tanggapan mereka sedang bekerjasama.
Dalam ucapan dasarnya pada PAU2020 bulan lalu, Zahid mengumumkan bahawa Umno tidak akan bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya umum akan datang.
Susulan daripada PAU 2020 tersebar pula rakaman audio melibatkan individu yang suaranya mirip Anwar dan Ahmad Zahid bercakap mengenai ucapan Presiden UMNO ketika perhimpunan agung parti itu yang tular beberapa hari lalu.
Bagaimanapun Anwar dan Ahmad Zahid menafikan kesahihan klip audio tersebut.
-Asam Boi
0 ulasan:
Catat Ulasan