BUCHAREST: Kylian Mbappe gagal menyempurnakan penalti penting ketika Switzerland mengejutkan juara dunia Perancis pada saingan Euro 2020 di sini, sebentar tadi, menang 5-4 menerusi penentuan penalti pada aksi kelompok 16 terakhir selepas terikat 3-3 pada masa sebenar.
Penalti Mbappe yang juga bintang Perancis pada Piala Dunia 2018, diselamatkan penjaga gol Yann Sommer ketika Switzerlan d menang saingan peringkat kalah mati buat pertama kali dan mara ke kelompok lapan terakhir bertemu Sepanyol.
Haris Seferovic meletakkan Switzerland di depan pada masa sebenar dan dua jaringan Karim Benzema serta Paul Pogba menukar keadaan.
Bagaimanapun satu lagi gol Seferovic dan Mario Gavranovic membawa perlawanan di Bucharest ke tambahan masa. - AFP
0 ulasan:
Catat Ulasan