Khamis, 17 Jun 2021

Bagaimana Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dibina?

 Bagaimana Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dibina?


Stesen Angkasa Antarabangsa (English : International Space Station) atau ISS merupakan projek pelbagai negara dengan membina struktur terbesar yang pernah dibina manusia di angkasa lepas. Pembinaan utamanya telah lengkap dari 1998 sehingga 2011, walaubagaimanapun stesen ini secara berterusan ditambah baik untuk misi dan eksperimen baru. Sejak 2 November 2000 stesen ini telah dihuni secara berterusan. 

ISS mengambil jangka masa 10 tahun dan lebih daripada 30 misi untuk menyiapkannya. Ia adalah hasil daripada kerjasama saintifik dan kejuruteraan daripada lima agensi angkasa yang mewakili 15 buah negara.  ISS secara kasarnya sebesar sebuah padang bola sepak, seberat 460 tan dan mempunyai krew yang tinggal secara kekal dengan mengorbit Bumi pada ketinggian 400 kilometer. Ia juga adalah 4 kali lebih besar daripada stesen angkasa milik Russia Mir dan 5 kali lebih besar daripada Skylab milik Amerika Syarikat. 

Idea dan ilham untuk stesen angkasa ini pada mulanya hanyalah satu sains fiksyen sahaja, wujud dalam imaginasi sahaja sehinggalah pada tahun 1940-an dimana struktur sebegini sebenarnya boleh dibina. Sejak bermulanya Era Angkasa pada tahun 1950-an, pelbagai reka bentuk "kapal angkasa" dan stesen yang mula diterbitkan dimedia. 

Stesen asas yang pertama dibina pada tahun 1969 dengan menyambungkan dua pesawat Soyuz di angkasa, diikuti dengan beberapa stesen angkasa yang lain sehinggalah pembinaan ISS bermula pada tahun 1998, dibantu dengan kapal angkasa pertama yang boleh digunakan semula, American Space Shuttle.


#1 FUNGSI

Angkawasan menghabiskan masa mereka di ISS dengan melakukan pelbagai eksperimen dan juga penyelenggaraan. Selain itu, mereka juga perlu melakukan senaman sekurang-kurangnya dua jam setiap hari.  Mereka juga perlu melakukan "spacewalk", mengelolakan acara media/sekolah juga mengemaskini media sosial sebagaimana yang dilakukan oleh Angkawasan Canada Chris Hadfield, komander ISS pada tahun 2013. 

ISS merupakan platform untuk penyelidikan jangka masa panjang untuk kesihatan manusia, dimana NASA menjadikan penyelidikan ini sebagai satu batu loncatan untuk eksplorasi manusia ke bahagian lain dalam Sistem Suria seperti Marikh dan Bulan. 

Bagaimana Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dibina?
Di dalam salah satu modul ISS

Tubuh manusia berubah dalam keadaan microgravity, termasuklah perubahan pada otot, tulang, sistem kardiovascular dan mata, dimana banyak penyelidikan saintifik dijalankan untuk melihat seberapa parah perubahan yang terjadi dan bagaimana ia dapat dikawal.

Angkawasan juga melakukan uji kaji produk kormesial seperti mesin espresso atau pencetak 3D. Mereka juga melakukan eksperimen biologi seperti pada tikus atau tumbuhan,tumbuhan mana yang  boleh tumbuh dan di makan di angkasa.

Krew bukan sahaja bertanggungjawab untuk sains tetapi juga menjaga stesen. Kadang-kadang mereka perlu melakukan kerja pembaikan di luar dengan melakukan "spacewalk". Dari masa ke masa, operasi membaikpulih ini dilakukan segera -contohnya ketika bahagian sistem ammonia gagal, yang terjadi beberapa kali.

Bagaimana Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dibina?
14 April 2020, 13 Krew STS -131 dan Ekspedisi 23 bergambar di makmal Kibo.

NASA juga sedang menguji teknologi untuk membantu atau menggantikan angkasawan melakukan "spacewalk". Salah satunya adalah Robonaut. Sebuah prototaip berada di stesen mampu mengalihkan suis dan melakukan rutin lain dengan pengawasan dan mungkin satu masa nanti boleh berfungsi di kawasan luar juga. 

#2 STRUKTUR PEMBINAAN

ISS dibina secara satu persatu dibawa ke angkasa dan dibina diorbit oleh angkasawan dan juga robot yang dibina khas. Kebanyakan misi menggunakan Space Shuttle milik NASA untuk membawa muatan yang berat, walaupun ada juga modul yang dilancarkan pada roket lain. ISS merangkumi modul dan nod penghubung yang mengandungi tempat tinggal dan makmal, juga struktur sokongan luar lain serta panel solat untuk membekalkan tenaga elektrik. 

Bagaimana Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dibina?
Antara gambar ISS sebelum dibina siap seperti dilihat sekarang.

Modul pertama, Zarya milik Rusia dilancarkan pada 20 November 1998 menggunakan roket Proton. Dua minggu kemudiannya Space Shuttle misi STS-88 melancarkan modul Unity/Node 1 milik NASA. Angkawasan pada misi STS-88 itu melakukan 'spacewalk' untuk menghubungkan dua bahagian pada stesen itu, kemudiannya bahagian-bahagian lain dilancarkan oleh roket dan juga Space Shuttle.

Bagaimana Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dibina?
Kredit : Assembly Of ISS

Antara modul dan komponen yang dilancarkan adalah :-
  • *"Truss", kunci udara dan panel suria (solar panel) (dilancarkan secara berperingkat, dok penyesuai dilancakran apda tahun 2017 untuk kapal angkasa komersial yang baru)
  • Zvezda ( Russia; dilancarkan pada tahun 2000)
  • Modul Makmal Destiny (NASA; dilancarkan pada tahun 2001)
  • Lengan robot Canadarm2 (CSA; dilancarkan pada tahun 2001). Ia pada asalnya digunakan untuk 'space walk' dan  juga membaiki secara kawasan jauh. Sekarang ia juga digunakan untuk mengangkut kapal angkasa kargo ke stesen angkasa - kapal angkasa yang tidak boleh menggunakan dok yang lain. 
  • Harmoni / Node 2 (NASA; dilancarkan apda tahun 2007)
  • Fasiliti Orbital Columbus ( ESA; dilancarkan pada tahun 2008)
  • Tangan Robot Dextre (CSA; dilancarkan pada tahun 2008)
  • Module Experimen Jepun / Kibo ( dilancarkan berperingkat pada tahun 2008-2009)
  • Tingkap Cupola dan Tranquility / Node 3 (dilancarkan pada tahun 2010)
  • Modul Leornardo Permanent Pelbagai Fungsi (ESA; dilancarkan sebagai kediaman tetapi pada tahun 2011, pernah digunakan sebagai lokasi untuk membawa kargo pergi dan dari stesen)
  • Modul Bigelow Expandable Activity ( modul peribadi yang dilancarkan pada tahun 2016) 
Bagaimana Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dibina?
Kredit : Wikimedia

Pembinaan ISS merupakan paling mahal pernah dibina di angkasa, iaitu sekitar USD$150 Billion , lebih mahal berbanding stesen angkasa terdahulu seperti Skylab (USD$2.2 Bilion) dan Mir (USD$4.2 Bilion). 


#3 OPERASI ISS

Bagaimana Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dibina?
Antara gambar ISS sebelum dibina siap seperti dilihat sekarang.

Sehingga November 2020, seramai 241 individu daripada 19 negara telah melawat Stesen Angkasa Antarabangsa. Antara negara yang paling ramai melawat/berada di ISS termasuklah Amerika Syarikat (145) dan Russia (46). ISS merupakan kerjasama 15 buah negara, NASA (Amerika Syarikat), Roscosmos (Russia) dan European Space Agency (ESA) merupakan negara utama, manakala negara lain adalah Japanese Aerospace Exploration Agency (JAXA) dan Canadian Space Agency (CSA). 

Perancangan buat masa sekarang adalah ISS akan beroperasi sehingga tahun 2024, dengan ada pihak yang mahu operasinya dilanjutkan ke tahun 2028. Selepas itu, perancangan tentang ISS masih belum diketahui. Kemungkinan ISS akan deorbit atau digunakan semula sebagai stesen angkasa di masa hadapan. 

Krew yang berada di ISS dibantu oleh pusal kawalan misi di Houston dan Moscow. Pusat kawasalan misi yang turut membantu ISS adalah di Japan, Canada dan Eropah. Selain itu, ISS juga boleh dikawal daripada pusat kawalan misi di Houston atau Moscow. 

ISS kebiasaannya dihuni daripada 3 sehingga 6 orang krew (maksima 6 orang dicapai selepas tahun 2009, apabila fasiliti di stesen tersebut mampu menyokongnya) Selepas kemalangan Space Shuttle Columbia 2003, jumlah krew diperkecilkan sehingga 2 orang sahaja untuk mengurangkan kapasiti manusia yang dihantar ke angkasa oleh kapal angkasa lebih kecil milik Russia, Soyuz. Stesen ini juga pernah memuatkan seramai 13 orang krew pada beberapa kali, tetapi hanya untuk beberapa hari sahaja iaitu ketika pertukaran krew dan juga lawatan. 

Bagaimana Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dibina?
Antara gambar ISS sebelum dibina siap seperti dilihat sekarang.

Setelah program Space Shuttle dihentikan pada tahun 2011, hanya Soyuz sahaja sebagai cara untuk membawa krew ke ISS. Tiga angkawasan berlepas ke stesen angkasa di dalam kapal angkasa Soyuz dan berada di sana sehingga 6 bulan. Kadangkala, ada misi yang dipanjangkan mengikut keadaan dan juga jadual (sebagai contoh antara tahun 2015 dan 2016 krew tinggal di ISS selama setahun). Sekiranya krew perlu meninggalkan stesen, mereka boleh kembali ke Bumi dengan menggunakan dua kapal angkasa Soyuz yang di dok pada ISS. 

Bagaimana Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dibina?
Kapal Angkasa Dragon dan ISS

Bermula pada tahun 2020, kapal angkasa Dragon (SpaceX) mula menjadi salah satu lagi cara mengangkut krew ke ISS. Kapal angkasa Dragon mampu memuatkan 4 krew pada satu-satu masa. 


#4 MALAYSIA & ISS

Bagaimana Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dibina?
Angkasawan Malaysia Pertama, Dato Sheikh Muszaphar Shukor ketika di ISS pada Oktober 2007.

Malaysia juga merupakan antara negara yang mana rakyatnya pernah berada di Stesen Angkasa Antarabangsa ini. Melalui program Angkasawan, Dato Sheikh Muszaphar Shukor menjadi rakyat Malaysia pertama berada di angkasa apabila dilancarkan ke ISS pada 10 Oktober 2007 dengan kapal angkasa Soyuz TMA-11.

Bagaimana Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dibina?
Pemandangan Semenanjung Malaysia dari ISS.

Jadi, begitulah bagaimana ISS beroperasi dan dibina dari awal sehinggalah ke hari ini. Tapi tahukah anda bahawa negara China juga sedang menyiapkan stesen angkasanya tersendiri? Untuk sekarang, stesen tersebut masih dalam pembinaan dan beberapa bahagian sudah dihantar ke angkasa. ✌

SEKIAN 

RUJUKAN / KREDIT : 

0 ulasan:

Catat Ulasan