Khamis, 20 Mei 2021

USAHA RAKYAT 🇲🇾 MALAYSIA BERKESAN MENGUBAH PANDANGAN MASYARAKAT DUNIA TERHADAP ISRAEL


Alhamdulillah, usaha berterusan rakyat Malaysia menekan komuniti dunia serta mengecam kekejaman rejim Zionis Israel secara maya tidak sia-sia ✊🏻

Dimaklumkan bahawa malam ini (waktu Malaysia) Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) 🇺🇳 di New York, Amerika Syarikat akan memanggil satu Sesi Khas Perhimpunan Agung PBB bagi membahaskan mengenai 'Situasi Terkini di Timur Tengah' dan 'Soal Palestin'. 

Keputusan Presiden UNGA ini juga antara lain hasil desakan bersama ketiga-tiga pemimpin Negara Islam di Asia Tenggara – 🇲🇾 Perdana Menteri, 🇮🇩 Presiden Joko Widodo dan 🇧🇳 Kebawah Duli Tuanku Sultan Brunei Ahad lepas.

Keberkesanan desakan dan tekanan yang dilakukan Malaysia ini turut diakui sendiri Presiden Persatuan Kebudayaan Palestin Malaysia (PICOM) yang menyatakan rakyat Malaysia telah berjaya mengubah pandangan masyarakat antarabangsa terhadap Israel.

Inilah kekuatan apabila semua memainkan peranan dan bersatu padu - di pihak Kementerian saya, Kementerian Luar Negeri telah menggunakan setiap ruang bagi mendapatkan resolusi kolektif organisasi-organisasi pelbagai hala.

Ini termasuklah desakan tegas kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar berhenti membisu sebaliknya bertindak segera mengikut 6 syor Malaysia; serta menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengkaji semula perancangan menempatkan pasukan bersenjata PBB bagi melindungi rakyat Palestin. UNSC jelas gagal mencapai kesepakatan walaupun sudah tiga kali bersidang atas sebab kuasa veto satu negara sahaja. Ini amat mengecewakan!

Seperti saya sebut sebelum ini, kekurangan azam politik organisasi-organisasi pelbagai hala ini tidak boleh terus dijadikan alasan untuk mengabaikan tindakan penjajahan Zionis Israel yang semakin berleluasa. Cukup-cukuplah masyarakat antarabangsa berdiam diri. Apa yang berlaku sekarang jenayah perang. Apa yang berlaku sekarang ialah jenayah terhadap kemanusiaan. Ia mesti dikecam dan dihentikan.

Rakyat 🇲🇾 Malaysia, jangan memandang rendah kekuatan suara anda. Teruskan usaha anda semua! ✊🏻

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein

Menteri Luar

0 ulasan:

Catat Ulasan