Khamis, 6 Mei 2021

Benarlah Apa Rafidah Kata Tentang Ahli Politik Sekarang Ni..


Selain dari cakap tak serupa bikin mereka juga meletakkan periuk nasi mereka sendiri sebagai keutamaan, maka tak hairanlah kalau aktiviti lompat melompat tetap ada dan akan terus berlaku.

Kerana mengejar kuasa, mereka lebih sibuk berpolitik sepanjang masa dari membantu Kerajaan mencari jalan menyelesaikan masaalah yang mendatang kerana COVID-19 ketika ini.

Yang mereka tahu hanyalah cari salah dan kondem tanpa dikemukakan sebarang cara yang lebih baik bagi mengatasi kelemahan yang mereka tunjukkan itu..

Kalau setakat nak kondem dan tunjuk salah orang tu... anak aku yang Tingkatan 2 kat STAR Ipoh tu pun tahu laaa

Laporan berkaitan..


PETALING JAYA: Tokoh politik Rafidah Aziz bimbang akan keadaaan kepimpinan di negara ini, kerana keghairahan ahli politik memiliki kuasa tetap tiada kebolehan memimpin.

Beliau yang menggalas tanggungjawab menteri selama 28 tahun mengingatkan bahawa ada perbezaan ketara antara menjadi ketua dan memimpin.


Mengupas lanskap semasa negara, Rafidah berkata antara masalah terbesar negara ini adalah cakap ahli politik tak serupa bikin.

“Bagi saya, kata-kata anda adalah janji untuk dipegang dan dikotakan,” katanya dalam temubual eksklusif FMT.

“Bila kata-kata kamu tak boleh dipegang, bila cakap kamu tak serupa bikin, anda tak lagi boleh dipercayai. Bila orang tak boleh lagi percayai kamu, maka apa jua keyakinan mereka (kepada kamu) turut hilang.”Rafidah turut menyentuh mengenai kecenderungan pentadbiran Perikatan Nasional untuk tidak berterus-terang semasa mempromosikan pakej rangsangan yang pelbagai.


Menurut bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri ini, kerajaan harus jujur apabila berkomunikasi dengan rakyat.

Pada pandangan Rafidah, rakyat menolak langkah kerajaan mengusulkan darurat dan bertindak sewenang-wenang termasuk menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN).

“Anda dapat perhatikan yang mereka (kerajaan) hilang sokongan pelbagai pihak. Rakyat tak gembira. Tak ada sebab untuk darurat,” katanya.

Rafidah juga bimbang akan masa depan tadbir urus negara, kerana banyak penjawat awam berpengalaman sudah atau akan bersara, manakala penjawat muda memegang jawatan tinggi tanpa bimbingan sempurna.

Beliau menekankan perlunya kerajaan merancang dengan baik dan awal, dan bukannya mengumumkan sesuatu tanpa huraian lanjut.
“Hidup ini mudah kalau pandai mengurus,” kata beliau.

“Tapi kalau tak berkebolehan dan tak mahir mengurus, semuanya akan jadi rumit dan kelam-kabut.”~ FMT

Bak kata lagu BPR..



Katamu tidak kau kotakan 
Tapi kota yang kau runtuhkan 
Inikah dia perjuangan 
Yang dulu pernah kau ucapkan 

Oo-oh-ho-oo 
Di mana janjimu

-Anak Sungai Derhaka

0 ulasan:

Catat Ulasan