BERLIN: Polis Jerman menutup satu laman pornografi kanak-kanak dalam talian terbesar di dunia dan berjaya menangkap empat anggotanya dalam serbuan pada pertengahan April lalu.
Menurut Polis Persekutuan, pentas yang dinamakan sebagai 'Boystown' itu beroperasi sejak 2019, mempunyai lebih dari 400,000 ahli dan diwujudkan untuk bertukar bahan pornografi kanak-kanak di seluruh dunia.
Forum itu membenarkan pengguna berkomunikasi dengan orang lain dan berkongsi kandungan gambar serta video grafik, merangkumi penderaan seksual yang serius terhadap kanak-kanak.
Tiga lelaki berusia antara 40 dan 64 tahun ditangkap dalam tujuh serbuan di Jerman, sementara seorang lagi suspek ditahan di Paraguay atas permintaan pihak berkuasa Jerman
Suspek di wilayah Concepcion di Paraguay, yang juga warganegara Jerman, akan diekstradisi kembali ke Jerman berdasarkan waran tangkap antarabangsa yang dikeluarkan oleh mahkamah di Frankfurt.
Tiga daripada lelaki itu dituduh sebagai pengurus laman itu, memberikan sokongan teknikal dan nasihat kepada anggota mengenai cara mengelakkannya ditemui oleh pihak berkuasa, sementara yang lain adalah pengguna paling aktif.
Kata penyiasat, operasi berbulan-bulan oleh Jerman itu diselaraskan oleh Europol dan disokong oleh penguatkuasa undang-undang di Belanda, Sweden, Amerika Syarikat (AS) serta Kanada.
Kedua-dua pentas 'Boystown' dan laman sembang lain dibawa keluar dari talian selepas serbuan itu. - AFP
0 ulasan:
Catat Ulasan