Rabu, 12 Mei 2021

Tan Cheng Hoe Beri Sebab Mengapa Luqman Hakim Dan Arif Aiman Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan

 

Hakim

Menurut Cheng Hoe, kedua-dua pemain menampilkan prestasi yang baik bersama kelab masing-masing dan perkara ini dilihat mampu untuk membantu pasukan negara.

Hakim

SUMBER GAMBAR: FAM

“Luqman telah membuktikan kemampuan beliau bersama skuad B-16 dan B-19 tahun. Beliau mampu untuk menjaringkan gol dan dia mempunyai potensi.

“Tambahan pula, beliau berlatih di Belgium sebelum ini. Saya pasti beliau menjadi pemain yang lebih baik kerana pendedahan yang diberikan kepadanya di sana dan itu akan menjadi senjata kami.

“Untuk Arif, saya telah memerhatikan beliau untuk jangka masa yang lama. Dia telah beraksi dengan cemerlang dalam saingan Liga Super dan sebab itu saya memanggil beliau,” kata Cheng Hoe menurut laporan The Star.

Hakim

SUMBER GAMBAR: JST

Pasukan negara akan menjalani latihan pada 16 hingga 19 Mei ini sebelum terbang ke UAE pada 20 Mei untuk bertemu Kuwait dalam satu aksi pemanas badan tiga hari kemudian.

Pemain dan pegawai kemudiannya akan terbang ke Manama bagi menghadapi Bahrain dalam satu lagi aksi pemanas badan pada 28 Mei sebelum kembali ke UAE bagi menghadapi baki perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 berdepan UAE (3 June), Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).

-vocketfc.com

0 ulasan:

Catat Ulasan