Khamis, 20 Mei 2021

Koleksi Resepi: Laksa Johor

 RESEPI LAKSA JOHOR 



Bahan-bahannya :- 

1 paket Spaghetti (direbus)

BAHAN A :-

5 ekor ikan kembong/sardin/parang/tenggiri mengikut citarasa masing-masing(digoreng, dibuang tulang dan ditumbuk atau diblend)

1 paket kecil udang kering (diblend)

Sedikit isi ikan kurau masin (diblend)

Sedikit udang basah (diblend)

BAHAN B (diblend) :-

3 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

10 tangkai cili kering

1 inci halia 

1 inci lengkuas  

1/2 inci kunyit basah

2 batang serai

1 paket santan pekat

1 mangkuk kecil air asam jawa

1 paket kerisik

2 paket kecil rempah kari ikan

Garam halus

Gula pasir

Ajinomoto

Bahan Ulaman/hiasan :-

Limau kasturi di belah dan dibuang biji

Timun hiris

Tauge 

Bawang besar hiris

Daun kesum hiri

Bunga Kantan hiris

Lobak asin halus

Sambal belacan.

CARA-CARA MEMBUAT KUAH LAKSA :-

1.  Panaskan minyak dan masukkan bahan B dan tumis hingga wangi dan naik minyak.

2.  Bila rempah dah garing, masukkan cili blend, rempah kari, kerisik dan kacau hingga naik bau dan naik minyak.

3.  Masukkan bahan A (ikan, udang basah,  udang kering  dan isi ikan kurau masin) yang telah diblend.

4.  Masukkan santan pekat diikuti dengan 2

mangkuk air.

5.  Masukkan air asam jawa. 

6.  Masukkan garam, gula pasir dan sedikit serbuk ajinomoto.

7.  Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 jam 1/2. Kuah akan lebih tahan lama (tidak basi) jika dimasak lebih lama.

8.  Setelah masak bolehlah dihidangkan bersama ulam2an dan hiasannya.

Selamat mencuba.

Hidup muafakat tanpa membezakan,

Berbilang bgsa agma mahupun umur,

Budaya dan adat perbezaan diraikan,

Bersatu padu hidup aman makmur. 

Kredit:Fauziah Ali

Related Posts:

  • Koleksi Resepi: Nasi Ayam Hainan 💜Nasi Ayam Hainan💜 👍Bahan:☑4@5 pc peha ayam☑4cwn beras buasa/wangi☑4cwn air☑1bj bwg holland potong 4☑2pc kiub ayam(adabi@maggie)☑3inci halia hiris halus☑2sudu sos tiram☑1tangkai daun bawangCara:➡Campur semua dlm kual… Read More
  • Koleksi Resepi: Laksa Kedah 💜Resepi Laksa Kedah💜☑Bahan-Bahan:1 bungkus laksa beras1 kg ikan kembung1 sudu besar belacan2 kuntum bunga kantan. dibelah 41 ikat daun kesum4 keping asam kepinggula dan garam, secukup rasa☑Bahan untuk kisar halus:10-1… Read More
  • Koleksi Resepi: Nasi Goreng Kerabu RESEPI NASI GORENG KERABUNasi goreng Yang penuh dengan aroma wangi,Dan menyelerakan.makan bersama telur Mata lembu Dan sambal belacan😊BAHAN-BAHAN3 cawan nasi(diperoi)Udang2 sudu besar ikan bilis(digoreng)1 biji bawang … Read More
  • Koleksi Resepi: Lepat Liat Utara Resepi lepat liat utaraBhn23 cwn tpg pulut1/2 cwn santan3 sudu mkn gula putih1 sudu kecil garamKelapa parut yg digaul dgn sedikit garam halusDaun pisangMinyak masak utk sapuanBhn dimasak1 cwn gula merah + 1/2 cwn airCar… Read More
  • Koleksi Resepi: Laksa Teluk Kechai 💜LAKSA TELUK KECHAI💜Bahan rempah15 cili merah segar15 cili merah kering15 bawang merah1 sudu kecil stok belacanBahan AAir 300ml10 tngkai (daun kesom)5 keping (asam keping)3 batang serai diketuk2 btg bunga kantan1.8 li… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan