Isnin, 3 Mei 2021

Bercerai lagi, Zarina Anjoulie cabar diberi talak tiga

 Bekas suaminya pula dakwa dia menceraikan pelakon berkenaan kerana sudah banyak kali 'memberi muka' hingga dia sendiri 'tak ada muka'.


Bukan setakat mengesahkan rumah tangga dibinanya bersama Eilyas Azhar sudah berakhir, pelakon Zarina Anjoulie malah mendedahkan dia diceraikan melalui Instagram.

Tidak cukup dengan itu, Zarina turut mencabar Eilyas untuk menceraikannya dengan talak tiga selain nekad untuk berpatah arang dengan lelaki terbabit.

“Jika dah setiap kali gaduh suami minta cerai, ha cerailah den (aku) tak hadaplah. Aku ada maruah. Nak cakap aku semak?

"Aku ada maruah. Aku bersyukur sebab ia sudah berakhir.

“Megah habislah tu ceraikan aku kat Insta. Bro, aku nak kau ceraikan aku talak tiga terus. Kalau kau ada t**** aku nak kau buat ye.

“Terima kasih, tak nak dah. Kalau boleh aku nak talak tiga terus,” katanya di Insta Story.

Konflik rumah tangga itu berlaku selepas Zarina dan Eilyas kembali berdamai sebagai pasangan suami isteri 2 Mac lalu.

Ketika itu mereka mengaku mengetepikan ego masing-masing dan berbincang secara baik bagi menyelesaikan kemelut yang melanda.

Pemilik nama penuh Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 33, itu sebelum ini memaklumkan perkahwinan mereka berakhir selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun dia bergelar ibu tunggal.

Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada 2015 namun mereka bercerai pada Dise 2016.

Sampai tak ada muka

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.

Selain pendedahan tersebut, pelakon drama Anak Pontianak itu meminta Eilyas memulangkan semula beberapa barangan yang diberikan kepadanya seperti telefon bimbit dan beg berjenama mewah.

“Kau dah ceraikan aku... ha jangan malu-malu la nak kasi barang-barang aku balik ya, yang kau pakai tu beg, kasut tu... sebab aku bukan sugar mummy kau ya.

"Kau dah boleh pergi beli telefon baru ya aku nak telefon aku balik.

“Jadi tak salah kalau aku minta telefon genggam aku balik dengan beg Gucci aku balik?” katanya.

Sementara itu, Eilyas pula melalui perkongsian di media sosial hari ini berkata dia menceraikan Zarina dengan talak satu selain mendakwa keputusan diambil selepas mengaku tidak mahu terus 'bagi muka' kepada selebriti media sosial tersebut.

"Aku ceraikan Zarina Anjoulie dengan talak satu sekarang. Mana tahu dia tiba-tiba cakap tak tau ke. Hakim minta saksi, tapi tak ada. Elok la aku selit lafaz tu kat sini sekali," katanya.

"Aku dah bagi banyak muka sampai aku tak ada muka. Hiduplah kau dengan tenang. Innalillah... Rest in peace (RIP)," katanya.

Berkenaan bag jenama mewah itu, Eilyas mendakwa, dia tidak pernah menginginkan barang tersebut tetapi dipaksa pakai oleh Zarina selama ini.

"Beg tu aku tak nak pun, dia yang beli dan paksa pakai. Bukan aku heran pun. Bila rujuk balik, dia suruh ambil semula. Tapi aku tolak dan siap cakap dia ikhlas.

"Tu ikhlas dia untuk kali kedualah untuk bag b**** ni," katanya.

-mkini

0 ulasan:

Catat Ulasan