Rabu, 12 Mei 2021

COVID-19: Kematian di India melonjak melebihi 250,000 orang

Ahli keluarga dalam suasana sedih menghadiri pembakaran mayat mangsa COVID-19 di India. - Foto AFP
Ahli keluarga dalam suasana sedih menghadiri pembakaran mayat mangsa COVID-19 di India. - Foto AFP

NEW DELHI: Data rasmi menunjukkan angka kematian COVID-19 di India melampaui 250,000 hari ini ketika pandemik itu melanda ke seluruh negara dengan penduduk berjumlah 1.3 bilion.

Menurut Kementerian Kesihatan, 4,205 orang meninggal dunia dalam 24 jam terakhir, iaitu rekod baharu, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kepada 254,197.

Jumlah kes pula meningkat hampir 350,000 menjadikan keseluruhan kes 23.3 juta, yang kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat.

Ramai pakar percaya bahawa jumlah rasmi kematian di India, yang mempunyai salah satu sistem penjagaan kesihatan yang paling rendah di dunia, sebenarnya lebih tinggi.

"Kematian jauh lebih tinggi daripada apa yang ditunjukkan oleh data rasmi kami," kata Anant Bhan, seorang penyelidik dasar kesihatan dan bioetika bebas. - AFP

Tatkala pandemik itu semakin reda di bandar besar, ia menjadi tidak terkawal di kawasan pedalaman India yang luas, di mana dua pertiga penduduknya tinggal.

0 ulasan:

Catat Ulasan