Rabu, 5 Mei 2021

2 Kali Muhyiddin Sailang Arahan Hamzah Kepada Cawangan Khas?

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Sinar Harian, kali pertama Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin campur tangan ialah meminta supaya arahan dari Menteri Dalam Negeri supaya Cawangan Khas menjalankan satu operasi yang tiada kena-mengena dengan urusan keselamatan negara diabaikan..

“PDRM bernasib baik kerana Perdana Menteri memahami situasi yang kami hadapi dan mengarahkan supaya Cawangan Khas meneruskan tugas sepertimana biasa dan mengabaikan arahan berkenaan,” Kata Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

“Apa pun saya nak halang perancangan menguasai Cawangan Khas untuk digunakan bagi kepentingan politik, (sebab) itulah saya dedahkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Abdul Hamid sebelum ini mendakwa Cawangan Khas Bukit Aman pernah diminta menjalankan operasi yang tiada kena-mengena dengan urusan keselamatan negara.

Arahan tersebut menurut Abdul Hamid enggan dilakukan oleh jabatan berkenaan dan akibat daripada itu, ia tidak disenangi oleh ‘orang tertentu’ sehingga menyebabkan ada permintaan supaya pertukaran jawatan dilakukan.

Tegasnya, rasa tidak senang jabatan itu berhubung arahan tersebut telah dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

“PDRM bernasib baik kerana Perdana Menteri memahami situasi yang kami hadapi dan mengarahkan supaya Cawangan Khas meneruskan tugas sepertimana biasa dan mengabaikan arahan berkenaan,” ujar beliau.Tekanan dan kekangan tugasan yang dihadapi oleh agensi perisikan PDRM itu tegas beliau berlaku sejak setahun yang lalu.

Kali kedua pula ialah bilamana Pengarah Cawangan Khas ‘dinasihatkan’ segera melepaskan jawatan dengan memberi notis satu bulan atau diberi notis tamat kontrak awal, Muhyiddin telah meminta agar pengarah berkenaan meneruskan tugasnya sehingga kontraknya tamat Jun.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata, apa yang sedang dihadapi Cawangan Khas membuktikan kekangan dihadapinya semasa berkhidmat sebagai KPN bukanlah satu kes yang terpencil.

“Ia sebenarnya turut melibatkan jabatan lain dalam pasukan polis seperti yang dihadapi oleh Cawangan Khas, bukan saya seorang,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Abdul Hamid, pada 16 Febuari lalu, Pengarah Cawangan Khas ‘dinasihatkan’ segera melepaskan jawatan dengan memberi notis satu bulan atau diberi notis tamat kontrak awal.

Kata Abdul Hamid, kontrak pengarah berkenaan sepatutnya tamat pada Jun depan.Isu tersebut juga kata Abdul Hamid telah dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri.

“Syukur Perdana Menteri sekali lagi meminta agar pengarah berkenaan meneruskan tugasnya sehingga kontraknya tamat Jun nanti,” ujar beliau.

Sebelum ini, Abdul Hamid mendakwa Hamzah melakukan campur tangan terhadap pelantikan pegawai kanan polis.

Sinar juga melaporkan Tan Sri Abdul Hamid Bador tentang wujudnya usaha untuk menguasai Cawangan Khas Bukit Aman bagi tujuan politik.

“Dulu kononnya nak menegakkan kebenaran. Bila sudah menang (pilihan raya), sudah dapat kuasa, lain pula berlaku.

“Saya kecewa apabila ada orang nak salah gunakan kuasa dan bimbang sekiranya saya ada, saya akan lawan. “Saya bimbang perkara ini akan mengetepikan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu. Ini saya tidak boleh terima,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil tindakan tegas berhubung perkara berkenaan.

“Saya minta SPRM bertegas dan berani. Jangan takut dan jangan pilih bulu. Sebelum ini, sewaktu saya (sebagai) Ketua Polis Negara, saya sudah kata, ini ialah ancaman kepada keselamatan negara.

“Perbuatan Menteri Dalam Negeri itu merupakan perbuatan yang merosakkan integriti Cawangan Khas dan polis keseluruhannya,” kata beliau.

-Anak Sungai Derhaka

0 ulasan:

Catat Ulasan