Al-Qassam adalah sayap kanan Ḥarakat al-Muqāwamah al-Islāmiyyah (HAMAS) yang digeruni oleh askar dan rejim Israel. Briged Al-Qassam merupakan pasukan pejuang paling digeruni oleh tentera Israel berikutan kejayaan demi kejayaan yang telah diperolehi sewaktu pertempuran dengan rejim tersebut biarpun tidak mempunyai teknologi ketenteraan secanggih tentera Israel.
Nama Briged Al-Qassam ini adalah bersempena ulama Sheikh Izzuddin Al-Qassam. Sheikh Izuddin Al-Qassam berasal dari Jableh, Syria. Beliau dibuang ke Palestin pada tahun 1921 kerana kelantangan dan keberanian yang terlibat secara aktif dalam menentang penjajahan Perancis di Syria melalui gerakan bersenjata pada masa itu. Ada yang berpendapat beliau tidak dibuang tetapi membuat keputusan untuk berhijrah ke Palestin kerana penjajah Perancis pada masa itu telah menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.
Semasa di Palestin, beliau juga menentang kerajaan British pada masa itu (1921) yang merancang untuk menjadikan bumi Palestin sebagai penempatan bangsa Yahudi yang menindas rakyat Palestin. Beliau akhirnya gugur syahid pada tahun 1935 berdekatan sebuah bandar di utara Palestin, di Jenin akibat dibunuh oleh tentera British.
Briged Al-Qassam kemudian diasaskan pada tahun 1984 oleh seorang pemimpin berpengaruh HAMAS, Salah Shehadeh. Briged Al-Qassam kemudian mula ditubuhkan secara rasmi pada 1987 sebagai briged sayap tentera HAMAS bagi mempertahankan tanah air Palestin daripada serangan tentera Israel.
Syarat menjadi ahli Briged Al-Qassam:
i) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.
ii) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa selama tiga bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjamaah di masjid.
iii) Anggota HAMAS dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.
iv) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Quran.
v) Setiap anggota wajib membaca Al-Quran sehari satu juz.
vi) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadis Arba’in (Imam Nawawi).
vii) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.
viii) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan aksi bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Quran, ilmuwan dan intelektual Palestin.
ix) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.
x) Melazimi zikir harian.
xi) Melazimi olahraga atau beriadah.
xii) Sudah bersiap sedia untuk syahid bila-bila masa dan di mana sahaja.
Anggota briged terdiri daripada pensyarah, saintis, jurutera, ahli kimia, doktor, ulama, pelajar universiti di mana pada waktu siang mereka bekerja atau belajar dan pada waktu malam mereka menjaga sempadan Gaza-Israel. Mereka dipecahkan kepada beberapa unit mengikut kepakaran masing-masing.
Melihat kepada keperibadian ini, tidak hairanlah muncul kekuatan serta keimanan yang luar biasa malah dengan pertolongan Allah apabila briged ini penuh dengan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Peraturan menjadi anggota Briged Al-Qassam:
Mesti menjaga solat lima waktu secara berjamaah.
Kuat mengamalkan sunah Rasulullah SAW.
Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
Berdisiplin dan mentaati amir.
Mencintai dan bersedia untuk syahid.
Dalam sebuah rencana, seorang penulis menyatakan beliau pernah dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit Briged Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.
Beliau sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam yang dsipakai, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar. Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati. Keimanan para anggota Briged Al-Qassam cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan.
Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh tentera Israel.
Sebahagian besar kematian tentera Israel adalah disebabkan oleh serangan darat Komando Al-Qassam. Operasi dilakukan secara tersusun dan mesti dilakukan selama dua minit untuk melakukan serangan dan berundur semula ke dalam terowong. Strategi yang menonjol adalah jerangkap samar yang mampu memusnahkan kereta kebal Israel dengan alat kawalan jauh.
Briged Al-Qassam menggunakan terowong rahsia bawah tanah untuk melaksanakan serangan hendap terhadap tentera Israel. Terowong ini mempunyai ribuan jumlah rangkaian dan kebanyakannya mempunyai perangkap bom yang telah dipasang di dalamnya. Ini menyukarkan tentera zionis untuk mengesan Briged Al-Qassam kerana ramai tentera Israel telah terbunuh akibat perangkap bom tersebut.
Briged Al-Qassam turut melatih golongan muda Palestin dengan ilmu pertempuran seperti simulasi hujan motar, latihan menembak, teknik menyelinap ke dalam terowong dan cara untuk menyelamatkan diri supaya mereka sentiasa bersedia dalam menghadapi serangan daripada tentera Israel.
Di samping itu, Briged Al-Qassam turut berjaya mencipta roket iR-160 yang mampu menjangkau sehingga 160 km dan berjaya dilancarkan ke Haifa, bahagian paling utara negara haram tersebut. Tiada lagi tempat selamat untuk rakyat israel.
Briged Al-Qassam mula membina roket buatan mereka sendiri pada tahun 2001. Antara model roket buatan briged Al-Qassam adalah seperti roket Qassam yang mampu mencapai jarak sejauh 17.7 km, roket jenis grad dengan jarak yang mampu mencapai sejauh 20 km hingga 48 km, roket jenis Fajar 5 yang mampu mencapai jarak sejauh 75 km dan M-302 yang dihasilkan pada tahun 2014 dengan pencapaian jarak sejauh 120 km dan pelbagai lagi jenis roket dengan pelbagai jarak yang mampu dihasilkan oleh mereka untuk menggegarkan Israel.
Briged Al-Qassam juga mempunyai pasukan sniper yang diberi nama Ghoul mampu mencapai jarak sejauh dua kilometer sedangkan sniper biasa hanya mampu pergi sejauh satu kilometer sahaja, Senjata ini dipercayai mempunyai keupayaan teleskopik.
Melalui roket anti iron drone pula menyebabkan Israel dan sekutu rapatnya, Amerika Syarikat semakin khuatir. Sistem iron drone yang didakwa sistem penangkas roket terbaik dunia tewas di tangan Briged Al-Qassam.
Israel pernah dimalukan setelah pesawat tanpa pemandu pertama Briged Al-Qassam ‘Ababil’ membuat tinjauan udara di tanah haram Israel.
Selain itu, negara haram Israel dapat ditembusi melalui jalan laut menerusi skuad amfibia. Mereka berjaya menyelinap ke sebuah kem tentera dan melakukan serangan darat secara berdepan.
0 ulasan:
Catat Ulasan