Saya ada terbaca mengenai usaha ramai rakyat Malaysia yang tanpa henti menterjemah kezaliman terhadap rakyat Palestin. Ini bagi memastikan kezaliman terhadap rakyat Palestin dapat difahami seluruh dunia disebalik usaha media barat yang berterusan melabelkan Palestin sebagai pengganas.
Saya bangga dengan usaha ini apatah lagi ia turut menerima sokongan dari pelajar kita di seluruh dunia yang menterjemah mengikut bahasa di tempat mereka belajar.
Tahniah buat Ustaz Ad-Dien yang mengerakkan usaha ini dan saya difahamkan, selain pelajar, peminat-peminat Kpop turut bantu terjemah bagi memastikan kisah sebenar penderitaan rakyat Palestin sampai ke setiap pelusuk dunia dalam pelbagai bahasa.
Saya minta, usahlah diperlekeh usaha rakyat Malaysia ini terutama dalam mempertahankan saudara Islam mereka di Palestin.
Pada April 2018, Imam Besar Masjid Al-Aqsa sendiri datang ke Malaysia untuk melawat saya dan menyampaikan surat penghargaan buat semua rakyat Malaysia yang menghargai komitmen serta sokongan kita membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Palestin dari cengkaman rejim Zionis.
Saya katakan masa itu, umat Islam di seluruh dunia berjumlah 1.98 bilion dan ia boleh menjadi suara besar di pentas antabarangsa.
Pada Januari 2013, saya sendiri berjaya mengelak sekatan tentera Israel untuk menjejak kaki di Gaza melalui negara Mesir dan bertemu dengan Perdana Menteri kerajaan Hamas, Ismail Haniyeh.
Menjadi PM pertama Malaysia ke sana.
Masa itu, Perdana Menteri Ismail Haniyeh berkata lawatan saya adalah yang julung kali dilakukan oleh seorang perdana menteri asing yang bukan dari negara Arab, ke Gaza.
Saya dapat melihat sendiri kemusnahan yang dilakukan terhadap negara itu. Saya sangat sedih dengan keadaan didepani rakyat Palestin.
Beliau turut menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Al-Aqsa di Khan Yunis di selatan Gaza ketika kunjungan saya itu. Pada saya, apa yang diperjuangkan rakyat Palestin adalah lebih besar apatah lagi dalam memelihara Masjid Al Aqsa bagi semua umat Islam.
Sekali lagi, saya gesa masyarakat dunia untuk terus mengutuk perbuatan zalim dan keganasan ini yang berterusan meragut nyawa rakyat Palestin.
Sepanjang saya sebagai Perdana Menteri, berulangkali saya tegaskan mengenai kezaliman terhadap rakyat Palestin, termasuk di Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu.
Banyak bantuan dan inisiatif kebajikan dan pembangunan dimulakan dan dihulurkan oleh kerajaan Malaysia bagi saudara Islam kita di sana.
Bukan sekadar bermodal air liur sahaja.
Tetapi selepas kerajaan bertukar-tukar sejak PRU14, saya nampak usaha kerajaan Malaysia untuk membantu dan membangkit isu Palestine semakin berkurang berbanding dahulu.
Apa yang kita buat untuk mereka sejak tahun 2018?
Kini, kemampuan saya untuk bantu dah terhad.
Hanya mampu berdoa untuk mereka dari jauh dan berharap dari dekat bahawa kerajaan Malaysia hari ini masih peka dengan isu Palestine.
Jangan hanya sekadar talk sahaja. Tetapi kita kena "walk the talk".
Sumber:Fb Najib Razak
0 ulasan:
Catat Ulasan