Isnin, 19 Julai 2021

NGO desak gantung keputusan penetapan TH

 


Kementerian Kewangan sebelum ini memaklumkan Jemaah Menteri bersetuju dengan penyenaraian Lembaga TH sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang ditetapkan di bawah Seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh BNM.

SHAH ALAM - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak menteri yang bertanggungjawab ke atas Tabung Haji (TH) untuk menggantung keputusan menetapkan TH sebagai sebuah institusi kewangan Islam di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI) dengan segera.

Menurut kenyataan bersama NGO terbabit pada Isnin, sangat menyedihkan apabila keputusan mengawal selia TH seperti bank Islam lain.

Antara yang terlibat dalam kenyataan bersama itu ialah Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Ar Mohd Azli Md Yusof; Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Abdul Halim Husin; Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam, Aminuddin Yahaya dan Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu, Datuk Dr Hassan Mad.

Kenyataan itu turut mendakwa keputusan berkenaan tergesa-gesa tanpa konsultasi awam dan disifatkan boleh mengubah konsep model perniagaan sekali gus menafikan peranan TH dalam memperkasa serta membangun ekonomi Muslim.

“Keputusan jemaah menteri juga dilihat bercanggah dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) oleh jemaah menteri sendiri yang diumumkan sehari sebelum bagi mengkaji semula pelan pemulihan TH.

“Justeru penetapan TH di bawah APKI adalah pra matang dan boleh memprejudis siasatan RCI dan meletakkan mandat suruhanjaya siasatan diraja sebagai lemah dan tidak bermakna.

-SH Online


0 ulasan:

Catat Ulasan