Rabu, 21 Julai 2021

Koleksi Resepi: Kek Kelapa Hujan Panas

 KEK KELAPA/HUJAN PANAS🥥🥥🌈

Bahan-bahan

*1 cawan marjerin atau mentega

*1 cawan gula kastor

*5 biji telur gred C

*1 1/4 cawan tepung gandum

*3 sudu besar pati santan kotak

*1 sudu kecil baking powder

*secubit garam

*1 cawan kelapa kering(campuran kelapa yg warna warni)


cara:

*pukul marjerin dan gula hingga kembang,putih gebu.

*masuk garam dan telur satu persatu dn pukul lagi sampai gebu.

*kemudian masukkan tepung dan baking powder yg diayak dulu

*masukkan kelapa kering dan gaul rata dan sebati.

*masuk dalam loyang 7inci disapu marjerin dan lapik baking paper terlebih dahulu.

*bakar pada suhu 170° selama 50 minit atau 1 jam ikut oven masing2.

(saya guna kelapa parut putih dan sangai hingga kering tp jgn sampai kuning ye.lepas tu bahagi kpd 4 bahagian dan warnakan hijau,merah,kuning dan biru.)

selamat mencuba..

Kredit Resepi : noriza jaja

0 ulasan:

Catat Ulasan