Rio de Janeiro: Bekas rakan pasukan di Barcelona Lionel Messi dan Neymar akan berdepan satu sama lain apabila mereka bertemu di final Copa America dengan masing-masing cuba untuk merangkul gelaran pertama bersama skuad kebangsaan.
Seperti legenda Brazil dan Diego Maradona dari Argentina sebelum ini, Messi atau Neymar tidak pernah memenangi Copa.
Namun statistik itu akan berubah apabila salah satu daripada mereka akan menamatkan penantian itu apabila turun dalam aksi final di stadium Maracana, Rio de Janeiro.
Buat pemenang enam kali Ballon d'Or, Messi, ia adalah penampilan keempatnya di final Copa dan mungkin peluang yang terakhir untuk menamatkan kejuaraan dengan kemenangan.
Dia adalah pemain terbaik untuk pasukannya, seperti biasa menjaringkan empat gol dan mencipta lima lagi - pemimpin dalam kedua-dua kategori.
Namun pada usia 34, ia mungkin Copa terakhir dan Piala Dunia tahun depan akan menjadi kejohanan besar yang terakhir membabitkan kedua-dua pemain itu.
Setakat ini, Messi berdepan final yang mengecewakan iaitu pada 2007, 2015 dan 2016 di Copa dan turut bersama pasukannya ketika mereka tewas kepada Jerman 1-0 di Piala Dunia 2014.
Sesetengah orang percaya, memenangi sesuatu bersama Argentina adalah sasaran utama Messi.
"Kami akan cuba menghalangnya mencapai objektif ini," kata bek tengah Brazil Marquinhos.
"Sama seperti Messi, kami juga mempunyai pemain yang layak untuk gelaran ini.. seperti 'Ney' ini juga Copa terakhirnya," katanya.
Pada 29, Neymar masih mempunyai banyak masa namun dua tahun lalu ketika Brazil menjulang gelaran kesembilan di tanah air sendiri menewaskan Peru 3-1 dia tiada bersama kerana kecederaan.
-myMetro
0 ulasan:
Catat Ulasan