Isnin, 12 Julai 2021

Covid19: Puad Zarkashi pula didakwa langgar SOP?


Gambar Puad Zarkashi mengadakan ziarah di sekitar Rengit, Johor.

KUALA LUMPUR – Selepas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dikompaun, timbul pula gambar Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi yang didakwa mengingkari prosedur operasi standard (SOP).

Dalam Facebook rasminya hari ini, bekas timbalan menteri itu memuatnaik beberapa gambar mengadakan ziarah di sekitar Rengit, Johor.

“Hari ini program Ziarah Kasih mingguan di Kampung Seri Ladang dan Parit Tengah Rengit. Menziarahi tiga keluarga, ada sakit leukemia, glaumoka dan strok, semoga mereka semua sembuh,” katanya di Facebook.

Puad dilihat sempat memberikan sumbangan kepada keluarga yang dilawati dan mendapat teguran daripada netizen.

Dua daripada empat gambar yang dimuatnak memperlihatkan beliau tidak memakai pelitup muka dan tidak mengawal penjarakan.

Untuk rekod, fasa pertama Pelan Pemulihan Negara hanya membenarkan ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dibenarkan merentas negeri dan daerah untuk melawat kawasan masing-masing tampa perlu melaksanana sebarang majlis.

Hari ini, Annuar dikompaun RM2,000 kerana melanggar SOP Covid-19 dengan mengunjungi kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 10 Julai lalu.

Satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh pejabat beliau berkata, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu akan menjelaskan kompaun berkenaan secepat mungkin tanpa memperincikan nilai yang dikenakan oleh pihak polis. – MalaysiaGazette

0 ulasan:

Catat Ulasan