Kuala Lumpur: Pujian melambung atau hanyalah serangan psikologi.
Belum lagi perlawanan membabitkan perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menentang pemain China, Chen Long bermula sudah ada perang 'psikologi' antara mereka.
Hal ini apabila Chen Long memberikan pujian 'melambung' kepada Zii Jia yang berjaya mempamerkan aksi konsisten dalam dua perlawanan peringkat Kumpulan M sekali gus dilihat mampu mencipta kejayaan dalam acara perseorangan di Olimpik Tokyo.
Namun, Zii Jia yang mahu bermain lebih 'enjoy' dalam setiap perlawanan termasuk bertemu Chen Long esok tidak mahu memikirkan perkara terbabit dan mahu kekal fokus mencipta kejayaan pada perlawanan seterusnya.
"Saya rasa mungkin Chen Long bukan mahu 'psiko' saya dan saya pun sudah tengok dia main dari kecil tapi kita tak tahu esok lawan macam mana.
"Saya tiap kali main mahu main akan pandang ke depan lagi pun sudah setahun kami tidak bermain sama," katanya.
Terdahulu, Zii Jia menepati ramalan melangkah ke pusingan seterusnya selepas mengatasi lawannya dalam saingan akhir Kumpulan M, sebentar tadi.
Zii Jia yang juga juara Seluruh England 2021 berjaya menewaskan pemain Perancis, Brice Leverdez yang berada di ranking ke-36 dunia menerusi straight set 21-17,21-5.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Zii Jia berjaya menempah tiket ke pusingan seterusnya esok dengan bertemu Chen Long.
Rekod pertemuan antara kedua-dua pemain seimbang, selepas terikat 2-2, namun Zii Jia dilihat mempunyai sedikit kelebihan apabila menewaskan Chen Long 21-12, 21-18 pada peringkat suku akhir kejohanan badminton Seluruh England 2020, yang juga adalah pertembungan terakhir mereka.-myMetro
0 ulasan:
Catat Ulasan