Selasa, 20 Julai 2021

KISAH BENAR: Sistem Patronage Umno.

 KISAH BENAR: Sistem Patronage Umno. 


“Boss, bagi saya tender ni. Saya ketua cawangan umno kampong tengah. Ni surat sokongan dari YB umno” 

Ini permintaan yang kerap saya dengar semasa mula bekerja dalam gomen. 

Dalam kes ini tender tersebut adalah sebutharga untuk kontrektor klas F. Biasalah orang kampong semua disebut sebagai tender. 

Bukan saya sahaja, tetapi begitu juga rakan rakan saya di jabatan lain yang menerima permintaan yang sama. 

Kami memegang peruntukkan pembangunan Kerajaan berpuluh juta ringgit untuk penyelenggaran jalan dan bangunan di daerah. 

Sebagai pegawai rendah Kerajaan, semua peruntukkan belanjawan tahunan akhirnya akan disalurkan kepada kami untuk diimplementasi. 

Sebenarnya sebagai pegawai kerajaan kami semua tertakluk kepada tatacara kewangan apabila berbelanja peruntukkan yang diluluskan.  

Semua kerja kerja dibuat secara tender, sebutharga dan kerja kerja undi mengikut prosidur kewangan. 

Semuanya telus, fair and square. Pihak Audit Negara akan semak setiap kerja yang dilakukan agar ianya mengikuti tatacara perbelanjaan Kementerian Kewangan. Mereka audit setiap tahun semua akaun kami. 

Masalahnya timbul apabila warlord umno cum kontrektor menjadi tamak dan ingin membolot semua kerja kerja tersebut. 

Pimpinan Umno didaerah dan sub daerah memang berkuasa terutamanya melalui JKKK. 

Mereka ada talian terus kepada para menteri Umno dan selalunya menyusahkan pegawai kerajaan. 

Sebagai pegawai kerajaan kami kena menjaga semua pihak terutamanya ahli politik sambil menjalankan kerja dengan telus dan adil. 

Ianya satu tanggung jawab besar yang dipikul oleh pegawai muda terutama dalam umor 20’an. 

“Tuan, sebagai pegawai kerajaan saya terpaksa mengikut prosidur yang telah ditetapkan dan tak boleh sesenang memberi tender kepada sesiapa. Kami akan mengikut tatacara kewangan” saya memberitahu warlord umno tersebut. 

“Boss cuba ‘ajust’ (adjust) untuk saya dapat tender ini” dia masih tak puas hati dan berdegil. 

‘Adjust’ adalah perkataan paling ‘misused and abused’ sepanjang career saya dalam kerajaan. 

Apabila nak minta pertolongan, perkataan ini acap diutarakan agar pegawai kerajaan ‘go all out  whatever the cost’ untuk menolong sesaorang. 

“Kalau Boss tak mau bantu, saya repot kat menteri” dia mula ugut saya. 

“Terpulanglah apa tuan nak buat, saya hanya pegawai kerajaan rendah sahaja. Saya ibarat mentimun dan durian menggolek rosak, kena golek binasa.” ujar saya balik. 

Beberapa hari kemudian saya mendapat call dari beberapa ahli politik memaksa saya memberi tender kepada warlord umno tersebut. 

Setiap kali menerima panggilan mereka, saya menjawab dengan berhemah ayat caveat yang selamat iaitu, 

“InsyaAllah YB, saya akan consider sebaik mungkin”. 

Saya tetap menjalankan tugas dengan telus mengikut tatacara kewangan yang telah ditetapkan oleh KKM walaupun menerima desakan dari ahli politik umno kerana saya faham jika apa apa keburukan berlaku kemudian, orang lain akan cuci tangan dan saya yang akan menerima akibatnya. 

Banyak kes pegawai kerajaan ditukar serta merta kerana tidak melayan kerenah ahli politik umno dan ini sangat menyusahkan kerana pertukaran sekolah anak anak, carian rumah baru dan masalah bersangkutan. 

Banyak lagi kes kes yang saya tidak mahu sebutkan melibatkan campur tangan ahli politik umno dalam urusan kerajaan bertujuan untuk mengkayakan diri mereka sendiri. 

Sistem politik umno menjadi busuk dan ‘stinks to high heaven’ kerana politik wang mulai tahun 80’an. 

Mereka perlukan banyak wang untuk maintain taraf hidup yang tinggi kerana sistem ‘patronage’. 

Hanya dengan wang sahaja ahli umno boleh ‘climb the ladder of umno’s hierarchy to the top’. 

Memang betul ayat Jibby “Cash is King” kerana dengan mainan wang sahaja ahli umno boleh dipilih untuk menjawat jawatan tinggi dalam parti sarkis ini. 

Beberapa tahun kemudian saya dipindahkan ke pejabat lain untuk mengendalikan satu projek mega. 

“Tuan, ada seorang dato nak jumpa tapi dia tak buat appointment”, ujar PA saya. 

“Suruh dia masuk, lagi pun saya tiada meeting petang ni” saya balas. 

Ramai kontrektor melayu bergelar dato terutamanya dari Pahang. Kata mereka senang dapat dato Pahang kalau pandai berkira. 

Sebagai businessman bila ada pangkat dato senang buka pintu rezki terutamanya apabila berjumpa penjawat awam. 

Itu sebab berebut kontrektor berusaha mendapat darjah DIMP sehinggakan diatas plate kereta mereka letak lambang besi DIMP agar semua orang tahu dia dato Pahang. 

Agaknya juga agar polis tak saman bila ditangkap speeding atau agar rakyat marhaen bagi laluan untuk mereka cilok semasa trafik jam. 

Diceritakan di Pahang kalau kita jerit ‘dato!!” diwarung tepi jalan, semua pelanggan akan menoleh. 

Kerana darjah dato dah koman, sekarang mereka berebut darjah dato seri pulak. 

Dato X berasal dari Negeri Sembilan tetapi datukshipnya dari Pahang. Beliau dalam lengkungan 60’an dan merupakan orang kuat UMNO di Negeri Sembilan. 

Syarikat kontrektor Dato X mendapat tawaran nego projek dengan kerajaan dan saya diwakilkan sebagai project director untuk nego bagi pihak kerajaan. 

Sebelum ini, Syarikat Dato X telah nego bersama projek team saya dan kami telah menawarkan harga Rm60 juta untuk projek tersebut. 

Projek nego tersebut di anugerah oleh KKM. 

Pada saya harga tersebut sangat berpatutan dengan kontrektor beroleh keuntungan 20%. 

Lagi pun sebagai pemegang amanah kerajaan kami hanya boleh menawarkan harga dihad siling peruntukkan yang diluluskan oleh Kerajaan, bukan harga hentam sembrono atau ikut suka hati. 

Kontrektor tidak bersetuju dengan harga kami malah menawarkan harga Rm100 juta. Oleh kerana tidak dapat persetujuan, kami telah menghantar laporan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan halatuju seterusnya. 

Semasa proses nego, dato X ada memberitahu saya bahawa tawaran Rm100 juta tinggi kerana mereka terpaksa memberikan peratusan ‘cut’ kepada berbagai pihak. 

Rm40 juta untung atas angin mereka akan bahagikan antara puak puak mereka. 

Selalunya saya tak ambil pot bab ini kerana berbagai trick kontrektor guna untuk harga nego di jack tinggi. 

Sebagai pegawai kerajaan saya hanya menjalankan tugas seperti diamanahkan kerana ianya duit rakyat. 

Memandangkan persetujuan tidak dapat dicapai akhirnya Kementerian Kewangan telah mengarahkan kepada kami agar projek tersebut dibuat secara open tender.

Setelah open tender dan proses penilaian dibuat, satu tawaran terendah berharga Rm55 juta telah disyorkan kepada Lembaga Tender. 

Ini bermakna saya telah menyelamatkan Rm5 juta duit rakyat.

Dato X berjumpa saya kerana ingin menerima semula tawaran Rm60 juta yang beliau tolak sebelum ini. 

“Dato, kami dah buat open tender dan kontrektor harga terendah telah disyorkan dengan harga Rm55 juta, iaitu Rm5 juta lebih rendah dari tawaran dato” saya bagitau dia. 

“Jikalau dato terima tawaran kami dulu tentu dato dah boleh untung Rm5 juta paling minima” saya tambah lagi. 

“Rm5 juta boleh beli lima biji kereta Bentley” saya cuba buat lawak bodoh. 

“Tuan Haji, pada masa tu saya ada beberapa projek berjalan serentak tapi sekarang semua dah diperingkat akhir. Kami sudah tidak ada projek lain selepas itu. Itu sebab kami nak balik balik projek Rm60 juta ini” jawab beliau. 

Dalam hati saya, beginilah tamaknya warlord umno, sehinggakan berlipat ganda keuntungan yang mereka nak rembat. 

Projek nego tersebut tentunya diluluskan oleh Menteri Kewangan @Perdana Menteri @Presiden Umno. 

“Maaf, dato sebab kami hanya menerima arahan dari Kementerian Kewangan dan jika dato nak balik projek tersebut, pergilah berjumpa mereka kerana saya tiada apa apa kuasa” saya memberitahu beliau secara terus terang. 

Memandangkan tiada arahan seterusnya dari Kementerian Kewangan kami meneruskan pelaksanaan projek tersebut seperti biasa. 

Alhamdulillah projek open tender tersebut telah disiapkan dalam tempoh kontrak dan tidak melebihi Rm55 juta.

Diberitakan dato X telah berjumpa dengan Kementerian Kewangan dan ditawarkan projek nego yang baru. 

Begitu senang warlord Umno boleh memperolehi projek nego satu demi satu hanya bermodalkan sebagai Ketua Bahagian Umno atau memegang mana mana pos penting dalam Umno, bukan sebab berilmu dalam jurusan perniagaan. 

Pada hemat saya polisi pemberian nego projek banyak merosakkan kontrektor bumiputra kerana tiada daya saing serta menyebabkan banyak ketirisan peruntukkan kerajaan. 

Kebanyakkan nego projek kemudiannya di-sub kepada kontrektor bukan bumiputra dengan harga tersangat rendah, ibarat meninggalkan tulang sahaja kepada mereka. 

Isinya pula dikongsi bersama dengan ahli politik sebagai dedak. 

Hakikatnya setelah Najib tumbang, ramai cai Umno rasa terhimpit kehidupan kerana terputus ‘gravy trail’. 

Tetapi sekarang mereka berkuasa semula dan saya berdoa agar sistem patronage dan kleptokrat tidak diamal lagi. 

Apa yang menjengkelkan sistem patronage ini sudah dikira sebagai budaya norma dan pegawai Kerajaan dipaksa menurut telunjuk ahli politik walaupun salah. 


Catatan oleh:

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 

kutuberahak.com

FB: Zainuddin Omar


*Meja pegawai rendah Kerajaan.

Sumber:

0 ulasan:

Catat Ulasan