Selasa, 27 Julai 2021

Najib dipilih Perdana Menteri Lebanon

 

NAJIB bercakap pada sidang akhbar di Istana Presiden di Beirut semalam. - AFP

BEIRUT, Lebanon – Jutawan dan ahli politik Lebanon, Najib Mikati dinamakan sebagai Perdana Menteri baharu negara itu buat kali kedua, lapor United Press International (UPI) semalam.

Najib  dilantik menjadi Perdana Menteri ketika Lebanon  bergelut untuk mempertahankan jalinan  kerjasama dengan negara-negara jiran yang  bertanggungjawab memantau pilihan raya umum negara itu pada  tahun hadapan.

Najib, 65, yang merupakan  hartawan telekomunikasi,  dicalonkan ke jawatan itu oleh 72 timbalan menteri daripada  118 anggota parlimen semasa rundingan kerajaan camuran  diadakan oleh Presiden Michel Aoun di Istana Presiden di Baabda, utara Beirut.

Seramai 40 ahli Parlimen tidak menamakan sesiapa, sementara seorang timbalan menteri menamakan bekas duta besar Lebanon untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa  Bersatu (PBB), Nawaf Salam untuk jawatan tersebut.

Pencalonan Najib  diadakan 11 hari setelah Aoun menolak barisan kabinet terakhir yang dilantik oleh bekas Perdana Menteri, Saad Hariri yang terdiri daripada 24 anggota pakar bukan politik lantas memaksa beliau untuk mengundurkan diri.

Sejak sembilan lalu,  Saad menyalahkan Aoun dan menantunya, Gebran Bassil yang merupakan  Ketua Gerakan Patrotik Bebas Kristian  kerana mahukan sekatan ketiga untuk mengawal pemerintah.

Saad  juga mengisyaratkan bahawa sekutu terdekat mereka, Hizbollah, tidak memberikan tekanan yang cukup untuk membantu membentuk Kabinetnya.

Sementara itu, Najib  memberitahu wartawan bahawa beliau berdepan misi sukar sebaik sahaja memegang jawatan tersebut.

“Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk membentuk kabinet dengan misi pertama adalah melaksanakan inisiatif Perancis.

“Anggota kabinet akan merangkumi pakar daripada pelbagai bidang dan akan melakukan reformasi negara yang membolehkan Lebanon menerima semula bantuan luar,” ujar Najib.

Najib  sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada  2011 hingga 2014. – Agensi

0 ulasan:

Catat Ulasan