Rabu, 14 Julai 2021

KP Johor,Ayob Khan Jelaskan Mengapa "Food Bank" Syed Saddiq Diarah Tutup

"Saya diarahkan tutup pejabat Parlimen Muar mulai esok. Polis kata terlalu ramai orang beratur di luar pejabat."

"Saya tak boleh halang orang susah dan lapar datang minta bantuan. Rakyat Muar tanggungjawab saya"

"Kalau nak kompaun, kompaun saya!! Jangan tambah beban rakyat Muar!!" ciap Syed Saddiq di Twitternya.

Oleh kerana tiada penjelasan lanjut maka orang ramai mula beranggapan anggota Polis yang menjalankan tugas itu tidak berhati perut.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menjelaskan mengapa 'Food Bank' Syed Saddiq itu di arah tutup.

Bacalah!

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diarahkan menghentikan aktiviti pengedaran bakul makanan di pejabat atau pusat khidmat rakyat parlimennya kerana didapati melakukan dua kesalahan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesalahan pertama Ahli Parlimen tersebut ialah kerana beliau tidak mempunyai kebenaran Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah melakukan aktiviti itu di pusat khidmat parlimennya.

“Beliau memang ada membuat permohonan untuk mengedar makanan tetapi hanya permohonan untuk mengedarkannya dari rumah ke rumah, tiada permohonan melakukan aktiviti di pusat khidmat parlimen,” katanya dalam sidang akhbar di Johor Bahru, hari ini.

Katanya, kesalahan keduanya ialah ketika edaran itu dilakukan, berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) apabila terlalu ramai penduduk berkumpul di dalam satu tempat sehingga tiada penjarakan sosial.

Ayob Khan berkata, arahan menghentikan aktiviti tersebut dilakukan oleh penguat kuasa kesihatan daerah dan bukannya oleh pihak polis

Katanya, tiada kompaun dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada Ahli Parlimen tersebut kecuali amaran.

“Semua Ahli-ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dibenarkan menjalankan aktiviti kemasyarakat di kawasan mereka tetapi mereka perlu memohon kebenaran rasmi dan mengikut SOP,” katanya.

 Syed Saddiq dalam status media sosialnya menyatakan beliau telah diarahkan tutup pejabat Parlimen Muar mulai esok kerana dikatakan terlalu ramai orang beratur di luar pejabat.


Bekas menteri kabinet Pakatan Harapan (PH) itu berkata beliau bersedia untuk dikompaun kerana perkara tersebut kerana yakin telah mengikut SOP ketika edaran dilakukan.

Dalam status itu juga, Syed Saddiq menyatakan beliau dan pasukannya berusaha mengagih-agihkan bakul makanan kepada 5,000 keluarga di Muar.

“Biasanya ada dalam 150 keluarga yang datang ke pejabat itu setiap hari tetapi sejak dua hari lepas jumlah keluarga yang datang meningkat dengan tinggi,” tambahnya. – UtusanTV

Credit: Anak Sungai Derhaka

0 ulasan:

Catat Ulasan