Mesyuarat khas penggal ketiga Parlimen keempat belas kini bakal dilaksanakan selama 5 hari, mulai 26 Julai sehingga 29 Julai dan 2 Ogos bagi Dewan Rakyat, sementara sidang Dewan Negara pula akan dilaksanakan selama 3 hari mulai 3 Ogos sehingga 5 Ogos 2021.
Kenyataan ini telah dimaklumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada hari ini (5 Julai). Di mana kerajaan bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi persidangan 5 hari Dewan Rakyat dan 3 hari Dewan Negara itu.
Tindakan mesyuarat ini bertujuan membincangkan perihal Pelan Pemulihan Negara (PPN), serta meminda semua perundangan, peraturan bagi membolehkan sidang Parlimen dilakukan secara hibrid.
Segala pengaturan operasi akan berpaksikan kepada SOP yang rapi, yang ditentukan MKN dan KKM.
Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri – 5 Julai 2021 pic.twitter.com/UoNiM6gyiC
— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) July 5, 2021
Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengeluarkan satu kenyataan media mengenai Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas yang akan diadakan selama 5 hari bermula 26 Julai hingga 29 Julai dan pada 2 Ogos depan bagi Dewan Rakyat dan pada 3 hingga 5 Ogos selama 3 hari untuk Dewan Negara.
0 ulasan:
Catat Ulasan