Pulau Pinang, Sarawak dan Pahang yang telah beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lagi memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan.
Tiga indikator perlu dipatuhi bagi membolehkan negeri beralih ke Fasa Dua PPN iaitu purata tujuh hari kes Covid-19 di bawah nilai ambang yang ditetapkan, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) pada paras sederhana dan kadar vaksinasi dua dos lengkap mencapai 10 peratus.
Di Pulau Pinang, Sarawak dan Pahang, purata kes jangkitan harian selama tujuh hari melebihi nilai ambang yang ditetapkan kerajaan.
Kes baru Covid-19 di ketiga-tiga negeri itu meningkat dalam tempoh tujuh hari sehingga semalam. Peningkatan paling ketara dilihat berlaku di Pulau Pinang dan Sarawak.
Purata kes tujuh hari di Pahang pula adalah 156 peratus lebih tinggi daripada nilai ambang yang ditetapkan.
Sebelum ini, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata negeri yang telah beralih ke Fasa 2 tidak akan berpatah balik ke Fasa Satu tanpa mengira sama ada negeri-negeri tersebut tidak lagi memenuhi kriteria.
Sebaliknya, katanya, hanya lokasi atau kawasan tertentu akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan bukannya keseluruhan negeri.
Fasa Dua PPN membolehkan lebih banyak sektor perniagaan dibuka semula.
-mKini
0 ulasan:
Catat Ulasan