Messi meraikan kejuaraan bersama rakan sepasukan. -Reuters
ARGENTINA menamatkan penantian 28 tahun untuk meraih kejuaraan utama antarabangsa selepas memenangi Copa America menewaskan Brazil 1-0 pada aksi final di stadium Maracana, Rio de Jeneiro.
Lebih manis ia juga merupakan kemenangan antarabangsa pertama buat penyerang prolifik Lionel Messi.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan Angel Di Maria pada minit ke-22 permainan selepas mendapatkan hantaran Rodrigo De Paul untuk menewakan penjaga gol Brazil, Ederson.
Messi berpeluang menambah jaringan dua minit sebelum tamat tetapi tergelincir ketika hanya berdepan Ederson.
Kemenangan itu sekali gus menamatkan rekod tanpa kalah Brazil di laman sendiri.
Kali terakhir Argentina menikmati kejuaraan kejohanan utama ialah pada tahun 1993 menewaskan Mexico dalam final COPA di Ecuador.
-AstroAwani
0 ulasan:
Catat Ulasan